Tuesday, December 30, 2008

Al Ain Zoo

Sekarang ni cuti sekolah...school holidays for 2 weeks..Sementara nak menunggu sekolah dibuka aku sebenarnya plan ngan abeku utk bawak diorg berjalan2 ke tempat yg jauh sedikit drp Dubai..Pada mulanya aku bercadang mengajak abeku pergi ke Musandam Oman utk bawak diorg pergi tengok dolphins di tgh2 lautan biru di sana..kerana pada musim winter nilah peluang terbaik utk tgk dolphins tu keluar berlumba2 beramai2..malangnya di setiap hujung minggu kami sentiasa dipenuhi dgn aktiviti2 yg lain..huhuh..tambahan pula kata abeku tak seronok kalau kami pergi sendirian tanpa rakan2 family yg lain..dpt pergi hujung minggu pun ok gak..kalau sape2 nak join kami calling2 la ye..kita tetapkan tarikh bila bole pergi.. the more the merrier..;)

So utk tidak menghampakan harapan dua beradik ni yg sentiasa bertanyakan soalan nak ke mana cuti sekolah ni..kami bawaklah diorg pergi ke Al Ain Zoo..sbb Dubai dan Sharjah Zoo dah pernah pergi..Perjalanan ke sana selama 1 setengah jam drive dgn keta. Bertolak dah lewat tgh hari sbb pagi tu pergi 2 mall dulu, Dubai City Centre & Dubai Mall dulu cari hp imate yg tersgt murah hanya DH 399 dikatakan offer utk 2 hari shj..pergi dua2 mall melepas sbb pg2 dah out of stock..org lain cepat lagi mungkin mall tak bukak lg dah beratur dpn pintu...huhuhu..

Al Ain Zoo ni luas la jugak sbb kami pergi 5 jam tu tak sempat lg nak cover semua..buka sampai 9 mlm..tempat ini amat cantik dan menarik..anak2 kami tersangatlah gembira kerana dapat melihat haiwan2 di dlm zoo ini..kpd photographer2 yg suka mengambil gambar2 tu tempat ini agak bagus juga utk diexplore..

Replika2 bentuk haiwan di sepanjang jalan di depan zoo entrance.

Ada train yg akan membawa kita melawat sekitar kawasan ini..tp kami tak sempat naik train tu sbb sementara hari masih cerah tu nak berjalan kaki explore sendiri la katakan..sbb musim skrg ni cepat gelap pukul 5.30 ptg tu dah maghrib...tp bila hari dah gelap tak nampak la pulak train tu..isy..isy..penat la pulak sbb jauh dah berjalan, kena berjalan kaki balik semula..

Betul ke burung ni laju berlari dan kita boleh tunggang atas belakangnya?

Ambik gambar dah gelap..kalau siang hari mesti nampak cantik giraffe2 yg dilepaskan bebas dlm kawasan habitatnya ..
Baby Syarafina bukan main seronok berjalan sendiri..tak mo orang pegang..
Aksi2 baby syarafina..

Interior di depan zoo entrance..

Di kawasan taman zoo.. picnic area..kt sini bole bawak makanan sendiri utk berpicnic.

Satu pengalaman yg manis...Insya Allah next time kami akan pergi lagi..sbb masih ada beberapa tempat yg tak sempat nak dilawati sepenuhnya + terkilan sbb tak dpt naik train tuu..mungkin next time bole pergi lagi dgn kawan2 yg lain..;)




Tuesday, December 23, 2008

Dubai Heritage Village


Semasa keluarga Kak ni & Abe Lan berada di sini, salah satu tempat menarik yg kami pernah lawati ialah Dubai Heritage Village. Kawasan ini bersebelahan dgn creek kerana pada masa dahulunya tempat ini adalah kawasan perkampungan nelayan...Tempat ini amat bagus kerana selain perkampungan yg paling tertua di Dubai, ia juga dapat menonjolkan nilai tradisi kebudayaan masyarakat Arab tempatan dahulu kala. Cerita yg lebih terperinci boleh dilihat di laman web di sini.

Beginilah bentuk rumah org Arab zaman dahulu kala..
Bergambar bersama Arab tempatan di luar kediaman yg diperbuat drp batu dan tanah liat.

Antara barang jualan yg dijual oleh anak Arab tempatan di situ..

Di kawasan ini juga terdapat kedai2 souvenir yg menjual pelbagai barangan spt hiasan rumah, alas2 meja, key chain, post cards, t-shirt dll lagi...

