Tuesday, June 30, 2009

Undangan ke Besday Fairus..

Hari jumaat lepas kami mendapat jemputan ke birthday party di rumah Abg Faisal & Kak Mira..Sebelum ke rumah mereka kami singgah di Arabian Centre utk mencari hadiah..Mall ni baru jer siap..Sekarang ni dah musim panas..musim summer surprise kt Dubai ni semua outlet tengah sale....tak nak cite panjang..heheh..bab2 sale ni tak habis kalau nak cerita..nanti kita cite next entry k.. ;)
Kami singgah kejap jer lepas jumpa hadiah dan beli barang2 grocery sikit terus ke rumah diorg..


Masa sampai di rumah diorg tu tak ramai lg yg hadir..sesetengah kawan2 kt sini ada yg dah balik bercuti..tengah cuti2 mesia..kami jer yg belum balik lagi.. tengah menghitung hari gak ni.. hiks..

Birthday girl berbaju biru..tengah nak potong kek..& Kak Mira yg serba purple tengah membahagi2kan kek..

Buat Fairus..Happy Birthday..semoga membesar menjadi anak yg solehah..auntie eiyda doakan moga dirimu sentiasa diberikan kesihatan yg baik dan moga apa yg dihajati olehmu tercapai.. Amin.



Sunday, June 28, 2009

Best Blog Award..


Salam setulus kasih buat semua teman2 sekalian.. 2 hari lepas dapat award drp chik mi.. baru hari ni berkesempatan letak award ni kt sini sbb hari minggu biasanya kami pergi jenjalan..minggu ni ada besday party dan makan2 kt umah kawan.. nanti next entry eiyda letak gambar k..

Award ni peraturannyer senang jer..

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
Awards ni eiyda dapat drp chik mi.. terima kasih banyak2 yer chik mi.. psst..chik mi ni rajin masak.. ;) semoga perkenalan yg terjalin berpanjangan..

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

eiyda nak kasi award2 ni kt saper ye..ok diumumkan penerima award yg bertuah ini ialah:

1. fida
2. ijan
3. kak norma
4. kak ina kl
5. kak ummi sew pretty pink
6. marini
7. erin
8. faiza UK
9. mama fami
10. nekpp
11. shiela
12. sri sufi
13. azura
14. drNo
15. ahnaf

Diharapkan semoga teman2 sudi menerima award2 tu dan semoga ikatan persahabatan yg terjalin antara kita berkekalan.. ;)


Thursday, June 25, 2009

Jom try kek cheese marble..

Sekarang ni anak2 dah start cuti sekolah..dah masuk seminggu diorang cuti.. jadi sekarang ni kerjaku kt umah ni dah bertambah..asyik masak jer la..huhu..pagi, petang, malam asyik makan jer la kerja diorang..hiks..Semalam buat marble cheese cake ni.. resepi dia memang sedap.. rasa lembap dan lembut jer... sangat sesuai dibuat utk minum petang..

Bagi sesiapa yg nak cuba buat pun boleh..senang sangat!! pejam mata pun boleh jadi.. hehehe..


eiyda dapat resepi ni drp blog kak ummi..resepi asal drp K.rinn FP. Tima kasih banyak2 eiyda copy paste je k..

Bahan A
180 gm mentega
20 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder)
170 gm gula kastor
3 biji telor


Cara Membuat:-
Griskan loyang 8 cm dengan butter dan alas dengan baking sheet. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula dan bahagi kepada dua bahagian.


Bahan B
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuat:-
Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor dan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara Menyediakan Kek:
Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan. Lorekkan adunan ngan lidi atau chopstick supaya membentuk marble.
Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit..adjust ikut oven masing-masing. Biarkan sejuk dahulu baru dipotong.. ( tp best gak dimakan sementara masih panas) :)


eiyda tak tunggu lama sbb anak2 kecil termasuk yg besar dah tak sabar nak rasa kek tu.. aroma yg meruntun kalbu tu yg buat tak sabar nak makan.. tp apakan daya kesian kt diorg.. kena tunggu selesai sesi fotografi dulu baru bole rasa kek tu.. ;p

Tuesday, June 23, 2009

Nasi Minyak..


