Monday, January 26, 2009

Selamat Hari Lahir Syahira..


Hari ni genaplah 8 tahun umur Syahira anakku yg sulung .. Emm...aku masih ingat lg semasa dia lahir dulu.. dia dilahirkan di KBMC pada jam 10.15 am..beratnya hanya 3.2 kg..Masa tu nasib baik abeku dapat balik dan bersamaku utk menyambut anak kelahiran kami yg pertama..Abe pada masa tu dah bekerja secara contract di Dubai..Semasa Syahira berumur 6 bulan dan selepas konvoku di UKM, kami berhijrah datang ke Dubai..Sedar tak sedar, hampir 8 tahun rupanya syahira membesar di sini..

Semalam kami keluar pergi mencari kek utk dibawanya ke sekolah sbb katanya nak dicelebrate dgn kawan2 sekelasnya juga.. Plan awal memang nak celebrate dgn kawan2 Malaysians yg lain..tp tak pasti bila dapat luangkan masa tu..so utk tidak menghampakan harapannya kami beli kt Spinneys jer segala makanan mcm biskut, air juice, coklat dan chips buat goodies pack utk dibahagikan kpd kawan2 sekelasnya..

Hari ni pagi2 lg semasa dia sampai ke kelas kawan2 sekelas terus menyanyikan lagu happy birthday utk dia..

Seperti dijanjikan pd tengah hari td aku muncul di kelasnya membawa kek..

Semua kata sedap dan suka makan kek coklat tu ..emm yummy :)

Syahira bersama kawan2 sekelasnya..

Syahira turut membawa kek birthdaynya ke kelas adiknya Arieq yg tidak jauh dr kelasnya..

---------------------------------------------------------------------------------
Pada sebelah malamnya pula ...kami pergi ke TGI Friday's restaurant bertempat di Dubai Festival City.. mlm ni kami makan ala2 western la pulak..ari2 asyik makan nasi kt rumah dah boring..abeku saja nak ke sana sbb dah lama tak makan steak sebenarnya...
say "cheese..."

Kebetulan sebelum keluar tu K.yati called ucap birthday kat Syahira..terus aku ajak k.yati utk join kami..nasib baik ada k.yati dan familynya memeriahkan lg hari ceria buat syahira..

Part yg paling best waiters & waiteress kt situ siap nyanyi dan menari selepas membawa keluar birthday kek utk syahira..syahira memang betul2 terkejut dan tersenyum meleret dgn surprise tu..:)

Syahira gembira bukan main lg dapat menyambut birthday kt situ..Sebelum balik td, adiknya Arieq turut request supaya dia punya next birthday buat kt situ...hehehe..Kita tengok dulu ye Arieq..InsyaAllah kalau ada rezeki lg..

family potrait..

Bergambar bersama Matt, K.yati dan anaknya Sarah Rose..Thanks a lot for celebrating with us..We really had a wonderful time and appreciate having you all there..Hadiah drp Sarah Rose & Daniel...



Untuk Syahira, Umi dan baba doakan semoga syahira dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh rahmat dari Nya. Semoga dirimu membesar menjadi anak yg cerdik, bijak, mendengar kata dan solehah.. dan semoga segala impian dan cita2mu tercapai..InsyaAllah..Amin..

18 comments:

drNO said...

happy birthday...
dah 8 thn ...
best wishes for u..
be a good girl k..
study smart...

Anonymous said...

Happy Birthday Syahira...:-)semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,jadi anak yg solehah,berjaya didunia dan diakhirat serta menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa...May Allah swt bless Syahira and family today and always...Amin...bestnyerrr tengok Syahira celebrate birthday dengan kawan2 kat sekolah...makan cake chocolate yg sedap lagi tuu...:-)

Anyway,Good Luck and All the best to Syahira...be a good girl ok...:-)

Salam dr Preston,Lancashire UK

Anonymous said...

huhu cik nk make kek tu!! sedapnye..ohh hepi besday syahira..tggu hadiah dr cik ok..;p

Anonymous said...

Salam Eiyda...:-)

Haah laa Eiyda,Faiza pun baru perasan..tarikh lahir Ibu faiza dengan anak Eiyda,Syahira sama :-)...26 January...sorang sambut ulangtahun di Malaysia,sorang lagi sambut ulangtahun di Dubai...semoga kita semua diberkati oleh Allah swt,sihat sejahtera dan bahagia selalu hendaknya...Amin...:-)

Thanks a lot Eiyda for your wishes...:-)

eiyda said...

drNo..
Thanks auntie..InsyaAllah i will..