Beli topi ni bagus jugak..cantik tak kraftangan ni ?
Baby Syarafina berkenan dgn patung camel ni..tp dah ada pun satu kt rumah..


Syahira dan sepupunya Arisya melompat kegirangan.. seronok berjalan di musim winter ni..

Baby Syarafina pun tumpang sekaki nak membeli di gerai ni..

Drp kiri Alia, Wafi, Nur, Syahira Arieq dan Wazif

Anak2 Kak Ni & Abe Lan tak melepaskan peluang utk menunggang unta..

Dinding dan atap rumah nie diperbuat drp pelepah tamar..







Sunday, December 14, 2008

Eidul Adha Fi Dubai

Sebenarnya entry ni patut dah letak awal2 tapi keadaan tak mengizinkan..walau bagaimana pun aku nak cerita jgk mcm mana keadaan kami beraya kt sini..

Sehari sblm hari raya, pagi2 lagi kami dah bertolak ke naif souk..bawak Kak Ni & Abe Lan cari jubah dan tudung2..Seperti biasa la kalau sesiapa yg dtg melawat Dubai, naif souk adalah tempat popular utk mencari jubah2 Arab dan segala jenis kain2 yg up to date.

Pada minggu ni kebetulan Kak Ni & family datang bercuti dan tinggal di rumah kami. So raya tahun ni mereka berkesempatan merasa beraya di Dubai. Nasib baik pd hari tu tak ramai org kt naif souk. Parking pun senang dapat. Kami bawak dia org ke kedai favourite kami iaitu kedai Amir. Byk jgk design2 baru utk raya haji ni. Setelah membeli jubah2 kami bawak diorg ke kedai2 kain yg bertempat di belakang Naif police station. Setelah selesai membeli di situ, kami solat dan makan di Al Manal Centre tidak jauh dgn kedai kain td.


Kemudian kami menuju ke Naif Fish Market utk membeli lauk pauk utk dimasak buat hidangan hari raya. As Kelantanese hari raya kami tak terasa meriah kalau takde nasi dagang. Pada mulanya kami bercadang nak cari ikan ayo..tp bila survey2 tgk harga ikan tenggiri lg murah..bila fikir2 ikan tenggiri lg sedap rasanya. Apa lg kami pun beli la 2 ekor ikan tenggiri yg sederhana besar dgn hrg dh50. Kemudian kami beli lg lauk2 lain mcm sotong..kt sini 2 kilo dpt dgn hrg dh25, udang yg besar sikit hrg dh45 sekilo dan daging tenderloin Dh30 sekilo.

Selepas selesai membeli lauk pauk dan sedikit buah2an kami pulang ke rumah. Sampai tu dah mlm terus aje menyediakan bahan2 dan menyiang ikan tadi. Nasib baik Nur dan Alia tinggal kt rumah sempat jugak dia org masak kek coklat. Kali ni kami dapat merasa nasi dagang masakan K.ni. Memang sedap!! Hari tu kami tidur dah lewat hampir jam 4 am kerana mengukus nasi dagang, menumis utk gulai ikan dan daging, menyediakan sambal nyior dan acar timun.

Pada Malam Raya Aidiladha 2008...

Keesokannya pagi2 lg selepas subuh terus bersiap2 utk pergi solat hari raya di masjid terbuka berdekatan dgn Mirdiff. Nama tempat tu Eid Musalla. Drp rumah lg kami dah bersedia dgn jacket dan baju sejuk sbb pagi tu cuaca punyalah sejuk..dlm 16 degree.

Masa kami sampai tu org tak ramai lg..siap dpt parking dpn pintu gate lg. Dah terdengar suara2 takbir drp corong2 pembesar suara. Kami terpaksa berpecah dgn group lelaki krn tempat solat perempuan masuk melalui pintu berasingan. Aku, K.Ni dan Alia dapat tempat duduk paling hadapan dan kami meletakkan sejadah di atas hamparan pasir. Walaupun dah pakai baju sejuk dan stoking yg tebal, punggung dan kaki kami masih lg terasa sejuk kerana terasa pasir yg diduduki itu amat sejuk.