Nasi minyak oh nasi minyak.. harap jangan ada yg pikir bukan2 ekk.. takde sesiapa lagi yg nak naik pelamin dlm masa terdekat ni.. ada anak dara sorang tu yg dok sekali ni pun belum tentu lagi bila nak kawinnya..hua..hua..hua..

Nasi minyak tu aku buat kerana semalam tetiba teringin nak makan gulai dalca..ada tulang lembu sikit dlm freezer tu..aku campur ngan daging..bahan2 accessories cam kacang panjang, carrot semua ada.. alang2 nak buat dalca aku buat la nasi minyak sekali.. nak makan ngan nasi tomato pun ok gak.. cuma aku dah lama tak makan nasi minyak ni.. ;)
Bagi sesiapa yg nak cuba buat nasi minyak aku paparkan resepinya dibawah ni..

Resepi Nasi Minyak

Bahan nasi
5 cawan Beras wangi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
2 cawan susu cair ( eiyda guna susu segar)
4 cawan air rebusan ayam atau daging
Garam gula secukup rasa
2 helai daun pandan

Bahan menumis
4-5 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter

Bahan hiasan
Kismis
Badam (digoreng)
Gajus (digoreng)
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun saderi

Cara memasak
1. Sementara nak masak nasi tu kita rebus air rebusan ayam atau daging atas dapur dahulu.
2. Kemudian basuh beras dan ketepikan.
3. Panaskan kuali.. masukkan minyak sapi dan margerin.
4. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 dll )
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan daging atau ayam tadi dan susu.
6. Masukkan kan garam gula secukup rasa.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras dan daun pandan.
8. Masak nasi macam biasa.

Resepi Dalca tulang daging

Bahan-bahannya:
700 gm tulang lembu
200 gm daging
2 batang carrot ( dipotong panjang)
3 biji terung bulat (dibelah dan dipotong)
2 biji ubi kentang ( dipotong dadu)
100 gm kacang panjang
1 cawan kacang dal (direbus)
4 biji lada hijau
1 stgh biji kelapa atau 1 setengah santan tin
sedikit air asam jawa
sedikit gula melaka, garam gula secukupnya

Bahan menumis
6 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
2 sudu besar cili boh
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 setengah peket rempah kari dalca

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 menumis sehingga garing dan naik bau dlm periuk.. eiyda tumis terus dlm pressure cooker supaya jimat masa.
2. Kemudian tulang lembu yg telah dibersihkan, di kukus bersama kacang dhal dlm pressure cooker selama 30 minit. Masukkan air secukupnya.
3. Selepas tulang lembu empuk, masukkan pula daging (daging ni eiyda dah rebus utk buat nasi minyak td). Biarkan seketika selama 15 minit..supaya rempah2 meresap dlm daging tu.
4. Masukan pula santan, air asam jawa, gula melaka, gula dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukan sayur-sayuran dan biarkan empuk. Angkat dan hidangkan.




Kami makan nasi minyak bersama ikan berlada.. patutnya makan bersama ayam berlada tapi takde ayam..ada ikan jer..so hentam jer la..eiyda hidangkan panas2 bersama nasi minyak, gulai dalca dan sedikit nenas.. nenas tu ingat nak buat paceri nenas atau acar timun tapi dah penat + malas.. hihihi.. ;p



Sunday, June 21, 2009

Usrah bulanan..

Majlis usrah bulanan kali ini di adakan di rumah kami.. Tak ramai yg hadir kerana usrah ni memang khas utk kaum lelaki sahaja.. utk kaum isteri ada hari khas lain utk usrah.. tp kalau nak datang pd mlm tu pun apa salahnya.. :) Kali ni tiba giliran abg Hasnol & Wak utk memberi ceramah..


