Friday, June 12, 2009

Sedapnya apam balik..

Hari ni tiba2 teringin nak makan apam balik...erm teringat kalau stp hari khamis ni tiap2 minggu ada pasar malam kt area rumah mamaku di Lundang .. kalau pegi ke pasar malam tu selain yong tau fu, taufu fah dan air coconut shake, aku mesti tak ketinggalan membeli apam balik ni..huhu bestnya kalau dapat jenjalan kt situ..rindunya kt pasar malam mesia..MySpace


Resepi apam balik ni setakat ni aku dah try 3x guna resepi intan ni buat makan petang.. memang menjimatkan dan mengenyangkan..siap buat special lagi..boleh la taruk inti jagung dan kacang tu banyak2..sambil2 minum air teh ke hot chocolate ke..erm sedap!! anak2 eiyda semua suka makan..Terima kasih intan!! kalau sesiapa yg nak try boleh la buat ikut resepi spt kt bawah ni.. eiyda ubah sikit caranya tu & resepi copy paste yg intan jer k..

Resepi apam balik Intan dr Ireland..

Bahan2nya:
2 cawan tepung naik sendiri ( eiyda guna tepung biasa je cuma lebihkan baking powder nanti)
1/4 cawan gula
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Untuk Inti:
1 tin jagung krim ~ for homemade cream corn refer to *** below
(eiyda guna jagung tin cream style je )

1 cawan kacang (tumbuk)~ eiyda mesin guna blender kering jer
1 cawan gula
sedikit mentega

***Untuk homemade cream corn: ( bagi org2 yg rajin buat sendiri..:p )
1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
* masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.

Cara-cara:
~Pukul gula bersama telur hingga kembang,
masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
~ Pukul lagi hingga sebati. masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
~ panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian dinipiskan.
~ taburkan gula sekeliling apam.
~tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu kalau pan tak ada penutup).
~ apabila setengah masak, taburkan bahan2 inti spt kacang, jagung dan secubit mentega.
~ tutup sekejap, bila masak bolehlah dilipat dua dan diangkat . siap..
Sedap di makan sementara masih panas2...

Selamat mencuba.. ;) MySpace

10 comments:

Mother of Two said...

wah2..apam balik versi dubai nie...

FiDa@aMiDa said...

wah eiyda famous dah apam balik ni kat dubai..hari tu nmpk kat rumah fairus....fida je tak cuba lagi apam balik dubai hehehhe

eiyda said...

shiela..
a'aa apam balik versi dubai..sedapp!! =)


Fida..
kena cuba jangan tak cuba..;)

erin said...

eiyda...
sedapnyer apam balik, erin pun suke makan jugak, bile beli slalu request taknak kacang so dia jd a bit plain ckit coz ade jagung n gule jer hehehh caya la eiyda lame2 mesti leh jd expert chef :P

Anonymous said...

Wah macam kat kedai jer.... best best..

eiyda said...

erin..
ekekeke..skrg ni taraf chef yg topi rendah sikit tu..ohh tak suka kacang ye..kalau camtu bole la try buat sendiri, nanti boleh taruk jagung tu banyak2..;)


blogresipi..
terima kasih singgah sini..memang bercita2 nak bukak kedai jugak..;)

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man panggil kuih ni 'apong'.
Tapi di Raub ni Pak Man panggil apam balik laaaaa.

eiyda said...

Pak Man..
Betul2 ore kelate panggil kuih ni'apong'..eiyda pun panggil apong jgk.. =)

MamaFaMi said...

Sedapnya apam balik.. tapi mama tak rajin buat dah ni jam. Beli je kat pasar malam! Hehehe...

eiyda said...

Mama..
Memang kt msia tak gaduh nak buat sdri..sbb senang cari..bestnyer beli kt pasar malam!! huhuhu..