Tempat ini takde lantai hanya pasir yg dikelilingi pagar disekeliling kawasan dan ada pagar besi yg memisahkan antara tempat lelaki dan perempuan. Drp jauh muslimah dpt melihat tempat Imam memberi khutbah dan sudah tentunya dapat mendengar takbir2 raya menyeru kebesaran Allah. Sebelum solat tu aku dpt melihat ribuan muslimin dan muslimah memenuhi ruang Eid Musalla. Selesai Imam solat dan memberi khutbah, terdengar dentuman meriam dilepaskan mengishtiharkan hari Eidul Adha. Selepas bersalam2an dgn muslimah Arab berdekatan kami bergegas keluar utk sesi fotografi sambil menunggu kereta2 lain keluar dahulu.


Pada Pagi Aidiladha..


Hari Raya Aidiladha pada tahun ini disambut secara sederhana sahaja. Cuma menghadiri rumah2 terbuka sahabat2 di Dubai ini. Walau bagaimanapun Alhamdulillah sampai ke mlm juga jemputan yg kami terima. Kebiasaanya pada setiap tahun kami mengadakan ibadat korban kambing di kediaman one of Singaporean di sini iaitu di rumah Abg Fuad & Kak Zah. Dibawah aku sertakan sekali suasana korban pada tahun lepas iaitu Eidul Adha pada tahun 2007.

Sejumlah kambing2 yg di tempah oleh Singaporeans & Malaysians sebelum di korbankan pada tahun lepas.

Kambing2 yg disembelih oleh tukang sembelih professional.

Syahira dan Arieq berselindung di sebalik kawan2 sbb takut dan kesian melihat kambing2 yg disembelih tersembur keluar dgn darah drp tengkuk.

Kambing kami yg disembelih pd thn 2007..

Aidiladha 2008 Pics...


Gambar2 open house di rumah Kak Tip & Abg Iqbal...jamuan di adakan pd sblh tengah hari..Mcm2 makanan ada..lontong, kuah kacang, bistik tulang, mi soto dll..semuanya first class!

Jemputan ke rumah Kak Noni & Abg Nizal pd sblh ptg....ada mi kari.. Di rumah Kak Ani & Abg Hasnol pd sblh mlmnya..ada mi rebus..emm..kenyang betul kami pada hari tu.. terima kasih pada semua tuan rumah!

Kawan2 yg dtg berkunjung ke rumah kami pd sblh malam..Pada thn ni kami tak buat open house cuma adalah makan2 sedikit pada sesiapa yg ingin dtg beraya ke rumah kami..

Kepada Abg Bo sefamily..terima kasih di atas jemputan kalian..Insya Allah next time kalau diizinkan kami akan pergi..



Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada family2 di Malaysia..terutama sekali kepada mama, papa dan adik2ku di lundang..kpd mertuaku chek, wo, aiman di ketereh kpd family kak, family kakni, family abe har di kok lanas dan abang nik mat sefamily di bandar baru bangi, adik amani sefamily dan kepada din sefamily di kl juga kepada saudara maraku yg berada di Kota Bharu dan yg menetap di KL. Tidak lupa juga di tujukan buat teman2 dan sahabat handai yg mengenali diri ini tidak kira dimana jua berada serta kpd seluruh umat Islam di pelusuk dunia.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yg terpaksa mengorbankan anaknya sendiri utk menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban dan ibadat haji. Kedua2 ibadah ini memerlukan pengorbanan dalam melaksanakan ibadat. Pengorbanan ini adalah semata2 pengabdian kita kepada Allah. Selain itu ibadah haji dan ibadah korban juga bertujuan untuk mendidik, mengasuh dan mengajar unat Islam supaya bersifat sabar, pemurah, bertolak ansur, bantu-membantu di mana hasilnya nanti dapat mengeratkan tali persaudaraan dan seterusnya dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam.

Sempena Aidiladha dan tahun baru yg bakal menjelang tiba, sama-samalah kita berazam untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Mudah2an dengan demikian kita akan tergolong di kalangan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Insya Allah.





Sunday, December 7, 2008

My first Award


Salam..Hari ni eiyda nak update sikit.. Nak paparkan award yg sudah seminggu lamanya eiyda peram dlm simpanan...hehehe..Sudah tiba masanya eiyda pas2kan pada orang lain juga..Award gambar monkey di atas bermaksud 'I love your blog'.. eiyda dapat award ini drp adik kesayangan eiyda nur yg sekarang turut bermastautin dan bekerja di dubai.. Award ni sengaja diberikan pada kakaknya kerana dia khuatir kalau2 kakak yg dikasihinya merajuk seminggu..hhehheh..Thanks bebanyak ye Nur..

