Monday, June 15, 2009

Sambutan Hari Keputeraan Agong di Reem Island

Semalam dapat mesej drp Papaku di Malaysia..Katanya mama nak melihat gambar2 majlis hari keputraan agong di Abu Dhabi yg kami sambut tempoh hari..Seperti selalu mama pasti mengirimkan pesanan supaya kami mengambil gambar sebanyak yg mungkin kalau ke mana2..Oklah utk tatapan mama..aku paparkan sedikit sebanyak gambar2 berkenaan...
Majlis ni diadakan di Tamouh Cafe Reem Island, Abu Dhabi.

Setibanya di sana kami dapati ramai rakyat Msia yg turut menghadirkan diri.. Ruang cafe tu penuh sesak dgn rakyat Msia pelbagai bangsa dr serata UAE. Seperti biasa pasti kami tak ketinggalan mengambil nombor cabutan bertuah.

Tengok tu betapa ramainya rakyat Malaysia kt sini.. nasib baik aku dan Rozana dipelawa duduk oleh kak Saadah ke mejanya. Katanya kesian melihat kami yg ada anak kecil ni..Nak ajak member2 lain pun tak dapat sebab kami pun menumpang meja diorg jer..huhu..

Majlis dimulakan dgn bacaan doa selamat dan nyanyian lagu negaraku dan kata2 aluan drp Dato Yahya, Duta Besar Malaysia di UAE.

Selepas itu kami di persilakan ke meja hidangan. Pelbagai juadah disediakan antaranya nasi goreng, bihun goreng singapore style, nasi putih, ayam goreng, sotong goreng, kari daging, daging black pepper, butter prawn, honey prawn dan pelbagai kuih muih spt seri muka, kasui, muffin, cup cakes, agar2, bubur kacang dan buah-buahan..
Sementara menunggu giliran beratur utk mengambil makanan, kami sempat click2 camera dahulu..
Abg Ambran & Rozana bersama anak2 lelaki kembar mereka.. Comel kembar diorg kan...
Acara seterusnya..nombor cabutan bertuah dipanggil utk menerima hadiah.. Hadiah di sampaikan oleh Datin Saerah ( berbaju hitam ) dan Dato Yahya bagi pemenang hadiah terbesar. CG dan Kak Sara tampak cantik sedondon berbaju batik biru-purple..

Kali ini kami juga bernasib baik kerana turut menerima hadiah utk cabutan nombor bertuah tu..Dalam perjalanan pulang, Arieq yg dah tak sabar2 terus membuka hadiah td.. 'tadaa'..terdapat sepasang selipar berurut acupuncture...dia ingatkan dapat mainan ke apa..hehehe..rupa2nya semenjak menerima hadiah drp tadi lg dia asyik berbangga krn dia seorang je satu2nya budak yg menerima hadiah..nasib baik Arieq ni pandai..terus je cakap nak kasi hadiah tu kt baba sempena Father's Day...hehehe..

Utk papa dan kpd semua lelaki yg bergelar bapa..aku ucapkan Selamat Hari Bapa..kt Dubai kami sambut semalam iaitu pd hari Ahad 14 June 2009.
Terimalah lirik lagu drp Siti Nurhaliza...
Lelaki

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA


7 comments:

Unknown said...

Jue... apa khabar Jue & family? Alhamdulillah... ida sihat2 je.. Cuma anak2 baru sihat dr demam, almaklum baru balik bercuti dr kg. Seronok baca latest news dr Jue.... Take care Jue...

Tepi Sungai Batu said...

Meriah nampaknya......
Dapat hadiah cabutan bertuah lagi ke?.
Murah rezeki.

ummi365 said...

Da.. hubby akak balik msia masa tu.. kalau tidak mesti akak suruh dia cari eiyda.. sebab akak tau eiyda mesti datang punya hehehe

eiyda said...

Ida..
Rindu kt ida..lama tak dengar berita..Kami alhamdulillah sihat..ohh seronoknyer baru balik bercuti dr kampung!! jue pun nak balik gak tak lama lagi..:) Harap dapat jumpa ida kt kl nanti..nanti jue email k..take care ida..


Pak Man..
Meriah..alhamdulillah krn sentiasa murah rezeki..;)


Kak Ummi..
Ohh patut la..eiyda jenguk2 gak kot2 ternampak hubby akak boleh amik gambar tunjuk kt akak.. ;)

erin said...

salam eiyda,
eiyda ari ni erin rase totally tak best n out of mood.....:(

FiDa@aMiDa said...

eiyda

aah ramai betul umat manusia hari tu kan...sampai tmpt duduk pon takda..fida pon menumpang meja kebetulan ada 2 kosong menyelit je kat situ heheheh bawa budak2 cam tulah..bestnya dpt hadiah lucky draw

eiyda said...

Wsalam erin..
Jangan ikutkan hati sangat nanti merana diri..ceriakan diri..kuatkan semangat k.. ;)


Fida..
a'aa tak sangka sebegitu ramai kan..hadiah tu ok bole buat urut tapak kaki..hehehe :)