Hidangan utama yg aku sajikan ialah nasi ayam.. Abe dah pesan awal2 pada kengkawannya supaya datang dgn perut kosong.. Sebelum usrah lebih afdhal makan dulu supaya lebih khusyuk mendengar pengajian agama.. ;)

Kuih muih pencuci mulut antaranya kuih bakar pastinya oleh tuan rumah ni, kuih pisang & keropok drp kak nani, kek tiramisu drp kak ida..& geng2 bujang ( bujang di sini shj ye wife semua ada kt malaya...heheh ) bawak roti2 dan buah2an..Alhamdulillah rezeki murah pada mlm tu..Terima kasih pada semua yg datang membawa makanan..


Kak Ida & nur menghidangkan air teh.. Kak ida ni first time datang umah ni.. pasni nak balik mesia sambung mengajar..nanti kita jumpa lagi ekk sama ada kt tanah merah atau kt bukit antarabangsa.. ;)


Nak potong kek pun ala2 nak potong kek anniversary..ahakss..


Semoga pengetahuan yg diperolehi drp usrah ini membawa manfaat kepada semua..InsyaAllah.

.

Wednesday, June 17, 2009

Kuih Bakar & Laksam..

Kuih bakar juga dikenali dgn nama kuih kemboja...

Semalam tetiba datang mood rajin..Selepas siap masak2 nasi dan lauk pauk terus sambung buat kuih ni.. dah 2-3 hari aku teringat2 nak makan kuih bakar ni..yg menjadi pencetus semangat tu selepas pegi ziarah blog Ijan. Nampak cantik jer kuih bakar dia.. disusun bertingkat2 gitu..

Namun begitu resepi asalku diperolehi drp mamaku..ore kelate panggil kuih akok.. tp aku modified resepi tu jadilah kuih bakar ni.. Rasanya memang sedap!! lemak manis semuanya cukup lengkap.. Apa yg paling aku suka kalau lepas jer masak seluruh rumahku pasti berbau harum.. ;)

err..resepi tu bole tak kalau eiyda paparkan lain kali pasal penat la pulak nak gi belek2 buku resepi turun temurun tu..hiks..tak banyak beza pun ngan resepi ijan tu lebih kurang jer..


Sebenarnya hari ni eiyda baru jer lepas masak laksam.. laksam dah alang2 buat biar buat banyak terus kan.. time ni la baru nak berlunjur kaki membetulkan urat2 saraf.. laksam tu eiyda masak mengenangkan k.ida (kelate) yg dah lama order dan acap kali tanya pasal bila nak buat laksam tu..tak baik hampakan harapan org yg tengah pregnant ni..baru jer nak beramah mesra tiba2 lak dapat tahu akhir bulan ni dia dah nak balik for good..huhu..



eiyda doakan semoga kak ida & family diberkati dan sentiasa dimurahkan rezeki walau di mana jua berada.. Semoga kita dapat ketemu lagi di suatu hari nanti.. InsyaAllah.

Monday, June 15, 2009

Sambutan Hari Keputeraan Agong di Reem Island

Semalam dapat mesej drp Papaku di Malaysia..Katanya mama nak melihat gambar2 majlis hari keputraan agong di Abu Dhabi yg kami sambut tempoh hari..Seperti selalu mama pasti mengirimkan pesanan supaya kami mengambil gambar sebanyak yg mungkin kalau ke mana2..Oklah utk tatapan mama..aku paparkan sedikit sebanyak gambar2 berkenaan...
Majlis ni diadakan di Tamouh Cafe Reem Island, Abu Dhabi.

Setibanya di sana kami dapati ramai rakyat Msia yg turut menghadirkan diri.. Ruang cafe tu penuh sesak dgn rakyat Msia pelbagai bangsa dr serata UAE. Seperti biasa pasti kami tak ketinggalan mengambil nombor cabutan bertuah.

Tengok tu betapa ramainya rakyat Malaysia kt sini.. nasib baik aku dan Rozana dipelawa duduk oleh kak Saadah ke mejanya. Katanya kesian melihat kami yg ada anak kecil ni..Nak ajak member2 lain pun tak dapat sebab kami pun menumpang meja diorg jer..huhu..

Majlis dimulakan dgn bacaan doa selamat dan nyanyian lagu negaraku dan kata2 aluan drp Dato Yahya, Duta Besar Malaysia di UAE.