Okay kepada yg bertuah menerima award ini.. ada peraturan yg harus diikuti..

-Sesiapa yang dapat award ni sudi2kan la letak dalam blog anda...
-Link semula kepada orang yang bagi award ni kat anda...
-Kena bagi award yg sama kpd 7 org yg terpilih aje..
-Tinggal mesej kepada 7 org tersebut..

eiyda nak hadiahkan award ini kepada..

~Kak Riri
~Kak Ina
~Kak Umi
~Pak Payne
~Pak Man laksam
~Jhazkitaro
~Adlil

Kepada teman2 yg tak menerima award tersebut bukan bermakna eiyda tak suka atau tak ingat tapi kerana eiyda ingin membahagi2kan kepada teman2 yg masih tidak menerima award ini..Walau bagaimana pun kepada sesiapa yg inginkan frame gambar monkey tu bole sahaja mengambilnya..eiyda tak kisah..kata org tangan yg memberi itu lebih baik drp tangan yg menerima..betul tak?

Salam sayang dan salam ukhuwah buat semua...

Monday, December 1, 2008

Happy Birthday Papa !!

zwani.com myspace graphic comments



Hari ini hari ulang tahun kelahiran papaku yg ke 59. Begitu pantas masa berlalu..terasa baru semalam aku menjejakkan kaki di Fatima Convent Kindergarden. Sedar tak sedar rupa2nya kini aku dah mempunyai anak 3..di kesempatan yg ada ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada papa di atas segala kasih sayang yg dicurahkan olehnya selama ini. Drp kecil hingga ke dewasa Papa sentiasa mendengar, memahami dan sentiasa berada di sisi di saat kami memerlukan. Papa sentiasa memberi semangat dan mengajar kami erti kehidupan yg sebenarnya. Segala penat lelah dan pengorbanan papa amatlah kami hargai. Selaut kasih sepantai sayang utk papa yg amat kukasihi !!

Selamat Hari Lahir Papa..
Semoga di panjangkan umur
Semoga dimurahkan rezeki
Semoga Allah sentiasa memberkati

Selamat Hari Lahir Papa..
Semoga Allah bukakan segala pintu rahmatnya
Semoga Allah suburkan keimanan dan ketaqwaan
Semoga Allah kurniakan kebahagiaan hidup yg hakiki

Selamat Hari Lahir Papa..
Semoga papa tabah dlm menghadapi ranjau kehidupan
Semoga papa sentiasa dilindungi di bawah lembayung rahmatNya
Dilindungi drp tipu muslihat manusia durjana

Ya Allah..Tuhan yg Maha Pemurah
Kau berilah cahaya petunjukMu
Tunaikanlah segala janji2Mu
Kabulkanlah segala impian dan doa2 papaku

Amin.

nukilan hati
~eiyda~
1 Dis 2008



Wednesday, November 26, 2008

Syarafina dah pandai tatih

Hampir 3 minggu anakku yg paling kecil .. Baby Syarafina dapat berjalan laju. Sekarang ni umurnya baru 13 bulan lebih..Semasa baby Syarafina pandai melangkah dia cuba utk melangkah 2-3 langkah dahulu..dgn kaki kecilnya yg tak seberapa stabil dan berjalan pun masih terhuyung hayang ..dia cepat rebah.



Dari hari ke sehari dia nampaknya tak putus asa..Cuba lagi utk melangkah lebih lama. Setiap kali dia cuba melangkah kami akan berikan semangat kpdnya dgn berkata ' teteh..teteh..teteh. 'Aku perhatikan dalam seminggu selepas itu baby Syarafina semakin berkeyakinan dan dapat melangkah lebih jauh tanpa rebah.

Gambar diambil di Atlantis

Sekarang ni... di setiap malam setiap kali syarafina terjaga dari tidur, aku terpaksa melayan kerenahnya kerana dgn kepandaiannya yg baru itu membuatkan dia tak mahu tidur.. mahu bermain2 berjalan dalam rumah. Sekarang ni bukan setakat dalam bilik, ruang tamu dan dapur rumah malah di luar rumah dia dah pandai berjalan.

