Kali ni eiyda nak paparkan resepi laksam kelate.. special request from drNo..hehehe..sorry ye drNo lambat skit bg resepi ni..resepi ni originally from kelate drp mamaku..
Bahan2 laksam:
Tepung beras 1 paket (500gm)
Tepung gandum 1 sudu besar @
Tepung kanji 1 sudu besar
Air suam biasanya eiyda agak2 jer ( nak cair tp bila tarik air bancuhan tu tak putus)
sedikit garam
Bahan2 kuah:
Ikan kembung 4 ekor besar + ikan tenggiri 2 keping (utk lebih sedap)
Bawang merah besar 4 labu (diblend)
Serbuk lada hitam 1 -2 sudu besar
Halia 2 besar ibu jari ( diketuk)
Santan 3-4 biji
Air
Asam keping -2 keping
garam & gula secukup rasa
Bahan2 sambal:
Cili kering
Belacan sedikit
Garam & gula secukup rasa
Ulam2an:
Timun
kacang panjang
Daun kesum
Taugeh
* semua ulaman2 di hiris halus kecuali taugeh *
Cara membuat kuah
1. Rebus ikan dgn air + 6 kpg asam keping. Bila masak isinya diambil dan diblend.
2. Campurkan semua bahan2 blend sekali dgn santan dan masak hingga gelegak.
3. Kalau nampak pekat masukkan 2-3 gelas air dlm kuah tu. Bole guna air rebusan ikan td supaya lebih sedap.
4. Masukkan halia dan asam keping.
5. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Sesuaikan sesedap rasa.
1. Rebus ikan dgn air + 6 kpg asam keping. Bila masak isinya diambil dan diblend.
2. Campurkan semua bahan2 blend sekali dgn santan dan masak hingga gelegak.
3. Kalau nampak pekat masukkan 2-3 gelas air dlm kuah tu. Bole guna air rebusan ikan td supaya lebih sedap.
4. Masukkan halia dan asam keping.
5. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Sesuaikan sesedap rasa.
Cara membuat sambal
1. Cili kering dibuang bijinya, dibasuh dan direbus.
2. Selepas dibiarkan lama menggelegak atas dapur, amik cili td toskan dan blend dgn sedikit air.
3. Cili yg siap diblend td dimasak balik atas dapur.
4. Campurkan sedikit belacan, garam dan gula.
2. Selepas dibiarkan lama menggelegak atas dapur, amik cili td toskan dan blend dgn sedikit air.
3. Cili yg siap diblend td dimasak balik atas dapur.
4. Campurkan sedikit belacan, garam dan gula.
5. Masak hingga rasa sebati.
Cara membuat laksam
1. Campurkan kesemua bahan2 laksam dan bancuh hingga sebati dgn air.
2. Bancuhan itu hendaklah secair2nya tapi bila tarik tak putus.
3. Then didihkan air kukusan.
4. Gunakan tudung periuk nasi atau loyang bulat utk mengukus laksam dan sebelum kukus sapukan sedikit minyak kt acuan tu supaya senang nanti nak gulung bila dah masak.
5. Taruk sedikit bancuhan (dlm 2 senduk lebih) ni kalau kukusan eiyda..ketebalan bergantung ikut tudung periuk atau loyang yg digunakan.
6. Bila dah nampak gelembung2 tu menandakan ianya dah masak.
7. Angkat dan gulung ketika ianya masih panas2.
8. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain pula supaya cepat dan kukus sampai masak. Ulang proses ni sampai habis bancuhan.
9. Bila nak makan hiris setebal 1 cm dan hidangkan dgn kuah, sambal dan ulam2an td..
~Siap~
* Perhatian: Keputihan gulungan laksam itu bergantung kpd brand tepung beras yg kita gunakan.
