Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Jadi baby Syarafina..


Hari ini sudah genap setahun umur anakku yg paling kecil. Kesian..semenjak balik Kelate habis badan2 dia merah di gigit nyamuk. Kat Dubai tak pernah seekor pun aku jumpa nyamuk. Semalam dah bawak dia pergi jumpa doktor..dapat ubat sapu & minum utk tahan gatal2. Hati uminya ini terasa bimbang kerana takut dia meragam dan yg penting kulit mesti cantik sbb raya dah tinggal 2 hari sahaja lg nie.. Hari ni nampak tahan dah sikit bengkak2 di kaki selepas minum dan disapu ubat. Dah ada 4 batang gigi..Semua makanan dia suka makan..

Baby Syarafina sekarang ni dah pandai berdiri dgn sendiri. Baru dapat melangkah setapak terus rebah. Agak takut dgn org2 yg tak biasa dilihatnya. Tak suka org dukung tapi suka tersenyum pd org yg tak kenal. Jinak2 merpati..Dah terang sebut 'baba, mama, nak,'..masih telor menyebut kakak..jadi tatak, water disebut 'ter' jer..perkataan baru yg dia baru pandai sebut semenjak balik Msia ni ialah 'cat'..sbb kt rumah tokma dia ada bela 3 ekor kucing berbulu lebat. Petang2 suka sangat melihat cat kt luar rumah.

Malam tu slps berbuka dan terawih, babanya sempat juga pergi membeli sebiji kek. Kebetulan family mak saudaraku dan abg iparku dr Bangi pun ada datang berbuka puasa di rumah mamaku. Bergambar pun dah tgh malam sambil2 makan colek ikan, kerang, perut, keropok dll lagi.

Alahai nak jugak dia potong kek sendiri tu..

Mata adik b tengah aim lilin kt tengah kek tu..

Selamat Hari jadi Baby Syarafina.. Umi doakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg berpanjangan dan menjadi anak yg cerdik dan solehah.


Saturday, September 27, 2008

Persediaan menyambut Hari lebaran...

Kini hampir seminggu aku dan familyku berpuasa di Kelate, Malaysia. Alhamdulillah dapat juga kami merasa berpuasa dah bertarawih di sini. Dalam kesibukan berulang alik ke rumah Chek dan mama, dapat juga kami berbuka puasa beramai2 dgn family kami yg tersayang.

Lagi 3 hari menjelangnya hari raya. Di bandarku ini sudah terlihat anak2 perantau pulang ke kampung halaman. Di jalan2 raya kereta2 semakin bertambah dan sesak dengan pelbagai kenderaan. Masing2 sibuk terkejar ke sana sini untuk membuat persediaan dan menyambut ketibaan Syawal. Ada yg nak beli bahan utk keperluan kek2 dan biskut2 dan ada yg nak beli pakaian raya. Maklumlah semua org nak beli yg baru kan...Bagiku cukup lah hari raya disambut dgn kesederhanaan dan yg paling penting elakkan pembaziran.

Semalam aku ke KB Mall untuk mencari baju raya utk hubbyku dan anak lelakiku Arieq. Tahun ini abe tak sempat nak tempah baju melayu.. So terpaksalah pergi mencari baju melayu yg telah siap dijahit. Banyak baju2 Melayu di jual di sini. Cuma kami hanya perlu mencari colour dan saiz yg sepadan. Tema colour baju raya kami tahun ini ialah hijau epal. Selepas ke KB Mall kami singgah di pasar MPKB utk mencari tudung2 utk di sesuaikan dgn baju2ku. Setahun sekali jer aku balik. Selalunya aku beli la beberapa helai design2 terbaru drp tudung bawal.. Tak dapat dah nak cari tudung2 bawal kt Dubai.

Tudung pilihanku..Cantik2 design tudung bawal kt sini

Tahun ini mamaku sibuk membuat persediaan utk kenduri kahwin adik lelakiku. Kenduri tu selepas seminggu lebih kita beraya.. Jatuh pada tanggal 11 Syawal 2008. Biskut2 raya kami beli jer..Tak sempat nak buat sendiri. InsyaAllah pada malam raya tu baru lah nak masak kek2 dan makanan2 utama.

