Monday, February 9, 2009

Alahai chicken pox..


Hari ni dah masuk 5 hari heroku Arieq terkena chicken pox. Masa mula2 kena tu aku tak perasan sangat sbb nampak merah tu macam terkena gigitan nyamuk kt muka.. siap pegi sekolah lg hari khamis tu..huhu..lepas balik drp sekolah tu baru perasan rupa2nya ada lagi bintik2 merah kecil kt tempat lain mcm kt tengkuk dan tangan dier.. laaa..tah dapat drp mana la chicken pox tu..
Malam tu kami bawak dia pegi Iranian hospital.. Doktor kasi dia cuti sekolah seminggu.. Untuk keringkan bintik2 tu doktor kasi calamine losyen dan ubat minum tahan gatal & demam..


Sekarang ni nampak dah kering..sepanjang terkena chicken pox ni dia nampak ok jer aktif cam biasa..rasanya sbb budak kot..kalau terkena time kecik ni bintik merah tu tak banyak sgt dan cepat kering dan sembuh..tapi bagi orang dewasa yg tak terkena lagi teruk la sikit kalau kena sbb akan tumbuh dengan banyaknya dan parut pun lambat sikit nak hilang..hehehheh...so kalau sape2 yg tak kena lagi tu haa..beware..jangan la nak berani datang dekat ngan kami!!

Ingatkan last weekend tu kami nak pegi la enjoy bermalam kt Shangri La hotel hadiah yg kami dapat masa Merdeka day ari tu.. so terpaksa la ditunda ke minggu depan..harap2 syahira & baby syarafina tak kena lagi minggu ni chicken pox tu..sbb doktor tu awal2 lagi dah cakap kemungkinan kakak dan adik pun akan terkena dalam seminggu atau selepas 2 minggu ni..huhuhu..