Sunday, August 31, 2008

Lucky in Merdeka Celebration



Malaysia tanah tumpah airku...Selamat Hari Merdeka!! Semalam rakyat Malaysia di UAE telah menyambut hari kemerdekaan yg ke 51 di Malaysia Embassy di Abu Dhabi. Ramai yg turut hadir antaranya dr Dubai, Sharjah, Fujairah, Ajman dan Al Ain utk mempamerkan semangat patriotik di samping berkumpul sesama Malaysian menjalinkan semangat muhibbah sesama kaum.

Posing ngan Kak Salina (bertudung hitam) semasa baru tiba


Ramainya rakyat Malaysia kt sini

Pagi2 tu pukul 7 am kami dah bertolak dr rumah. Lambat sikit bertolak sbb semua anak2ku still kecil so kena pakaikan baju dan siapkan diorg satu2. Perjalanan memakan masa dekat sejam setengah ke Abu Dhabi tapi sampai agak lewat sedikit sbb campur sesat..hehehe... Dah termiss nyayian lagu negaraku dan upacara potong kek..:( Masa sampai tu ramai dah Malaysian yg hadir dan berkumpul sampai tak cukup tempat duduk. Cuaca punya lah panas! Alamak dah la pakai kain songket ni..huhhu.. Nampak Kak Salina with family pun baru sampai jugak. Dapat jumpa Aida-Afza..lama dah tak jumpa..Aku nampak Kak Ani dan anak2nya duduk di meja makan. Nasib baik dia ajak duduk semeja kalau tak..terpaksalah kami berdiri..nampak Kak Su Affendy tgh sibuk di meja menghidang satay2 home madenya..Satay kak Su memang class gitu..kat sini mana nak cari satay Msia? kalau terasa nak makan tu bolehlah tempah ngan dia org...Sementara adikku Nur pergi mengambil makanan, aku bawak Syarafina pergi mengambil nombor utk cabutan bertuah dengan Kak Ani. Kalau bertuah menang 1st prize tiket sponsored by Malaysia Airlines balik ke Msia tau..Kemudian aku kembali ke meja makan. Nampak Nur dah ambik banyak makanan utk kami..nasib baik ada Nur..sbb makanan nampak dah berkurang. Maklumlah ramai sangat orang! Kami duduk semeja sambil berborak2 isu2 semasa...hehehe..women talk..

Bergambar di meja makan

Then terdengar microfon berbunyi. Upacara yg di nanti2kan..lucky draw! Ramai jugak yg berpeluang memenangi hadiah2 yg disediakan. Masa 2nd round upacara tu..aku pergi ke depan utk mendengar & melihat lebih dekat..tiba2 nombor aku dipanggil..terkejut la jugak..terus aku pergi meluru naik dgn mendukung Syarafina sbb masa tu anak2ku tak de la pulak berdekatan nak suruh dia org naik..nur pun jauh dok berborak dkt meja makan. Diorg sempat interview dulu, tanya dr mana aku datang..Lepas ucapkan terima kasih & dapat hadiah terus pergi duduk kt meja. Terasa gembira sgt! Nur lepas tu terus naik semangat..nak pergi tengok lebih dekat..Selang seorang kemudian..nombor hubbyku pulak di panggil..aik dapat jugak! Tiba upacara best costume kategori kanak2 lelaki..dapat pulak kt anakku Arieq..nampak malu2 bila di interview..wah murah rezeki kami anak beranak kali ni..Sebelum di umumkan lucky draw tempat pertama, tiba2 nombor Nur dipanggil. Tempat kedua dapat kt adik aku .. Nur! Hadiah dia memang best!! Dapat 2 night stay at Shangri La Hotel 1 bed room suite lagi..hahaha..kalau dah kawin tu dpt la dia pegi honey moon kt situ..tapi terpaksalah pegi ngan kami anak beranak yg riuh rendah ni;)

Senyum lebar lagi...

Hubbyku turut bernasib baik..

Arieq malu2 bila ditanya siapa nama & pandai cakap Melayu tak?

Nur dah merah muka bila ditanya masih single lagi ke?