Tengah menyiapkan goodies kenduri utk tetamu.

Bilik pengantin yg still under renovation.

Biskut raya yg di tempah khas..biskut aiskrim.

Kepada sesiapa yg mengenali kami dan balik beraya di Kelantan, jemput la datang beraya ke rumah kami nanti. Pintu rumah kami sentiasa terbuka utk kalian semua..

Kepada semua yg mengenali diri kami tak kira di mana berada; Ampun dan maaf di pinta seandainya di sepanjang persahabatan dan pergaulan di antara kita ada kesalahan dan kesilapan2 yg berlaku sama ada disengaja atau tak disengajakan. Semoga jalinan kemesraan dan ukhuwah di antara kita terus berkekalan... InsyaAllah.

~Salam Aidilfitri dan Maaf zahir Batin drp kami sekeluarga.~

* Nik Mohd Fakhrul Anwar
* Juhaida Abdul Aziz
* Nik Aqilah Syahira
* Nik Arieq Syahmie
* Nik Aina Syarafina







Tuesday, September 23, 2008

Balik Malaysia..

Balik kampung..Oh oh balik kampung..
Perjalanan jauh tak terasa
Kerna hati melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Balik kampung ..Oh oh balik kampung

Terbayang wajah-wajah yang kami sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan kami nanti

~lirik lagu drp Allahyarham Sudirman yg telah diubah suai~


Bagaikan dah terdengar2 alunan music drp Allahyarham Sudirman. Minggu ni minggu kami membeli barang n packing barang2. Kami ni selalu jer macam ni...Time last minute baru la sibuk nak ke sana sini membeli barang2 yg nak di bawa pulang. Badanku ini terasa penat tak dapat nak digambarkan...Kehulu hilir membawa anak2 membeli belah sekali..huhuuhu.

Tempat2 shopping last minute yg selalu aku tuju .. Al Kabayel, Gift village, Dragon Mart & Naif..Banyak barang2 menarik yg boleh didapati di sini..especially buah tangan yg nak dibagi2kan pada saudara mara & kawan2. Harganya pun murah dan berpatutan. Tapi kali ini aku hanya byk membawa balik barang2 keperluan utk perkahwinan adik lelakiku. Ada lampu hiasan bilik, ada kotak cincin, tempat renjis air mawar, bunga rampai dll.

Kain langsir drp Dragon Mart dan kotak cincin pengantin.

Moroccon lamps utk di hias di bilik pengantin.

Oh ye..baju rayaku kalau kt Dubai ni selalunya ditempah khas dr kedai Babu. Tukang jahit kedai Phulwani. Satu2nya kedai yg pandai menjahit baju kurung, kebaya atau kurung moden. Kedainya terletak di Naif. Kami pergi jahit baju tu pun dah lambat. 2 minggu sblm nak balik Malaysia..Masa pergi tu kami buat2 muka kesian..nasib baik babu sanggup menjahit lagi baju2 kami tu..nampak bertimbun2 jgk la baju2 org msia yg perlu dijahit olehnya..
Kandura pakaian tradisi lelaki Arab UAE~termasuk dlm list barang yg di bawa pulang.


Kepada papa, mama, chek, adik2, abang2, kakak2 semua nantikan kepulangan kami di airport Kota Bharu yer..;)

------------------------------------------------------------------------------


Pada malam 19/9 kami bersiap2 berangkat utk pulang ke Malaysia. Selamat tinggal Nur.. jaga diri baik2 adikku ..jangan sedih2..kuatkan semangat! InsyaAllah next week dapat lagi kita ketemu..;) Nasib baik dapat juga dia pulang beraya dan last minute dapat juga mencari tiket utk balik ke Malaysia. Malam itu kami dihantar oleh Abang Hasnol ke airport. Abg Halim, Abg KP dan Abg Imran turut menghadirkan diri menemui kami di kediaman abg Hasnol. Terima kasih di atas kehadiran dan pertolongan drp kalian semua.

Selepas check in di Emirates counter di Airport Dubai. (gambar di ambil oleh Syahira)

Tiba di KLIA Malaysia menaiki aerotrain.