Gambar di ambil semasa Ericsson family day di Abu Dhabi


Apa yg kelakar sekarang ni syarafina suka sangat menarik apa2 beg sambil berjalan. Walaupun beg tu besar drp dia dan berat..dia tetap mahu tarik. Beg yg selalu menjadi mangsa ialah beg chik nur dia..sbb stp kali chik nur dia balik hujung minggu ke rumah kami, chik nur dia mesti membawa beg galas berisi baju beserta barang2 keperluan yg lain :D



Monday, November 24, 2008

First time di tag..

I've been tagged by Shiela Hassan...First time kena tag nih..
Sorry ye Shiela sbb lambat jawab..Baru hari ni berkesempatan utk menjawab tag ni..

Rules:
1. The rules of the game are posted at the beginning.
2. Each player answers the questions about themselves.
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged. (aci tak kalau tak tag org lain sbb tak cukup member la..mostly semua dah kena tag)

Name : Juhaida Abdul Aziz
Sisters : 2 - Nur & Emi
Brothers : 3- Ebi, Iwe & Akram
Shoe size : 7
Height : 155 cm

Where do you live : Now - Sharjah, United Arab Emirates.
Have you ever been on a plane : Mesti la..
Swam in the ocean : Tak pernah..sbb tak pandai berenang takut lemass!!

Broken someone’s heart : Pernah..2 x ( 1st time masa sekolah menengah..3 tahun berkawan..sbb time tu dpt further study ke ukm..si dia tak dpt result yg memuaskan..terpaksa kena tinggal..2nd time masa final year di ukm.. bila kahwin dgn my hubby..dah kawan 3 thn jgk..(mama & papa tak approve sbb si dia muda setahun & masih study)
Fell off your chair : Tak pernah.
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Masa chenta2 dulu selalu laa..& bila dah kawin masa di Msia abe kena pergi site di Johor..trainning course di Kuwait, Madrid dan Bahrain.
Saved e-mails : From family, friends & berkaitan dgn kerja.
What is your room like : Biasa jer..
What’s right beside you : My handphone & a mug of hot milo.
What is the last thing you ate : My dinner- nasi putih, kari ikan tenggiri & ayam masak kicap.
Ever had chicken pox : Pernah kena dah..
Sore throat : Ya... Selalunya time nak masuk winter kt dubai ni..
Stitches : Tak pernah
Broken nose : Tak pernah sbb budak baik...hehehh

Do you believe in love at first sight : Yes..
Like picnics : Very much.
Who was the last person you danced with : My hubby..
Last made you smile : My daughter..baby Syarafina
You last yelled at : My daughter..Syahira sbb lemparkan barang kt kepala adiknya Arieq.
Today did you talk to someone you like : Yes.
Kissed anyone : Yes..everyday in the morning before they go to school & office..abe n my children.
Get sick : Kena selsema n batuk..
Talk to an ex : Dah lost contact.
Miss someone : Semestinya..mama, papa n chek..chek baru jer balik semalam..huhhuhu..
Who do you really hate: Benci pada org yg suka mengata org lain & org yg bercakap perkara yg tidak betul.
Do you like your hand-writing : Sekarang ni dah tak suka sbb lama tak praktis menulis cantik2..kalau dulu2 tu selalu tulis diari/surat..hehhe
Are your toe nails painted : Tak..Henna painted kt tangan n kaki adalah..buat ms family day kt AUH.
Whose bed other than yours would you rather sleep in : Tak suka tido umah org..

What color shirt are you wearing now : Black.
Are you a friendly person : Kena kawan dulu baru tahu..
Do you have any pets : Takde.
Do you sleep with the TV on : Tak..tak suka bunyi bising2 bila tidur.
What are you doing right now : Mengadap laptop menjawab tag ni ler..
Can you handle the truth : Semestinya boleh..

Are you closer to your mother or father : Dua dua sama tapi berlainan segi.
Do you eat healthy : Of course..
Do you still have pictures of you & your ex : Takde dah kot..mama n nur dah buang semuanya..
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : My hubby..abe..
Are you loud or quiet most of the time : Tengok dgn sape..kalau org tak biasa lebih suka berdiam diri..

Are you confident : Confident dgn kepakaran tersendiri.

