Wednesday, July 15, 2009

cream puff gebu

Teringat minggu lepas ada buat cream puff ni tp lupa lak nak share resepi ni.. ari ni buat kek cheese marble tu jer pasal tak puas lagi mkn kek tu ari tu.. time tengah sibuk2 packing cam sekarang kan sempat buat kek yg simple2 jer la..;)

adunan sebelum dibakar...

Jom kita intai resepinyer..resepi ni eiyda dapat drp blog bro rozzan semasa blog hopping tempoh ari.. rasanye memang sedap!! yang penting kulitnyer tu menjadi cantik.. thank you bro!! eiyda minta izin copy paste jer k..


CREAM PUFF

Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Sebelum bakar eiyda polish ngan egg wash pada adunan yg telah diterap tu supaya puff tu nampak cantik.

Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

selepas siap dibakar...

Jemput makan semua...;p


Monday, July 13, 2009

jenjalan sebelum balik malaya

Dah seminggu tak update blog...huhu..sejak dua menjak ni aku asyik busy jenjalan membeli barang2 dan berkemas rumah.. ari minggu biasa la seperti selalu dapur tak berasap. Kami makan2 kt luar jer. Kebetulan ari sabtu tu ada kawan ajak makan kt rumah dia.. thanks to kak nani & abg mushil..;) Selepas tu kami pegi shopping di dragon mart..

Kat gerai ni syahira berkenan ngan rantai kaki drp batu crystal..

Kedai ni menjual pelbagai accessories wanita spt brooch, gelang, cincin, anting2, jam, dan lain2 lagi.

Kedai ni hanya menjual set bed cover drp pelbagai jenis kain.. ada jenis satin, baldu dan cotton. Kami beli 1 set utk che drp jenis kain cotton..selesa utk tidur..;)


Baby Syarafina ngan baby pakistani..seksi betul anak patan ni..maklum la sekarang kan musim panas..hehehe

Ni pula kt Naif. Kami pergi minggu lepas time mlm pasal nak jalan2 sekarang ni panas sangat kalau pegi siang hari...ish malas betul nak pegi naif ni..kalau bukan sbb nak beli kain buat baju raya..memang tak nak pegi.. kt naif ni macam2 jenis kain ada..semuanya bole dapat ngan harga yg murah dan berpatutan .. :)

Baby syarafina ni pun pandai nak shopping gak..dia sempat jugak sambar 1 mainan utk dia..

InsyaAllah nak pegi lagi sekali ke naif ni utk cari jubah pula..mlm tu tak sempat nak cari sbb pegi da lewat banyak kedai dah tutup..huhu..Okey kalau ada cerita menarik dan sempat sebelum balik cuti2 mesia ni insyaAllah will update later.. ;)




Monday, July 6, 2009

Cepatnya masa berlalu ..


Cepatnyer masa berlalu..sedar tak sedar rupa2nya umurku semakin meningkat..selalu jer org yg tak dikenali bertanya tentang umurku..tapi diorg tak pernah percaya..diorg ingatkan aku lebih muda dr tu..heheh..semoga lebih matang dlm meniti usia2 dewasa..special thanks to my sis kerana bersusah payah membuat besday kek utkku..tp dia kata senang jer buat cheese kek tu.. memang hobi dia pun buat kek2 ni..;)

Oreo cheese cake resepi diambil drp blog kak ummi zaihadi...sedapp!!

ohh ni apa ni..? semalam kami celebrate kt Spice Island..selepas puas abeku survey punya survey kt mana nak celebrate last2 spice island kt renaissance hotel jugak yg menjadi pujaan..setakat ni dah 3x berturut2 kami menyambut besdayku kt sini.. restaurant ni pernah memenangi What's On Award category Favourite International Speciality Restaurant pd tahun 2007.

Kami memang suka makan kt sini sbb ada 6 live cooking station kt sini.. pilihan makanan pun pelbagai dan sedap2 drp Japanese, Mongolian, Chinese, Indian, Italian, Mexican dan lain2 lagi..

Masing2 pilih sendiri nak makan apa.. kami start ngan makanan ringan2 dulu cam sushi, spiring roll dan lauk2, arieq, syahira & baby syarafina start ngan pizza n corn soup.. pas tu baru diteruskan ngan makanan berat2..;p

Abeku paling suka makan lobster & udang besar ni la..asyik berulang alik mintak ni jer..tah berapa pinggan dia makan..kt sini mahal lobster ni kalau nak beli kt Carrefour seratus lebih sekilo..

Chef booth tu sampai kenal dah kami..siap ajak bergambar masak sekali..heheh..

Tengok tu baby syarafina masa makan..macam2 gaya..mula2 mkn pizza, mkn nasi grg, corn soup, buah2an, puding, mango jus, semua yg tak pedas dia rasa..sampai termenung kekenyangan..

Pilihan kek2, brownies, coklat dan puding...

Miss US ni nak bergambar ngan budak2 ni..dia suka ngan baby Syarafina ;)

Kat main entrance spice island & lobby Renaissance hotel..

Kepada family, teman2 & saudara mara yg mengirimkan ucapan dan besday card sama ada melalui sms, email dan facebook..eiyda ucapkan berbanyak terima kasih..persahabatan dan kemesraan kalian sentiasa tersemat di sanubari..semoga Allah merahmati dan membalas dgn segala kebaikan pada kalian semua..insyaAllah...;)


Thursday, July 2, 2009

Jom masak Ikan percik..

Ari tu masa jenjalan kt umah chik mi ternampak la ikan keli..tp chik mi masak ikan berlada..tiba2 teringat musim puasa tahun lepas..kebetulan kami sempat berpuasa di sana.. hari2 mesti beli lauk percik ni..kt kota bharu ni memang famous ikan percik, ayam percik ni..



Jadi tetiba terlintas nak buat ikan percik ni.. senang jer buat percik ni.. kalau sesiapa nak cuba bole la ikut resepi kt bawah ni.. Resepi turun temurun drp mamaku..;)

1. Mula2 cuci ikan..lumur ikan dgn garam, sedikit bawang merah, bwg putih & halia yg diblend..kemudian bakar terus dlm oven..

2. Sementara menunggu ikan tu masak..bole la diteruskan dgn memasak kuah percik.


Bahan Percik

2 labu besar bawang merah
3 biji bawang putih
seinci halia
1 -2 sudu besar cili boh
1 tin santan/ 1 biji kelapa
2 batang serai ( diketuk)
2 keping asam keping
sedikit gula melaka
garam & gula secukup rasa

Cara membuat

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg siap di blend. Bila dah garing masukkan cili boh. Kacau sampai naik bau.
2. Masukkan santan. Kacau..Bila dah sebati masukkan gula melaka.
3. Kemudian masukkan serai yg diketuk bersama asam keping. Kacau hingga pekat. Kalau nampak kuah pekat sangat boleh la campur ngan sedikit air.
4. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Kuah percik yg siap dimasak boleh la dilumurkan pada ikan bakar tadi.

Ikan percik atau ayam percik ni kalau dapat makan ngan nasi kerabu lagi bestt...

Ok yer tuan2 dan puan2 selamat mencuba dan menjamu selera.. ;) MySpace