Nampak gayanya banyak hadiah dibolot oleh kami tahun ni ye..jangan mare..Suhaimi sibuk dok tanya aku pakai jampi apa la sampai semua anak beranak dapat hadiah ni..aku hanya mampu tersenyum & bersyukur..Thanks to all sponsors.

Raise your flag Syahira!

Kami pulang membawa hadiah bersama kenangan2 manis yg tak dapat dilupakan...

Link to BERNAMA news regarding Merdeka celebration in Abu Dhabi yesterday.
http://www.kln.gov.my/perwakilan/abudhabi/news/1798


Friday, August 29, 2008

Cempedak

Buah cempedak di bawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh di bayar,

Hutang budi di bawa mati.



Pantun di atas memang sesuai di tujukan buat abg KP@ Khairul Affendi. Kebetulan minggu lepas beliau baru balik dari Malaysia. Beliau telah memberikan kepada kami sekeluarga sebiji buah cempedak. Mahal tau harga buah tu bila dah sampai kt sini! Pagi2 tu dah harum semerbak rumah kami dgn bau buah tu. Aku sefamily memang suka sangat makan buah tu. Teringat masa pregnant dulu selalu mengidam nak makan cempedak goreng. Buah cempedak ni mana la ada kat Dubai ni..Buah durian tu ada la jugak dh 30 sekilo. So terpaksalah aku manghitung hari tunggu balik Malaysia dulu baru boleh makan. Waktu tengah sarat 7 bulan baru aku dapat merasa cempedak goreng. hehehhe..





Hasilnya setelah di goreng..






Yum Yum...sedapnya....

Million thanks to Abang KP... dapat jugak kami merasa cempedak goreng ni semasa berada di rantau orang ni..kami tak merasa buah tu since balik raya tahun lepas lagi...

Thursday, August 28, 2008

BBQ musim panas


Hari Jumaat lepas kami sekeluarga pergi berpicnic di Mamzar park. Petang tu sebelum berangkat pergi, aku menyediakan roti sandwich sardin dan 1 tong air orange sunkist. Dah prepare awal2.. musim panas gini ingat air jer. Sebelum pergi tu dah janji nga Adlil & Zeti utk pergi sekali memandangkan dia org tak tahu jalan.

Kami sampai di sana sudah pukul 5.45 petang. Terserempak ngan Tini & Kak Nah masa parking kereta. Diorg pun baru sampai tgh cari tempat bbq Shiela & Abg Matju. Park ini memang luas dan cantik kerana selain dapat berbbq, pengunjung dapat berkelah di tepi pantai & mandi laut bersebelahan dgn bbq park. Budak2 juga boleh main kt playground area.


Syahira, Nana, Mia & Arieq

Me & baby Syarafina tengah jeling ais sejuk kt tepi tue..dahaga nie..Zeti maintain still cun.


Abang Mat Ju tgh hidupkan api. Shiela selaku organizer & adlil photographer.

Masa sampai tu Shiela & Abg Matju dah ada kt situ tengah menghidupkan api utk bbq. Nana,Iman & Mia dah nampak merah muka sbb cuaca musim summer di sini walaupun dah petang atau malam still panas membahang. Kami menapak mendekati tikar dan meletak barang2 kami bersama makanan2 yg lain. Syahira & Arieq bila jumpa kawan; Nana & Iman terus pergi ke play ground berdekatan ditemani chiknya. Tak sabar2 nak main dah. My hubby menyibukkan diri dkt bbq area sambil mengambil gambar. Setengah jam kemudian rombongan dr Fujairah tiba Lina & kawan2nya with families. Kak Putri pun datang tapi lambat sikit sbb sesat tak jumpa jalan. Aktiviti lepas tu makan2 je la;) sambil berbual2..Macam2 makanan ada. Nasi tomato, bihun grg, spagetthi, ketupat pulut,serunding, buah2an dll lg. Nasi tomato Shiela memang first class. Mihoon grg tini pun sedap. Makanan lain tak sempat nak rasa sbb kekenyangan. Lagi pun simpan space sikit perut sbb kejap lagi nak pergi rumah Kak Zaida di Up town Mirdiff. Kami tak lama dkt park sbb baby Sarafina asyik nangis..Ngantuk campur panas.


Baby Syarafina & Arieq dah berpeluh2, merah muka menahan panas.