5 things I was doing 10 years ago

1) Baru 1st year di UKM, Bangi..tinggal di kamsis rotu..Tun Hussain Onn..sebelah menyebelah je dengan bilik Surida..kena kawat..kan kita ida..huhuhu
2) Hari2 naik motor kawasaki k-1 (kaler merah) pergi ke kuliah..jgn tak caya..
3) Ari minggu si dia dtg..dating
4) Setiap minggu ( ari selasa) mesti pergi ke pasar mlm dgn room mate cari makanan.
5) Tolak pinangan abe sbb tak nak terikat..nak study lg laaa..hishh..dah ada org masuk minang!!tp org kata sbb jodoh tu still ada..masa final year tu skali lg abe masuk minang, br terima.

5 things I would do if I were a billionaire

1) Pergi haji, umrah banyak kali.
2) Beli tanah n rumah kt Malaysia & Dubai utk buat properties.
3) Bina masjid2 utk bekalan hari akhirat.
4) Sedekahkan pada org2 miskin dan anak2 yatim utk amal jariah.
5) Beli mcm2..

5 of my bad habits

1) Bila bersiap selalu lambat
2) Bila pegi shopping mesti nak beli apa2..
3) Bila tension nak makan mcm2..
4) Suka tido lewat mlm.. ada2 jer kerja nak di buat
5) Malas lipat kain..tp terpaksa lipat jgk sbb tak suka tgk rumah berterabur..huhuhu

5 places I have lived in

1) Ipoh Perak-masa matriks di Kolej Premier Yayasan Perak ( 1 tahun)
2) UKM Bandar Baru Bangi (3 setengah tahun)
3) Kota Bharu Kelantan ( my sweet home town)
4) Burdubai Dubai (3 tahun)
5) Mirdiff Dubai (4 tahun)
~ Sekarang tinggal di Sharjah (baru 8 bulan)~

Ok ..Semua dah jawab harap anda semua berpuas hati..;)

Friday, November 21, 2008

@ Dubai Mall


Last 2 week (7/11) kami bawak chek jalan2 ke Dubai Mall (Shopping mall terbesar di dunia). Kami pun baru first time ke situ sbb pd hari tu Dubai Mall ni baru 4 hari jer dibuka..Pegi tu dah petang. Tapi masa dekat junction nak masuk ke Dubai Mall tu jalan bukan main jem..kami terperangkap dekat sejam.. nak keluar pusing balik pun dah tak boleh sbb one way...depan belakang kereta .. dah dekat sgt sebenarnya bole nampak Dubai Mall tu di depan kami.

Semua org dah tak sabar2 nak masuk Dubai Mall..Bising dgr bunyi hon2 drp keta.

Orang punyalah ramai maklumlah ari minggu..Sesampai di sana kami solat magrib dulu sbb skrg magrib dah cepat..ari tu kul 5.40 pm tu dah masuk. Lepas solat baru jalan2..Ari tu 6 jam kami berjalan..tu pun tak sempat nak cover semua. Lagi pun banyak lagi kedai2 yg belum di buka. Kami singgah di Dubai Aquarium & Discovery Centre.

Banjiran manusia yg berada di Dubai Aquarium & Discovery Centre-World's largest Aquarium. Link to more details on Dubai Aquarium here.
Setelah berasak2 dlm banjiran org ramai, dpt juga kami menyelitkan diri di depan aquarium tu.

Nampak tak shark kt belakang tu? Baby Syarafina bukan main takut bila tengok ikan2 besar kt dlm aquarium tu..
Kami di bawah kerlipan bintang2 buatan..

Chek bukan main suka kerana bertuah dapat menjejakkan kaki di world class shopping mall ini. Alhamdulillah walaupun penat berjalan dia kelihatan sihat dan ceria. Cuma kakinya terasa lenguh sedikit kerana pada hari tu dia memakai kasut bertumit tinggi. Nasib baik aku pakai sandal je pd hari tu so dpt la kami bertukar2 kasut.


Kami berhenti sekejap di push cart Datela membeli halwa Arab. Ada pelbagai jenis coklat & biskut yg antaranya ada inti kurma di dlmnya.

Dah penat kami berjalan..syahira & Arieq nak main ice skating kt Olympic size Dubai Ice Rink dlm Dubai Mall ni.. cik nur dia pn ikut join jgk..

Chek, Baby Syarafina & me hanya duduk menjadi penonton..Nak duduk kt sini pun kena bayar tau !!

Di dpn Ice rink tu ada LCD screen terbesar..

Selepas tunggu diorg main, kami singgah makan di food court tingkat atas sebelum pulang ke rumah. Semua org dah lapar sangat so tak sempat nak ambil gambar.. hehehe..


Selepas makan..dah nak balik..