Monday, April 20, 2009

Masak2 di musim cuti sekolah..


Cuti sekolah anak2ku selama 2 minggu baru jer habis. Macam2 kerenah dan ragam sepanjang diorg tak pegi sekolah tu. Tambahan pula kami takde plan ke mana2 disebabkan setiap hujung minggu aku dan abeku ada bowling league. Penat aku kt rumah melayan diorg. Asyik2 nak makan jer. Cepat betul diorg lapar!! So selain drp nasi dan lauk pauk yg memang wajib kena masak, macam2 makanan lain yg terpaksa aku masak sepanjang diorg kt rumah ni...erm.. mari kita tengok...





Kek coklat ni dibuat sempena besday adikku nur pd 31hb March baru2 ni ..Semoga setiap impianmu menemui kenyataan.. :)

Ketupat sotong memang feveret kami sekeluarga. Lama dah tak makan. Seingatku last time makan selepas dibeli kt Dubai bazar ramadhan pada thn lepas. Pic ni diambil sblm ketupat sotong tu masak. Lupa lak nak ambil gambar selepas masak sbb semua org dah tak sabar2 nak makan!!

Kuih sagu ni memang sedap dan lembut. Abeku memang suka makan kuih tradisional ni. Kalau makan sebiji pasti nak lagi!! ;)

Kuih seri muka ni memang leceh sikit nak masak..sbb kena kukus satu2. Mula2 tu kukus pulut dulu then baru kukus bahagian atas yg hijau tu. Aku suka resepi yg menggunakan telur dan santan yg banyak baru rasa lemak berkrimnya tu...

Haa..sekali sekala tu teringin jugak nak makan nasi dagang. Selalunya setiap tahun kalau balik Kelate aku pasti beli berkilo2 beras ni buat simpanan stok kt Dubai. Mana nak cari beras ni kt sini. Biasanya aku masak nasi dagang ni utk jamuan hari raya kt sini.. ;)

Gulai ayam ni selain sedap dimakan ngan nasi, best jugak dicicah dgn roti jala!! yummy...

Baby Syarafina ni kerjanya asyik berulang alik ke dapur mencari makanan. Dah pandai kata lapar! So asyik2 ajak pegi dapur jer. Mana taknya umi dia ada masa nak mengadap blog. Kalau nampak je aku dok depan pc ada2 jer ragamnya. Dah penat masak aku nak jugak releks2 sambil tenangkan minda tengok movie.. =)