Ok kepada peminat2 laksam semoga berjaya dan selamat mencuba resepi ini..;)
12 comments:
Terima kasih......
pakman sure suker..
sy pun suker..tapi tengok resepi dia tu yg tak jadik nak try(kononkan... masak nasik pun malas)
hehehhehe
tq very2 much. sebelum2 ni dh buat bbrp kali. tp tiap kali buat mesti call mertua sbb selalu tlupa resepi. lgpun resepi org tua2, main bantai je. tp..mak mertua kita dh meninggal..huhuuhuhu...
resepi dia kena ike selaye (betul ke eja mcm tu??hahahhahah), ikan selayang/sardin. ikan tu dibakar.lps tu ulam tu, ada pucuk kayu (apa kebenda lak pucuk kayu kan), lg satu pucuk gajus kot..
yg pasti bab membuat laksam tu yg plg fail, x jadi2. selalu tu, mkn dgn laksa je la.
oo..kena campur tpg gandum skt yek? hmmm..tips tuh...
tq eiyda...muahhhhhh.....hehehh
Pak Man..
Sama2.. =)
Shiela..
Memang pun..buat laksam ni remeh sikit..banyak nak kena buat..alamak lama la terpaksa dok kt dapur tu! tp memandangkan takde jual kt sini dan terasa nak makan terpaksalah buat sendiri..;)
drNo..
my pleasure..;)ohh..kalo nak guna ikan selayang/sardin bole jugak..org kata guna ikan sardin lg maniskan..sedap jgk utk kuah..tp kan time nak kena asingkan isi ikan dan tulang tu yg tak best sbb ikan sardin ni tulang banyak..tu eiyda gunakan ikan kembung besar2 terus..senang..hehehhe..
ulam2an tu kalo nak tambah lg yg lain lg best.. yg eiyda kasi tu yg wajib ada je la..ok harap lepas ni jadi la drNo buat laksam tu..hehehe :)
harap2nya la...bancuhan tepun tu..tarik x putus..kena master dulu tu baru jadi kot...xpe, kita trial n error...hehheh
yg kita buat x jadi tu, tpg beras je, x campur tpg2 lain tu.
bila nk buat yek?? hmmm...2-3minggu lg kot baru sempat...mr AB outstation 2minggu.
Memang sebelum ni terfikir gak nak merisik2 resepi ni dr Eiyda tapi malu. Syukur la Eiyda dah tempek kat sini...fuhh lega...Err tapi bila ya nak buat, nampak mcm banyak bahan and banyak prosesnya. Nak kena betul2 mentally prepared ni baru betul2 jadi. InsyaAllah akan dicuba sebah husband pun suka ni. Tq.
Salam Eiyda, nampak memang leleh air liur bukan kecur lagi!!!. Bila nak buat lagi (jual ker?) teringin nih. Tepek resipi jer, takkan nak tunggu Bazaar Ramadhan lak!!!
laksam kelate, favorite laki akak ni
drNo..
sebenarnya guna tepung beras sahaja pun bole..cuma kena betul dia punya sukatan air.. :) mcm tambahan tepung2 lain tu utk senang nak gulung dan nampak cantik bila masak..nanti la eiyda akan try bagi sukatan air yg betul..kang tak jd lak naya!hehhehee...sempat la kot sblm drNo buat 2-3 minggu lg tu..;)
k.ziela..
ala..apa malu pulak cakap jer nak apa2 resepi eiyda bole kasi..ok selamat mencuba buat laksam tu ;)
K.ida..
kalau k.ida mengidam eiyda bole buatkan ;) tak baik tau hampakan harapan org tgh pregnant ni..nanti meleleh air liur baby..hehehe..
crazy beautiful88..
sama la kita..thanks for dropping by..
wah teliur weh...
pastu kak ida kan, ada org nak tempah laksam la ngan kak ida, katanya lebih 3 bungkus pun takpe.. tp bila la nak nego nyer... ish ish napok gayo kene wat catering nih sbb ramai yg tunggu laksam tu kak ida weh.
Mas..
Nak tempah laksam bole nanti la k.ida tetapkan hari bila nak buat catering tu..hehehe..sbb ada jgk permintaan drp saing2 abe Nik yg lain srh buat..ok nanti kita calling2 yer..;)
memang rumit buat laksam ni. Sebab tulah kena jual AED15.00 sebungkus. kesian Eiyda tak tidor malam laa kalau kena buat laksam ni.heheheh...nak buat marketing sikit nih.
Post a Comment