Selepas itu kami di persilakan ke meja hidangan. Pelbagai juadah disediakan antaranya nasi goreng, bihun goreng singapore style, nasi putih, ayam goreng, sotong goreng, kari daging, daging black pepper, butter prawn, honey prawn dan pelbagai kuih muih spt seri muka, kasui, muffin, cup cakes, agar2, bubur kacang dan buah-buahan..
Sementara menunggu giliran beratur utk mengambil makanan, kami sempat click2 camera dahulu..
Abg Ambran & Rozana bersama anak2 lelaki kembar mereka.. Comel kembar diorg kan...
Acara seterusnya..nombor cabutan bertuah dipanggil utk menerima hadiah.. Hadiah di sampaikan oleh Datin Saerah ( berbaju hitam ) dan Dato Yahya bagi pemenang hadiah terbesar. CG dan Kak Sara tampak cantik sedondon berbaju batik biru-purple..

Kali ini kami juga bernasib baik kerana turut menerima hadiah utk cabutan nombor bertuah tu..Dalam perjalanan pulang, Arieq yg dah tak sabar2 terus membuka hadiah td.. 'tadaa'..terdapat sepasang selipar berurut acupuncture...dia ingatkan dapat mainan ke apa..hehehe..rupa2nya semenjak menerima hadiah drp tadi lg dia asyik berbangga krn dia seorang je satu2nya budak yg menerima hadiah..nasib baik Arieq ni pandai..terus je cakap nak kasi hadiah tu kt baba sempena Father's Day...hehehe..

Utk papa dan kpd semua lelaki yg bergelar bapa..aku ucapkan Selamat Hari Bapa..kt Dubai kami sambut semalam iaitu pd hari Ahad 14 June 2009.
Terimalah lirik lagu drp Siti Nurhaliza...
Lelaki

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA


Friday, June 12, 2009

Sedapnya apam balik..

Hari ni tiba2 teringin nak makan apam balik...erm teringat kalau stp hari khamis ni tiap2 minggu ada pasar malam kt area rumah mamaku di Lundang .. kalau pegi ke pasar malam tu selain yong tau fu, taufu fah dan air coconut shake, aku mesti tak ketinggalan membeli apam balik ni..huhu bestnya kalau dapat jenjalan kt situ..rindunya kt pasar malam mesia..MySpace


Resepi apam balik ni setakat ni aku dah try 3x guna resepi intan ni buat makan petang.. memang menjimatkan dan mengenyangkan..siap buat special lagi..boleh la taruk inti jagung dan kacang tu banyak2..sambil2 minum air teh ke hot chocolate ke..erm sedap!! anak2 eiyda semua suka makan..Terima kasih intan!! kalau sesiapa yg nak try boleh la buat ikut resepi spt kt bawah ni.. eiyda ubah sikit caranya tu & resepi copy paste yg intan jer k..

Resepi apam balik Intan dr Ireland..

Bahan2nya:
2 cawan tepung naik sendiri ( eiyda guna tepung biasa je cuma lebihkan baking powder nanti)
1/4 cawan gula
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Untuk Inti:
1 tin jagung krim ~ for homemade cream corn refer to *** below
(eiyda guna jagung tin cream style je )

1 cawan kacang (tumbuk)~ eiyda mesin guna blender kering jer
1 cawan gula
sedikit mentega

***Untuk homemade cream corn: ( bagi org2 yg rajin buat sendiri..:p )
1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
* masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.

Cara-cara:
~Pukul gula bersama telur hingga kembang,
masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
~ Pukul lagi hingga sebati. masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
~ panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian dinipiskan.
~ taburkan gula sekeliling apam.
~tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu kalau pan tak ada penutup).
~ apabila setengah masak, taburkan bahan2 inti spt kacang, jagung dan secubit mentega.
~ tutup sekejap, bila masak bolehlah dilipat dua dan diangkat . siap..
Sedap di makan sementara masih panas2...