Selepas solat maghrib kami terpaksa beredar meninggalkan group. Memandangkan dah lewat. Sepatutnya tiba di rumah Kak Zaida pukul 8 mlm tapi kami tiba dah pukul 9.40pm. Ramai jugak tetamu yg di jemput hadir. Kak Neme, Kak Intan dr Abu Dhabi pun datang. Dapat jumpa ngan geng blogger..Laila Dewi, Kak Ina, Aidid dan Ziela. Sempat la beramah mesra ngan diaorg. My hubby borak2 ngan geng lelakinya. Manakala budak2 main di bilik Iman. Kak Zaida masak nasi lemak n laksa penang special! Rajin Kak Zaida masak.. Kami balik dah lewat malam. Thanks to Kak Zaida & Abg Imran sefamily. Terima kasih daun keladi, kalau boleh jemputlah kami lagi yer..

Bergambar beramai2 di kediaman Kak Zaida @ Uptown Mirdiff.

Sunday, August 24, 2008

Jalan2 ke Al Ain


Minggu ni kami berpeluang menikmati keindahan bumi Al Ain. My hubby kena kerja selama 3 hari di sana. Sambil dia bekerja dapatlah kami makan angin tinggal di Intercontinental Al Ain Resort.
Malam tu dari Sharjah bertolak dah lewat. Perjalanan selama satu setangah jam memang memenatkan. Kesian my hubby drive..dah la pagi2 tu dah turun kerja di Al Ain, then ptg balik semula utk mengambil kami ke sana. Aku dan anak2 dah tertido sepanjang perjalanan..:p
Anak2ku punya la exited.. sbb dah tahu ada swimming pool besar kt hotel tu. Syahira dan Arieq ni memang suka swimming. Memandangkan cuaca sekarang ni panas melampau2 keesokan petang baru dia org turun mandi di swimming pool. Ada 3 tempat swimming pool. Tempat dalam tu luas jugak mcm olympic size..pada sesiapa yg suka swimming tu kalau datang Al Ain, boleh la bermalam di sini...tapi budak dua org tu tak boleh la mandi kt situ. Di org mandi kt kiddy pool dan tempat besar di tengah2 kawasan tu jer.. Baby Syarafina pun berpeluang mandi manda jgk sampai tertido2 di dodoikan babanya di dlm swimming pool tu sbb penat sgt main..hehehe..




Favourite spot baby syarafina kt bilik hotel sbb lantai tu sejuk suka sangat main kt situ. Kt sebelah depan tu ada cermin besar sebenarnya. Dia suka berdiri kt situ sambil tengok mukanya n kiss cermin tu..hehehe

Pada sebelah malamnya kami pergi ke Al Ain mall. Syahira dan Arieq tak habis penat lg swimming ptg td dah nak main ais skating pulak. Bayaran masuk sama cam kt Dubai dh25 sorang. Cantik jugak tempat tu sbb baru tapi tak de la besar sangat. Yang specialnya kt sini budak2 yg tak pandai skate boleh skate ke tengah kawasan dgn palang besi. So diorg tolak dan berpegang dgn palang tu sambil skate..Arieq yg less confident ni guna la palang tu..tapi bila dah lama2 main confident tu dah ada. Lepas tu dia pandai dah skate..apa lagi..tak nak guna dah palang tu. Lepas diorg habis main kami singgah makan Chinese food di food court di situ. Malam tu kami tidur nyenyak sbb keletihan..




Muka baby Syarafina yg monyok sbb baru bangun dari tido..



Keesokan hari kami bersiap2 dah nak balik. Sebelum check out dr hotel Syahira & Arieq sempat lagi swimming sbb tak puas lagi mandi semalam. Alah tengah2 panas pun sanggup diorg pegi mandi..On the way balik kami singgah di Jimi Mall. Makan tengah hari sebelum berangkat pulang ke Dubai.

Friday, August 15, 2008

Happy 5th Birthday Arieq..