Bersama family Din & Nor di KLIA

Perjalanan kami dr Dubai ke Malaysia mengambil masa selama 7 jam menaiki flight Emirates. Rindunya hati pada tanahairku. Terasa ingin melihat pokok2 nan hijau dan langit nan biru bersama gumpalan2 awan. Aku difahamkan adik iparku Din dan familynya ingin datang menemui kami di airport KLIA. Semasa check in utk flight seterusnya ke Kota Bharu, rupa2nya flight kami yg sepatutnya bertolak pada 6.30 pm di cancel. Flight MAS yg seterusnya hanya bertolak pukul 10.30 pm. Setelah berbincang kami memutuskan utk berbuka puasa beramai2 di kediaman abang iparku di Bandar Baru Bangi. Lagi 2 jam utk berbuka puasa. Nasib baik Din dan Nor datang!

Setibanya kami di kediaman abg Nik Mat & Cik Ran di Bandar Baru Bangi, family adik iparku Amani & Hilmi turut berada di sana. Setahun tak jumpa ..anak2 saudara & sepupu2 semua nampak cepat membesar! Teringat sewaktu pengajianku di UKM dulu. Di rumah Abe Nik Mat & Cik Ran ini la tempat aku selalu datang hujung2 minggu menumpang kasih & berteduh. Di kala itu anak2 sepupu semuanya masih kecil2 lagi. Di sini juga la pertama kalinya aku bertemu dgn suamiku setelah beberapa tahun tidak berjumpa semenjak aku meningkat umur remaja. Waktu itu abe baru balik dr China. Seingatku kali terakhir kami bertemu di ketika aku masih bersekolah rendah, tgh seronok bermain selambut dan laga getah ditepi rumah arwah datukku di kampung. Begitu cepat masa berlalu..

Syahira bersama sepupu2nya..dr kiri tgh duduk Nasuha, baby, Anis dan Humaira yg tgh menangis.

Kami turut tidak melepaskan peluang pergi mengunjungi bazar Ramadhan di Bandar Baru Bangi. Sesampai hari pertama tu terus pergi mencari makanan idaman! Ramai jugak org kt sini. Sempat la membeli air cendol, air tebu, taufu fah, kuih seroja bakar,kuih cara manis, sup ekor, ayam percik, sambal udang dan kari kepala ikan. Banyak jugak tu makanan..bila tengok kt bazar Ramadhan tu terasa nak makan semua ..:p

Bersama dgn sepupuku yg cantik manis..sekarang sdg mengikuti pengajian Sains tahun pertama di UKM.

Selepas berbuka puasa beramai2 dan bersolat, kami bertolak semula ke KLIA dihantar oleh Din & Nor. Ribuan terima kasih kepada Abe Nik Mat & Cik Ran kerana menerima kami berbuka bersama dan juga kepada Din & Nor yg telah bersusah payah mengambil & menghantar kami ke airport. InsyaAllah kita bertemu lagi di hari Raya.

Sampai di airport Kota Bharu sudah lewat 11.30 pm. Dari jauh sudah nampak mama melambai2 tangan pada kami. Kami terus meluru keluar tanpa mengambil beg2 terlebih dahulu. Papa dan adik2 turut berada di sana. Chek, Wo, Aiman, Abe Har & Kak Ni sefamily turut menjemput kami di airport. Kami bersalaman & berpelukan utk mengubat rindu di hati. Gembira & sedih bercampur baur..Terima kasih semua...



Friday, September 12, 2008

Meriah di Bazar Ramadhan




Salam... Hari ini buat pertama kalinya aku berpeluang menjadi penjual di Bazar Ramadhan Dubai. Penat campur seronok semua ada..Seronok kerana melihat begitu ramai pengunjung2 yg datang berbanding dgn minggu lepas.

Ramainya org di gerai Kak Jah & Kak Tip..
Gerai Kak Zai pun tak menang tangan..

Semasa kami sampai tu dah dekat pukul 4 petang.. Orang tgh ramai memang tak dapat nak cakap..Nasib baik ada Abg Khairul Affendi menolong kami mengangkat barang2 ke tempat jualan. Tempat kosong masih ada lagi bersebelahan dgn stall Pantai Timur.. tapi panas la sikit tempat tu memandangkan kami terpaksa menghadap matahari.