Selamat mencuba.. ;) MySpace

Monday, June 8, 2009

Sekolah SIA Juara Junior Rock Challenge Dubai 2009


Venue : Centrepoint Theater, Dubai Community Theater & Arts Centre, Mall Of Emirates
Date : 1st June 2009
Time : 7 pm

Hari Isnin lepas adalah hari pertandingan tarian & drama yg di tunggu2 oleh pelajar2 junior sekolah2 GEMS di Dubai. Sebanyak 6 buah sekolah menyertai pertandingan Junior Rock Challenge pd hari tersebut. Antara sekolah yg terlibat adalah Emirates International School, Jumeirah Primary School, Wellington International School, Cambridge International School dan termasuklah sekolah anakku syahira iaitu Scholars International Academy.

Walaupun harga tiket melampau2 mahal (1 kerusi AED 110) Kami sefamily pergi la jugak tengok persembahan tu utk bagi sokongan penuh kt syahira tu.. Dah lama dia practise.. kalau tak silap memakan masa 3 bulan jgk. Memang dia yg nak sangat masuk.. dapat rasa ala2 cam cerita High school musical tu pun cukuplah bagi dia..minat sangat tgk cerita tu !

Tak sangka la pulak sekolah dia menang tempat pertama dan dapat award utk kategori Most Entertaining Performance pada hari tu..

Amboi bukan main lagi.. ada part kena dancing ngan partner lelaki la pulak..ish..ish..

Persembahan penutup..

Time rehat..sementara menunggu keputusan di umumkan.. kami makan2 dan klik2 camera dulu..

Secara keseluruhan kesemua sekolah tampil hebat dengan gaya persembahan masing2 yg unik dan mempunyai mesej yg tersendiri.. namun juri2 telah memutuskan sekolah syahira iaitu SIA menjadi juara junior rock challenge pada thn ini.. so dapatlah award terbesar kt sekolah dia ... Sekolah2 lain menang juga utk kategori2 yg lain..

Kami terjumpa kak Neme & abg Zarir kt situ..rupa2nya anak kak neme wakil drp Cambridge International School pun turut menyertai acara ni...akak yg baju kaler purple tu eiyda lupa lak nama..sorry ye..anak dia drp Jumeirah Primary School..

Syahira bersama Winner Award yg di menangi oleh sekolahnya..

Syahira bersama rakan2 seperjuangan.. bergambar bersama Mr. Richard choreographer teacher & Ms. Pepler guru kelas yg turut memenangi award best teacher..

Maklumat lanjut berkenaan Dubai Rock Challenge sila klik di sini dan sini..



Tuesday, June 2, 2009

Meriahnya udang..

Hari Sabtu lepas kami mendapat undangan ke rumah Pak Payne. Beliau baru sahaja membawa balik berkilo2 udang harimau drp Jeddah. Untuk pengetahuan sekarang ni Pp dah menjadi towkeh kilang udang di sana. Alhamdulillah rezeki kawan2 di Dubai dapat jugak kami merasa udang Jeddah yg besar dan masih segar2 tu.

Banyak betul makanan mana satu yg nak rasa dulu ni..ada sambal udang , ayam masak merah, sup tulang, crispy beef, udang bakar, acar buah dan lain2 lagi..

Laris betul udang grill ni sampai tak menang tangan tukang memasaknya kak zaida & kak su.. asyik habis jer.. kt meja dr kiri yg tengah keliling udang tu Kak Neme, Kak Marina, Nur & Kak Su ( myUAE first lady yg baru)


Baby Syarafina pun pandai makan sendiri..cermat gayanya..adik b tengok la camera kt sini kejap.. =)

Kak Azma & Kak Syarifah tengah buat colek buah kt dapur..Kak Aisyah tengah buat air sirap limau..

Hujung minggu kami kt sini inilah kerjanya.. asyik2 makan.. menambahkan berat badan jer..pastu complaint badan tak turun2..hehehe

Kepada tuan rumah..Pak Payne & Kak Aisyah terima kasih banyak2 kerana menjemput kami utk sama2 menikmati kelazatan udang drp Jeddah tu.. Semoga dimurahkan lagi rezeki tuan rumah sekeluarga.

Cerita lebih lanjut bagaimana udang tu dibawa masuk ke Dubai dptkan di sini..