Tuesday, June 2, 2009

Meriahnya udang..

Hari Sabtu lepas kami mendapat undangan ke rumah Pak Payne. Beliau baru sahaja membawa balik berkilo2 udang harimau drp Jeddah. Untuk pengetahuan sekarang ni Pp dah menjadi towkeh kilang udang di sana. Alhamdulillah rezeki kawan2 di Dubai dapat jugak kami merasa udang Jeddah yg besar dan masih segar2 tu.

Banyak betul makanan mana satu yg nak rasa dulu ni..ada sambal udang , ayam masak merah, sup tulang, crispy beef, udang bakar, acar buah dan lain2 lagi..

Laris betul udang grill ni sampai tak menang tangan tukang memasaknya kak zaida & kak su.. asyik habis jer.. kt meja dr kiri yg tengah keliling udang tu Kak Neme, Kak Marina, Nur & Kak Su ( myUAE first lady yg baru)


Baby Syarafina pun pandai makan sendiri..cermat gayanya..adik b tengok la camera kt sini kejap.. =)

Kak Azma & Kak Syarifah tengah buat colek buah kt dapur..Kak Aisyah tengah buat air sirap limau..

Hujung minggu kami kt sini inilah kerjanya.. asyik2 makan.. menambahkan berat badan jer..pastu complaint badan tak turun2..hehehe

Kepada tuan rumah..Pak Payne & Kak Aisyah terima kasih banyak2 kerana menjemput kami utk sama2 menikmati kelazatan udang drp Jeddah tu.. Semoga dimurahkan lagi rezeki tuan rumah sekeluarga.

Cerita lebih lanjut bagaimana udang tu dibawa masuk ke Dubai dptkan di sini..

4 comments:

Mother of Two said...

huhuhuhu...kempunan tak dpt makan udang fresh cap saudi. hari kerja...

eiyda said...

shiela..
ohh patutla takde..tak ingat rupa2nya dia kerja!

erin said...

eiyda,
heaven nyer makan from 1 stop to another 1. eiyda lama lagi ker kat dubai? erin penah sampai dubai, it was 3 yers ago...transit jer mase tu on the from brunei to london....tgk airport die...dahsyat!

eiyda said...

erin..
eiyda tak pasti la berapa lama dok kt sini..tengok rezeki..
ohh..apa yg dahsyat tu? 3 years ago lama dah tu..sekarang ni airport dia banyak berubah lagi dahsyat! =)