Monday, October 5, 2009

Minal aidin wal faizin..

Sebulan berlalunya ramadhan..semoga kita semua termasuk dlm golongan orang2 yg beruntung..Selamat Hari Raya eiyda ucapkan buat keluarga di Msia juga buat semua saudara mara dan kengkawan tak kira walau di mana jua berada.

Tahun lepas kami balik beraya di mesia..meriahnyer terasa bila dpt beraya bersama2 kan..tapi tahun ni kami tak balik pasal anak2 dah start awal sekolah..insyaAllah tahun depan panjang umur & ada rezeki kami balik beraya kat sana nanti yer..

Pagi 1 syawal tu kami sembahyang raya kat MATRADE hall. Kami sembahyang beramai2 dengan semua warga msia kt sini. Dapat la juga dengar khutbah raya dlm bahasa melayu. Kalau solat raya kt masjid sini diorg solat seawal 7 pagi lagi & of course khutbah mesti dlm bahasa arab..

Khutbah raya disampaikan oleh tuan CG kita..


Selepas solat raye kami di jemput menikmati hidangan..Hidangan ala2 pot luck. Macam2 makanan dan kuih muih ada..nasi himpit, kuah kacang, lontong, rendang, ketupat, lemang, mee goreng. Ada Kek lapis, kek coklat, cheese kek..biskut2 pun ada.. Kami bawak roti jala bersama kuah kuzi ayam. Alhamdulillah suasana tetap meriah dirasakan apabila dapat berjumpa ngan kawan2 di sana.


Selepas tu kami pergi beraya ke rumah Mr Affandy M Shaari selaku president myUAE yg sekarang menetap di Mirdiff.

Bersama 1st lady myUAE..Kak Suraya Hassan..Sate dan Soto kak Su memang 1st class..:) tp ari tu eiyda tak dapat makan banyak sbb kenyang nak simpan perut utk next rumah lak..
Syahira, Syarafina & Arieq bersama Izzah & Hafiz..

Selepas tu kami dijemput ke rumah Kak Jah & Abg Azman..Juadah utama mihoon grg, lontong & rendang..

Next rumah kami ke rumah Kak Riri & abg Mahadi..Hari tu memang banyak open house..Sampai sana dah kekenyangan..tak sempat nak rasa masakan kak riri..eiyda sempat try dessert jer iaitu kek carrot n puding roti..hrmm sedapp!!

Kami sempat singgah ke rumah kak Linda & abg Hezam..bergambar beramai2 sebelum pulang berehat di rumah..

Pada sebelah mlm kami dijemput ke rumah Kak Zah & Abg Fuad..Org lama Singapore kt sini..rasanya dah hampir 20 tahun kak zah sekeluarga menetap di sini..mempunyai restaurant kt sini..kalau singgah ke Dubai jangan lupa ke Singapore Deli Restaurant..

Destinasi seterusnya ke rumah Pak Payne & Kak Aishah..Hidangan istimewa daripada biryani kambing.. Paling eiyda suka kek lapis & fruit cake kak aishah..erm..sampai termimpi2!! ;)

Sebenarnya raye ni seronok diraikan apabila kita dapat berkumpul bersama keluarga & org2 yg tersayang.. apabila terpaksa berjauhan ngan family kawan2 la yang menceriakan kehidupan kita dan tempat kita melepaskan rindu pada keluarga dan kampung halaman..
Akhir kata..
Kalau ada sumur di ladang jangan di simpan di dlm peti.
Kalau ada silap dan salah jangan di simpan di dlm hati..
Selamat Hari Raya..
Maaf zahir & batin drp kami sekeluarga..