Sunday, May 31, 2009

Terima kasih..

Assalamualaikum..

Pertama sekali eiyda ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kpd semua pembeli yg membuat tempahan utk membeli nasi dagang & cendol pd hari Jumaat lepas. Diharapkan pembeli2 berpuas hati dgn makanan tersebut. Jika ada terkurang rasa atau terlebih tu mohon dihalalkan..InsyaAllah next time eiyda akan cuba buat yg lebih baik.



Kami menerima tempahan melebihi target sehinggakan tak tidur semalaman hingga ke pagi. Biasanya kami menjual laksam..tapi kali ni first time jual nasi dagang. Nasi dagang yg masih panas2 terus dipacking. Start packing seawal 6.30 am hingga ke pukul 9.00 am. Ingatkan nak bawa lebih sikit ke padang tapi masa tak mengizinkan..memandangkan kami kekurangan kakitangan. Kami sempat membawa cukup2 bekalan shj kepada pembeli yg telah membuat pre order melalui telefon, email atau sms...


Cendol yg masih belum di letakkan air santan dan air gula melaka..kali ni eiyda kurang berpuas hati dgn air gulanya tu sbb terlebih hangit. Memang sengaja dihangitkan supaya ada pahit sikit dan menjadi lebih sedap. Tapi..bila pagi tu baru packing dan dah letak semua dlm bekas tu, baru rasa..air gula tu pekat sikit tapi dah tak sempat nak baiki..huhuhu..pengajaran..next time akan lebih berhati2..InsyaAllah.

Sampai di Safa Park dah kul 9.40 am. Nasib baik bila sampai ke Safa Park tu semua org masih bermain..Kepada Rozana minta maaf banyak2 ye sbb terlepas latihan captain ball. Jangan mare nanti cepat tua! Gambar kt safa park ni tak sempat nak snap banyak2 hanya 2 keping ni je..sbb pembeli dah mula mengerumun gerai yg tak bermeja ni..hehehe.


Walaupun pagi tapi cuaca di sini semakin panas..skrg dah mencecah 40 degree.. nasib baik ada pokok utk berteduh..kami hanya membahagikan tempahan nasi dagang & cendol di bawah pokok. Alhamdulillah nasi dagang dan cendol kami mendapat sambutan hangat dan habis terjual.


Terima kasih kepada semua pembeli baru dan pembeli tetap kami. Diharapkan jangan serik dan teruslah menyokong membeli nasi dagang dan cendol dari kami... ;)




Wednesday, May 27, 2009

Promosi Cendol & Nasi Dagang..

Assalamualaikum..

Buat warga Malaysians di UAE.. Paparan utk iklaneka makanan sekejap sempena minggu sukaneka Trination UAE yg bertempat di Safa Park, Dubai.. Bagi warga Malaysians yg tinggal di benua berlainan terpaksalah tengok gambar sahaja yer.. ;)

Minggu ini adalah minggu last Malaysians di UAE berlatih utk berlawan dgn Singaporeans & Indonesians. Bagi kaum lelaki diorg akan berlawan sukan bola sepak & bagi kaum wanita permainan captain ball. Next week adalah hari penentunya siapa yg akan bergelar juara..

Dalam kehangatan berlatih utk menumpaskan pasukan lawan.. sambil2 berlatih bermain bola sepak & captain ball tu, marilah sejukkan badan dgn menikmati home made cendol dariku..

Bagi sesiapa yg tak kenal rupa cendol..haa ini lah dia..sedap dimakan dgn santan & air gula melaka. Kalau dapat diisi pulak dgn kacang atau tapai pulut..ermm lagi sedappp!!...

Masa makan tu bayangkanlah berada di bawah rimbunan pohon.. ala2 makan di gerai bwh pokok di msia tu.. dgn desiran angin yg sepoi2 bahasa.. memang mengancam!!


Cendol home made yg dibuat menggunakan air daun pandan lagi harum baunya..


Selepas penat bermain tentunya dah terasa laparkan..energy semuanya dah hilang..Bolehlah 'sihat'kan balik badan tu dengan mencuba nasi dagang kelate pulak.. disertakan lauk ikan tongkol masak lemak + acar timun + telur + sambal cili padi...erm sekali cuba pasti nak lagi...hehehe..promote sikit!! :D

Ok tempahan di buka sekarang...cepatt! cepatt!..siapa lambat kempunan !! ;)


Tuesday, May 26, 2009

Satu malam @ my place

Ari tu kami ada la buat makan2 sikit utk geng2 bowling ni.. Org lain jangan kecik ati tau kalau tak tersenarai dlm list ni sbb terpaksa ikut turn kan..al maklum la umah kami ni kecik..tak mcm umah dulu..huhuhu..

Kak Mazni yg tengah mengrill ikan bakar..Siap bawak grill sendiri tu masak2 kt umah kami..Sedap betul ikan bakar berinti kelapa yg kak mazni buat tu..dapat di cicah dgn air asam lagi sedap!!