Thanks to abg KP for your assistance and kindness on that day..

Tak sempat kami nak menyusun barang2 makanan kami dah kena serbu..Fuhh..punya la panic sbb first time.. tak tahu mana nak terkam dulu..Org ni nak laksam, org tu nak lai chee kang..hehheeh..tapi menu yg cepat habis dulu, air lai chee kang..berebut org nak!! 10 minit je semuanya dah habis terjual.. semasa adikku nur pergi ambik brg kt kereta, sekejap bila dia dtg balik tu air tu dah habis.. tak sempat dia nak tengok. lagi pun kami tak buat banyak air lai chee kang tu..sambil2 tu my hubby mengisi air bandung cincau.. air ni lambat la sikit sbb kami tak sempat nak pack siap2 kt rumah..so terpaksalah org ramai beratur menunggu kami mengisi air tu..ada nak 1 bungkus, ada nak 2-3 bungkus..tapi time ni la seronok sebenarnya sbb boleh perform live..sampaikan hubbyku terpaksa buat 3-4 tong bancuhan sbb air bandung cincau tu selalu habis..sorry ye bang, akak kalau2 lama menunggu tengah2 panas tu..



Ni pemberita dr TV mana pulak ni..hehehhe

Laksam aku tu pun alhamdulillah laris jugak..Semuanya habis terjual..tak sia2 la penat lelah aku & nur menggulung laksam2 tu.. cuma sup tulang pok nik tu ada la tinggal beberapa pack sempatlah kami bahagikan kepada kawan2. Secara keseluruhannya aku berasa amat berpuas hati kerana dapat merasai pengalaman manis menjual di Bazar Ramadhan Dubai..walaupun agak penat dan terasa lenguh2 seluruh badan kerana sambil2 berjual terpaksa mendokong baby Syarafina ;)

Alahai panasnya..nasib baik baby Syarafina baik tak nangis & meragam kan..

Semasa mak2 sibuk menjual kt luar, anak2 dok bermain dlm rumah CG. Terima kasih kpd CG kita yg baik hati karana sudi menyediakan rumah beliau utk anak2 tumpang berteduh & memberi peluang kpd kami berjual di perkarangan rumahnya.

Terima kasih kepada pengunjung2 yg membeli di gerai kami. Harapanku semoga abang2, kakak2 & adik2 berpuas hati dgn makanan yg kami sediakan. Kalau ada terkurang atau terlebih tu mohon di halalkan..Maklumlah kami ni manusia biasa tidak terlepas drp membuat kesilapan.

Bergambar dgn Kak Nora di Nora's Corner sebelum pulang..



News from Khaleej Times Online here

More photos from Syam's Picasa Web Album here.


Wednesday, September 10, 2008

Laksam oh laksam..


Laksam Kelantan

Hari ni aku dan hubby dah start beli barang2 keperluan utk menjual di bazar Ramadhan Dubai. Menu utama kami adalah laksam. Korang tahu tak macam mana rupa laksam tu? Bagi yg tak mengenali makanan ini lagi aku sertakan gambarnya di sini. Laksam ni adalah local food org Kelate. Rasanya sedap dan lemak berkrim :) Tapi tahu tak nak buat gulungan2 tu memang susah..tambah2 lagi kalau buat banyak..memakan masa berjam2 lamanya..hik..hik..
Walau bagaimanapun, memandangkan aku & hubby terasa nak makan terpaksalah kami buat..Kat Dubai ni tak jumpa laksam ni..takde orang jual..tapi ada sorang akak tu rajin sangat masak laksam iaitu Dr. Azma..Selalunya kami dapat tumpang makan laksam tu kalau dia masak...Tu pun dah lama akak tak masak kan? heheehe..
Resepi laksam ni aku ambil drp mamaku. Original receipe from Kelate. Mama yg ajarkan aku buat kuahnya. Katanya..' laksam ni kuah kena sedap..ikan kena banyak.. baru sedap bila makan tu.. Kena sesuaikan garam & gulanya tu..'
So, aku nak berkongsi makanan kegemaran aku ni di Pasar Ramadhan Jumaat ini nanti. Pada sesiapa yg nak try makanan ni dan pada yg dah lama tak makan tu boleh la dapatkan di gerai nikeiyda. Hari Jumaat ni aje kami sempat menjual di sebabkan minggu seterusnya dah nak balik Kelate..Sempat lah merasa jadi towkey laksam sekejap di famous Bazar Ramadhan Dubai ni..;)