Hari ini umurnya genap 5 tahun. Sebelum ini asyik dok tanya bila nak buat Birthday dia.."lambat lagi ke birthday Arieq?..bila nak ajak kawan Arieq datang umah?"..
Hurmm..Antara soalan2 cepumas dr dia..
Uminya ni sibuk sikit sejak dua menjak ni. Takpe kena luangkan masa jgk utk anak lelaki tersayang..tak kan asyik kakak jer yg sambut birthday kan? Selalunya time birthday dia kami celebrate kt umah tokpa & tokmanya di Malaysia. Bila balik cuti summer. Tiap2 tahun kami balik cuti summer. Cuma tahun ni jer tak balik sbb plan nak balik Raya ;) So berkesempatan la celebrate birthday dia kt sini..
2 hari sebelum celebrate tu kami pegi tempah kek birthday. Haa..tang ni bagi chance dia pilih. Pilih punya pilih Arieq berkenan dgn kek Tom & Jerry . Ok lah asal bahagia. Memang ari2 dia suka tengok cite kartun tu pn..tak pernah miss! Senyum meleret bila dah tempah kek tu. Senang hati la katakan..



Haa.. hari yg di tunggu2 dah tiba. Pagi2 tu tokpa & tokma di msia dah sibuk2 hantar msg bertanya khabar n wish birthday to Arieq. Siap hantar cute e-card lagi. Ciksu pun tak ketinggalan hantar ecard jgk. Apa lagi..Suka sampai ke telinga la Arieq...Thanks pa, ma & family di msia for the lovely ecard n birthday wishes..


Ptg tu abg fudzail, abg halim, abg mushil, abg ikmal, adlil & zeti tiba dahulu. Then Kak Su n Kak Azra menyusul.




Arieq dgn kawan2 lelakinya..


Antara tetamu undangan sblh mlm pula dr kiri; Kak Yati, Sheila, Mas, Kak Ina, Nur, Jue, Kak Mira, Kak Zaida, me with Syarafina & Dr Niezam.


Antara menu hidangan nasi ayam, mi kari, mini burger, kek, puding kastard...


Alaa.. gas ni time tengah kalut2 ginilah dia buat hal..

Walau bagaimanapun memang meriah..Arieq dapat mainan sampai tidur pun tak nyenyak..hehehe..


Thanks to all yang sudi datang membawa hadiah dan celebrate bersama kami.

**To Arieq my dearest son..Happy Birthday..Semoga panjang umur & murah rezeki. Umi doakan semoga Arieq berjaya selalu & menjadi anak yg soleh ..Umi & Baba love you so much!**

Wednesday, August 13, 2008

Summer Ice skating


Last weekend, Syahira & Arieq beriya2 mengajak kami pergi ice skating. Dah lama katanya tak pegi skate..Dulu time Chek Na ada kt Dubai jer selalu pegi..Ye lah Chek Na rajin. Suka sangat melayan budak2 ni.. Biasanya anak2 Chek Na yg suka pergi ice skating Najwa, Ada, Khairul..Suka sangat la Syahira main ngan diorg..Huhuhu..Diorg dah pindah Riyadh! Oklah..Selepas puas syahira pujuk2 jadi jgk kami pegi..Bukan main suka Syahira & Arieq siap berkemas sendiri cari barang2 keperluan utk skate.

Babanya bukannya tak nak pegi..tapi sbb malas nak mengharung jalan jem ke naif. Ice Skating tu bertempat di Hayat Residence Hotel. Argh..Terpaksa la meredah jalan tu. Bila sampai di sana parking pulak takde. My hubby memang nak patah balik dah sbb 2 kali pusing tak jumpa parking. Then, kami nampak tempat private parking di buka. Mungkin sengaja di buka di sebabkan ramai lagi customer yg hendak pergi ke situ. Nasib baik ada parking.
Bila masuk tu.. Ramainya org.. Maklumlah hari minggu..Aku terus pergi bayar kt kaunter. Mulanya Arieq tak dibenarkan masuk disebabkan dia kecik lg & ramai sgt org di hujung minggu. Kena ada org jaga. So husband ku terpaksalah masuk sekali utk membolehkan dia main.

Memang seronok la dia org main. Sambil2 dia org main tu aku jadi photographer jer la..Nak main jugak tapi kena pegang baby Syarafina..huhuuhu..

Baby Syarafina dapat tengok dari atas jer kakak & abang main ice skating..