Tengah menyusun makanan dan menambah mana2 yg perlu.. Ada sup tulang, tom yam, udang masak merah, ayam berlada, ikan bakar, sayur paprik dan sambal tempoyak..

Menu sampingan puding triffle & air mata kucing.

Orang kuat dapur..dr kanan Aida yg tgh menghitung hari nak bersalin, Kak Mazni, Nur & Kak Rabiah..

Kak Rabiah dgn senyuman yg manis..kt meja desert..

Abg Ramli yg buat special request supaya masak tom yam..memang tidur lena la dapat merasa tom yam mlm tu..

Ladies of the night..dr kiri, Rozana, Kak Sarah, Nur, Sulastri, me, Kak Mazni & Kak Syafinaz.

Men yg macho..:p dr kiri abe, Ambran, Tan, CG, abg Radin, Abg Suhaimi, Kai, abg Aziman & Syam.

Acara selingan oleh Kak Syafinaz...Besday utk Amir..Happy Birthday!!..Semoga harapan ibu & ayah terhadapmu tercapai..Amin.

Baby Syarafina yg sporting..nak ambik kuih talam tu..


Haa..ni selepas siap masak triffle..nasib baik tak di penyeknya pudingku itu..sekarang ni dia dah pandai memanjat sendiri kerusi kt dapur tu...huhuhu..




Sunday, May 24, 2009

Cerita Bowling lagi

Kepada teman2 blogger sekalian..


Harap maaf kerana sudah lama menyepikan diri tanpa berita..entry ini adalah entry yg terbaru tetapi ceritanya sudah lama..hua..hua..hua..nantikan kemunculan cerita2 yg terbaru dan sensasi drp empunya blog..( kemungkinan setelah sebulan kemudian)..hehehe..jangan mare..
InsyaAllah aku akan cuba berblog sekerap mungkin..


Berbalik kepada cerita baru aku ni tetapi sudah lama..aku ingin mengambil kesempatan ni utk mengucapkan tahniah kepada team kami iaitu MyUAE Pro kerana telah berjaya memenangi tempat ke-3 setelah 6 minggu bermain bowling menunjukkan prestasi cemerlang..cewahh..

Semasa registration bowling masters baru2 ni...cepat2 daftar dan bayar dulu sebelum main..tengah pening nak kasi duit baki sbb semua yg datang kasi duit besar.


Results SMG bowling league...



Hadiah utk tempat ke-3. Mangkuk Kristal disampaikan oleh Mr Hassan. Wah tak sia2 main tiap2 minggu dapat gak hadiah mahal kt kita org. Aku memang beruntung sbb abeku juga sama team so dapatlah sepasang mangkuk kristal ni utk dihias kt rumah.. =)

MYUAE Pro team members drp kanan, our CG Tuan Syed, Airudzi, Faizal, Wan Marzuki, abe & me.


Tempat pertama dirampas oleh group drp Singapore iaitu NS SIR. Pelikkan nama group dia org. Ingatkan nama company apakah..hehehe..Rupa2nya setiap huruf tu adalah singkatan drp pangkal nama2 diorang. Norliah, Sumimi, Sidek, Iqbal, Rahmat. Tahniah diucapkan buat mereka.

Abg Adly menyandang title Champion bagi kategori lelaki bowling Masters 2009..& Kak Juwita isterinya mendapat 2nd place bg kategori wanita. Mereka ni drp Abu Dhabi. Tiap2 minggu datang ke Dubai utk join main bowling league ni. Kak ita ni tengah pregnant...tp still maintain consistent main bowling. Tahniah buat pasangan suami isteri ni.

Time ni dapat trophy utk kategori high game ladies with handicap.

Semasa main master tu aku main tapi tak menjadi la. Kurang latihan. Sekarang ni mood tengah baik berkobar2 nak practise bowling. Maklum la dah tukar style hook pulak..Harap2 sempat berlatih sebelum 22 May ni utk pertandingan di Abu Dhabi.

24.05.09

Updated terbaru drp bowling tournament yg diadakan pada 22.05.09.

Tempat pertama & kedua bagi kategori lelaki dan perempuan dimenangi oleh warga Malaysia di Abu Dhabi. Tahniah diucapkan pada mereka. Abeku berjaya mendapat medal utk tempat ke-8. Manakala aku hanya berjaya di tangga ke-6. Sedih kerana cuma beberap pin sahaja tewas utk melayakkan diri ditangga ke-5.

Takpe la nak buat cam mana kena cuba lagi dan banyakkan practise...tapi yg tak tahan tu masa main tanganku sejuk beku semacam..itu pasal la tak perform..perasaan takut berdebar confuse semua ada.. pegang bola pun macam tak rasa .. hishh..ada tak sesiapa yg tahu petua atau tips macam mana nak hilangkan perasaan gemuruh tu??