Gambar Sup Tulang dipetik dr Hanieliza
(tak sempat nak ambik gambar sendiri sbb nak masak pg tu)


Menu sampingan lain yg terdapat di gerai kami adalah Sup tulang, Air Lai chee kang & Air bandung cincau.
Air Bandung Cincau


Air Lai Chee Kang

Mari-mari cik adik

Mari-mari cik abang

Marila membeli ke gerai Pok Nik

Jemputla beramai-ramai datang

ahai hai...lalaalala...






Sunday, September 7, 2008

1st Bazar Ramadhan in Dubai


Towkey nasi dagang dan nasi kerabu

Hari ini sudah genap seminggu kami berpuasa di sini. Suasana berpuasa di sini tidaklah semeriah di Malaysia. Bagi ku terasa macam hari2 biasa sahaja kecuali kita berpuasa di siang harinya.. Biasanya bulan Ramadhan di sini lauk pauk terpaksalah aku masak hari2.. Kalau di Malaysia tu mesti lain sambutannya..kan? Suasana tu memang lain.. Petang2 sebelum berbuka puasa dapat pergi menjenguk pasar2 Ramadhan..Masa berbuka tu penuh dgn lauk pauk & dpt berkumpul beramai2 dgn family..
The famous branded stall Arabica- X Aluya

Namun Ramadhan kali ini pastinya berbeza drp tahun2 sebelumnya. Tahun ini warga Malaysia di sini berpeluang merasai Bazar Ramadhan spt di Msia pd setiap weekend. Last Friday Malaysian community telah menganjurkan Bazar Ramadhan yg pertama kalinya di adakan di Dubai. Selama 8 tahun aku kt sini tak pernah berpeluang nak merasai kemeriahan suasana sebegitu..Biasanya kena tunggu balik Msia dulu baru dapat cari makanan yg diidamkan. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada CG Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin kerana dgn kerjasama drp beliau Bazar Ramadhan ini dapat dijayakan. Tahniah di ucapkan kepada MyUAE Pro terutamanya kpd En. Ariffin Mamat ( Pakpayne) kerana dgn idea & usaha beliau dapat jugak kami merasai suasana meriah spt berada di kampung halaman. Memang seronok! Panas2 pun tak pelah! At least dapatlah kami merasai juadah2 Msia yg jarang2 jumpa atau susah nak masak tu..Cuma yg berbezanya kt sini apabila membeli, masing2 kenal antara pembeli dgn penjual..maklumlah penjual pun kawan2.. dr kalangan professional yg bekerja di sini. Bagus jugak tu..di samping membeli dan menjual dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama Malaysians ;)
Tak cukup tangan tuu..Ramai betul tgh queue..
Stall Pantai Timur pun habis licin..tak sempat aku nak beli ketupat sotongnya

Haa..hujung minggu ni InsyaAllah kalau takde aral melintang kami pun ingin mencuba bakat menjadi penjual & menunjuk skills menjual masakan Kelate...nak tengok ada tokoh ke tak..hehhe..Jangan lupa kunjungi gerai kami di gerai nikeiyda. Kalau terasa nak makan laksam & sup tulang special tu sudi2kan lah jengok di gerai kami ye...;)
More photos from Abdul Halim Photography.
News from mSTAR online.

Monday, September 1, 2008

Menjelangnya Ramadhan Kareem..

Ramadhan Mubarak kepada semua muslimin & muslimat sekalian..

Selamat berpuasa & beribadah di bulan yg penuh barakah ini..Maaf di pinta kepada family di Malaysia dan kepada teman2 semua seandainya ada terguris rasa, terkasar bahasa di sepanjang pergaulan kita..
Semoga kita semua beroleh rahmat daripada yg Maha Esa di bulan yg mulia ini & semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Nya ..Insya Allah.

Ramadhan Al Mubarak
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: ramadhan fasting)