adunan sebelum dibakar...
Jom kita intai resepinyer..resepi ni eiyda dapat drp blog bro rozzan semasa blog hopping tempoh ari.. rasanye memang sedap!! yang penting kulitnyer tu menjadi cantik.. thank you bro!! eiyda minta izin copy paste jer k..
CREAM PUFF
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Sebelum bakar eiyda polish ngan egg wash pada adunan yg telah diterap tu supaya puff tu nampak cantik.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.
Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.
Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.
selepas siap dibakar...
13 comments:
Seronoknye si kecik dua org tue makan krim puff... :)
budak2 tu mesti seronok...sedap makan masakan mama sambil minum petang :)
eiyda akak nakkkkkkkk sukeeee cream puff,nak pinggggggaannnnn tu jua hihihih ooo nak balik sini yer.take care.tq for the wish
ijan..
budak dua org tu memang suka makan krim puff..asyik ngangkut jer terutama yg boy tu arieq..;)
fida..
a'aa buat makan petang.. seronok la diorg :)
chik mi..
insyaAllah..u re most welcome..:)ohh nak pinggan tu ye camna nak kasi ni..huhu..eiyda pun suke cream puff ni..kt sini takde jual cam kt mesia tu psl kena buat sendiri..;)
eiyda,
nanti smpai kl, dun forget to mention tau hehehh (btl ker my sentence ni???)
erin..
bole tp eiyda tak lama kt sana seminggu jer jenjalan pastu terus balik kampung..;)
tak puas mkn cream puff ari tu..hehe laku cepat abes!
nur..
takpe nanti buat sorang2 masa kakda cuti2 msia kay..hehehe..take care..will miss you.. lebiu!!! ;)
Salam Ukhuwah buat eiyda, suami & famili.
Alhamdulillah, senangkan buat krim puff ni.. Intinya juga boleh dipelbagaikan dgn perisa seperti durian, jagung ataupun dgn choc whipped cream. Sumernya enak tau!
-BR
salam eyida..amboi lawanya cream puff tu...polis egg wash..apa kebendanya tu..
Bro Rozzan..
Salam ukhuwah dr kami juga..rasa amat berbesar hati krn mendapat kunjungan drp bro..senang buat krim puff tu krn resepi yg bro kasi tu mudah utk diikuti..insyaAllah eiyda akn try buat inti lain pulak .. terima kasih sekali lagi krn berkongsi resepi tu & sudi singgah di sini..;)
K.ina..
heheh takde la biasa je..egg wash tu campuran kuning telur ngan sedikit susu..;)
Salam ziarah...akak copy resepi ya.
Lamanya awak duduk kat Dubai. Betul ker kain murah kat sana?
Wasalam..
Jemput..Sila la akak jangan malu jangan segan...ye la akak sedar tak sedar dah 8 tahun saya kt sini.. kain cni memang murah kalau nak dibandingkan ngan mesia..kualiti pun berlainan..:)
Post a Comment