Faiza..
InsyaAllah berkat doa auntie faiza..semoga termakbul..


Cik..
Jangan sedih2 nanti kita beli lagi kek tu..ira nak tunggu hadiah drp cik.. jangan lupa tau..;)

eiyda said...

W'salam Faiza..
InsyaAllah..Amin.
Thanks to you too for your doa and wishes..;)

Mother of Two said...

happy birthday shahirah... semoga menjadi anak yg soleh dan berguna pada umi n baba... nak hadiah lipstick ker... bedak:)

Unknown said...

salam eiyda...selamat ulang tahun untuk shahirah...semuga menjadi anak yang solehah dan berjaya di masa hadapan....lama lagi ke kat sana?

SaraLily said...

Salam Eiyda,Selamat Ulang tahun ke 8 utk Shahirah...semuga menjadi anak yag solehah & mendengar kata org tua....


P/S; Thanks Eiyda..pasal komen tuh...memang betul pasal baby tu,rezeki Intan kot Alhamdulillah baru 3 bln lebih jer...family m'sia tak tahu lagi nak wat surprise...hehehe.

Anonymous said...

Sekadar ingat-mengingati.

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Al-Baqarah, ayat 201)
View Profile: Rantong

Tepi Sungai Batu said...

Selamat hari lahir, Shahirah.....dari Atok Man.

eiyda said...

tima kasih auntie Shiela..
InsyaAllah..
auntie shiela nak bagi hadiah eh? tak kisah apa2 pun bole..


Wsalam k.ina..
Terima kasih..semoga doa k.ina menjadi kenyataan..
Tah la k.ina dlm keadaan global krisis skrg ni tak tahu nak cakap..tengok rezeki dulu macam mana..


Wsalam Intan..
Thanks intan..moga masin mulut intan..
Alhamdulillah rezeki tu..congrats..jaga diri dan kesihatan bebaik ok..;)

eiyda said...

rantong..
Terima kasih..Semoga kita tergolong di kalangan manusia yg beroleh kebaikan di dunia mahupun di akhirat..dan terselamat drp azab yg pedih..Amin..

Dari Anas r.a,katanya: " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Telah berfirman Allah SWT:
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Wahai anak Adam ! Andaikata dosa2 kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.

Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

Mastura Daud said...

hepi besday shahirah! :)...
suprise betul, template k.eiyda pun surprise, tgh baca entry tiba2 kuar template baru hehehehe comey2

Unknown said...

Tahniah Jue...
Dah 8 tahun bergelar ibu... bnyk dugaanya,kan. Semoga Syahira sayang umi&ayah & menjadi anak yg solehah serta berjaya dunia akhirat.
Auntie Ida & family doakan Syahira murah rezeki & panjang umur.

eiyda said...

Atok Man..
Tima kasih..


Auntie Mas..
Thanks..jangan lupa kasi present =)

hehehe..ari ni baru k.eiyda tukar langsir baru..sblm ni survey2 je tak jumpa lg yg berkenan..ni baru jumpa..;)


Ida..
Thanks..ye la ida byk dugaan.. tanggungjawab sbg ibu ni berat.. jika tersasar, tersilap langkah kita yg akan menanggung akibatnya di masa hadapan..dan turut dipersoalkan di akhirat kelak..Semoga kita diberi kekuatan, petunjuk dan hidayah drpNya utk melaksanakan amanah yg telah dipertanggungjawabkan olehNya..InsyaAllah..

tima kasih ye Auntie ida..semoga doa auntie ida dimakbulkan..Amin.

SRISUFI said...

salam bahagia eiyda...hehehe...pe kabor org dubai ni....eiyda...sri jemput jawab tag nih....sudi2 ek...sowi lama idok singgah


semoga adik syahira menjadi ank solehah...menjadi hebat suatu hari kelak...

salam sayang dr sri buat dia ye

eiyda said...

Wsalam Sri..

eiyda alhamdulillah sihat..alamak kena tag lagi! makin bertambah la hutang tag ni..huhuhu..nanti eiyda kumpul jawab semua k..:)

Tima kasih ye kak sri..insyaAllah semoga doa kak sri termakbul..;)