Nasi minyak oh nasi minyak.. harap jangan ada yg pikir bukan2 ekk.. takde sesiapa lagi yg nak naik pelamin dlm masa terdekat ni.. ada anak dara sorang tu yg dok sekali ni pun belum tentu lagi bila nak kawinnya..hua..hua..hua..
Nasi minyak tu aku buat kerana semalam tetiba teringin nak makan gulai dalca..ada tulang lembu sikit dlm freezer tu..aku campur ngan daging..bahan2 accessories cam kacang panjang, carrot semua ada.. alang2 nak buat dalca aku buat la nasi minyak sekali.. nak makan ngan nasi tomato pun ok gak.. cuma aku dah lama tak makan nasi minyak ni.. ;)
Bagi sesiapa yg nak cuba buat nasi minyak aku paparkan resepinya dibawah ni..
Resepi Nasi Minyak
Bahan nasi
5 cawan Beras wangi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
2 cawan susu cair ( eiyda guna susu segar)
4 cawan air rebusan ayam atau daging
Garam gula secukup rasa
2 helai daun pandan
Bahan menumis
4-5 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
Bahan hiasan
Kismis
Badam (digoreng)
Gajus (digoreng)
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun saderi
Cara memasak
1. Sementara nak masak nasi tu kita rebus air rebusan ayam atau daging atas dapur dahulu.
2. Kemudian basuh beras dan ketepikan.
3. Panaskan kuali.. masukkan minyak sapi dan margerin.
4. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 dll )
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan daging atau ayam tadi dan susu.
6. Masukkan kan garam gula secukup rasa.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras dan daun pandan.
8. Masak nasi macam biasa.
2. Kemudian basuh beras dan ketepikan.
3. Panaskan kuali.. masukkan minyak sapi dan margerin.
4. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 dll )
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan daging atau ayam tadi dan susu.
6. Masukkan kan garam gula secukup rasa.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras dan daun pandan.
8. Masak nasi macam biasa.
Bahan-bahannya:
700 gm tulang lembu
200 gm daging
2 batang carrot ( dipotong panjang)
3 biji terung bulat (dibelah dan dipotong)
2 biji ubi kentang ( dipotong dadu)
100 gm kacang panjang
1 cawan kacang dal (direbus)
4 biji lada hijau
1 stgh biji kelapa atau 1 setengah santan tin
sedikit air asam jawa
sedikit gula melaka, garam gula secukupnya
Bahan menumis
6 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
2 sudu besar cili boh
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 setengah peket rempah kari dalca
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 menumis sehingga garing dan naik bau dlm periuk.. eiyda tumis terus dlm pressure cooker supaya jimat masa.
2. Kemudian tulang lembu yg telah dibersihkan, di kukus bersama kacang dhal dlm pressure cooker selama 30 minit. Masukkan air secukupnya.
3. Selepas tulang lembu empuk, masukkan pula daging (daging ni eiyda dah rebus utk buat nasi minyak td). Biarkan seketika selama 15 minit..supaya rempah2 meresap dlm daging tu.
4. Masukan pula santan, air asam jawa, gula melaka, gula dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukan sayur-sayuran dan biarkan empuk. Angkat dan hidangkan.
Kami makan nasi minyak bersama ikan berlada.. patutnya makan bersama ayam berlada tapi takde ayam..ada ikan jer..so hentam jer la..eiyda hidangkan panas2 bersama nasi minyak, gulai dalca dan sedikit nenas.. nenas tu ingat nak buat paceri nenas atau acar timun tapi dah penat + malas.. hihihi.. ;p
11 comments:
eiyda
semua sedap dan menyelerakan...lama tak makan nasi minyak org kawin ni heheheh
eiyda...
Sedapnya nasi minyak...paling mengancam ikan berlada tu...nak buat hujung minggu ni la...
Salam Eiyda...
Thanks a lot for sharing the recipes with us Eiyda...sungguh2 menyelerakan...ni yang macam nak try buat nih...hihi
All the best Eiyda...take care ye :-)
Salam dr UK
Dalca tu memang peberet Pak Man.
kak ida,
amboi... sehingga terbawa dalam mimpi tgk nasi minyak kak ida tu...:)
fida..
ye la dok kt sini asyik jupe nasi beriani jer..mana nak cari nasi minyak ni..hiks..
nj..
buat la kak..perantau cam kita ni terpaksa masak sendiri kan..nak beli tak dapat nak cari..
faiza..
wasalam..always my pleasure..:)
try la buat faiza..senang jer tu.. asal ada bahan bole la buat..kesiannye kt UK tu lagi susah nak makan...
take care k..
Pak Man..
peberet kami gak tuu.. :)
shiela..
da termimpi2..? belum lagi rasa tu..heheheh..:p
Anak dara kak ida bukan masih kecil ke..
err..bukan anak dara yg kecil tu..ish..ish ad ni buat2 tak paham la plak..nape terasa nak naik pelamin da ke? hihihi..;p
Sedapnye nasi minyak ni kak Eiyda.. ade belen tak? nak mintak barang sepinggan dua.heheh
ijan..
alah da terlambat la ijan..diorang makan sampai licin..anak eiyda yg paling kecik tu pun suka..hehehe
Post a Comment