
Hari ni genaplah 8 tahun umur Syahira anakku yg sulung .. Emm...aku masih ingat lg semasa dia lahir dulu.. dia dilahirkan di KBMC pada jam 10.15 am..beratnya hanya 3.2 kg..Masa tu nasib baik abeku dapat balik dan bersamaku utk menyambut anak kelahiran kami yg pertama..Abe pada masa tu dah bekerja secara contract di Dubai..Semasa Syahira berumur 6 bulan dan selepas konvoku di UKM, kami berhijrah datang ke Dubai..Sedar tak sedar, hampir 8 tahun rupanya syahira membesar di sini..
Semalam kami keluar pergi mencari kek utk dibawanya ke sekolah sbb katanya nak dicelebrate dgn kawan2 sekelasnya juga.. Plan awal memang nak celebrate dgn kawan2 Malaysians yg lain..tp tak pasti bila dapat luangkan masa tu..so utk tidak menghampakan harapannya kami beli kt Spinneys jer segala makanan mcm biskut, air juice, coklat dan chips buat goodies pack utk dibahagikan kpd kawan2 sekelasnya..
Hari ni pagi2 lg semasa dia sampai ke kelas kawan2 sekelas terus menyanyikan lagu happy birthday utk dia..
Seperti dijanjikan pd tengah hari td aku muncul di kelasnya membawa kek..
Semua kata sedap dan suka makan kek coklat tu ..emm yummy :)
Syahira bersama kawan2 sekelasnya..
Syahira turut membawa kek birthdaynya ke kelas adiknya Arieq yg tidak jauh dr kelasnya..
---------------------------------------------------------------------------------
Pada sebelah malamnya pula ...kami pergi ke TGI Friday's restaurant bertempat di Dubai Festival City.. mlm ni kami makan ala2 western la pulak..ari2 asyik makan nasi kt rumah dah boring..abeku saja nak ke sana sbb dah lama tak makan steak sebenarnya...
say "cheese..."
Kebetulan sebelum keluar tu K.yati called ucap birthday kat Syahira..terus aku ajak k.yati utk join kami..nasib baik ada k.yati dan familynya memeriahkan lg hari ceria buat syahira..
Part yg paling best waiters & waiteress kt situ siap nyanyi dan menari selepas membawa keluar birthday kek utk syahira..syahira memang betul2 terkejut dan tersenyum meleret dgn surprise tu..:)
Syahira gembira bukan main lg dapat menyambut birthday kt situ..Sebelum balik td, adiknya Arieq turut request supaya dia punya next birthday buat kt situ...hehehe..Kita tengok dulu ye Arieq..InsyaAllah kalau ada rezeki lg..

family potrait..
Bergambar bersama Matt, K.yati dan anaknya Sarah Rose..Thanks a lot for celebrating with us..We really had a wonderful time and appreciate having you all there..
Hadiah drp Sarah Rose & Daniel...
Untuk Syahira, Umi dan baba doakan semoga syahira dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh rahmat dari Nya. Semoga dirimu membesar menjadi anak yg cerdik, bijak, mendengar kata dan solehah.. dan semoga segala impian dan cita2mu tercapai..InsyaAllah..Amin..