Sunday, December 14, 2008

Eidul Adha Fi Dubai

Sebenarnya entry ni patut dah letak awal2 tapi keadaan tak mengizinkan..walau bagaimana pun aku nak cerita jgk mcm mana keadaan kami beraya kt sini..

Sehari sblm hari raya, pagi2 lagi kami dah bertolak ke naif souk..bawak Kak Ni & Abe Lan cari jubah dan tudung2..Seperti biasa la kalau sesiapa yg dtg melawat Dubai, naif souk adalah tempat popular utk mencari jubah2 Arab dan segala jenis kain2 yg up to date.

Pada minggu ni kebetulan Kak Ni & family datang bercuti dan tinggal di rumah kami. So raya tahun ni mereka berkesempatan merasa beraya di Dubai. Nasib baik pd hari tu tak ramai org kt naif souk. Parking pun senang dapat. Kami bawak dia org ke kedai favourite kami iaitu kedai Amir. Byk jgk design2 baru utk raya haji ni. Setelah membeli jubah2 kami bawak diorg ke kedai2 kain yg bertempat di belakang Naif police station. Setelah selesai membeli di situ, kami solat dan makan di Al Manal Centre tidak jauh dgn kedai kain td.


Kemudian kami menuju ke Naif Fish Market utk membeli lauk pauk utk dimasak buat hidangan hari raya. As Kelantanese hari raya kami tak terasa meriah kalau takde nasi dagang. Pada mulanya kami bercadang nak cari ikan ayo..tp bila survey2 tgk harga ikan tenggiri lg murah..bila fikir2 ikan tenggiri lg sedap rasanya. Apa lg kami pun beli la 2 ekor ikan tenggiri yg sederhana besar dgn hrg dh50. Kemudian kami beli lg lauk2 lain mcm sotong..kt sini 2 kilo dpt dgn hrg dh25, udang yg besar sikit hrg dh45 sekilo dan daging tenderloin Dh30 sekilo.

Selepas selesai membeli lauk pauk dan sedikit buah2an kami pulang ke rumah. Sampai tu dah mlm terus aje menyediakan bahan2 dan menyiang ikan tadi. Nasib baik Nur dan Alia tinggal kt rumah sempat jugak dia org masak kek coklat. Kali ni kami dapat merasa nasi dagang masakan K.ni. Memang sedap!! Hari tu kami tidur dah lewat hampir jam 4 am kerana mengukus nasi dagang, menumis utk gulai ikan dan daging, menyediakan sambal nyior dan acar timun.

Pada Malam Raya Aidiladha 2008...

Keesokannya pagi2 lg selepas subuh terus bersiap2 utk pergi solat hari raya di masjid terbuka berdekatan dgn Mirdiff. Nama tempat tu Eid Musalla. Drp rumah lg kami dah bersedia dgn jacket dan baju sejuk sbb pagi tu cuaca punyalah sejuk..dlm 16 degree.

Masa kami sampai tu org tak ramai lg..siap dpt parking dpn pintu gate lg. Dah terdengar suara2 takbir drp corong2 pembesar suara. Kami terpaksa berpecah dgn group lelaki krn tempat solat perempuan masuk melalui pintu berasingan. Aku, K.Ni dan Alia dapat tempat duduk paling hadapan dan kami meletakkan sejadah di atas hamparan pasir. Walaupun dah pakai baju sejuk dan stoking yg tebal, punggung dan kaki kami masih lg terasa sejuk kerana terasa pasir yg diduduki itu amat sejuk.

Tempat ini takde lantai hanya pasir yg dikelilingi pagar disekeliling kawasan dan ada pagar besi yg memisahkan antara tempat lelaki dan perempuan. Drp jauh muslimah dpt melihat tempat Imam memberi khutbah dan sudah tentunya dapat mendengar takbir2 raya menyeru kebesaran Allah. Sebelum solat tu aku dpt melihat ribuan muslimin dan muslimah memenuhi ruang Eid Musalla. Selesai Imam solat dan memberi khutbah, terdengar dentuman meriam dilepaskan mengishtiharkan hari Eidul Adha. Selepas bersalam2an dgn muslimah Arab berdekatan kami bergegas keluar utk sesi fotografi sambil menunggu kereta2 lain keluar dahulu.


Pada Pagi Aidiladha..


Hari Raya Aidiladha pada tahun ini disambut secara sederhana sahaja. Cuma menghadiri rumah2 terbuka sahabat2 di Dubai ini. Walau bagaimanapun Alhamdulillah sampai ke mlm juga jemputan yg kami terima. Kebiasaanya pada setiap tahun kami mengadakan ibadat korban kambing di kediaman one of Singaporean di sini iaitu di rumah Abg Fuad & Kak Zah. Dibawah aku sertakan sekali suasana korban pada tahun lepas iaitu Eidul Adha pada tahun 2007.

Sejumlah kambing2 yg di tempah oleh Singaporeans & Malaysians sebelum di korbankan pada tahun lepas.

Kambing2 yg disembelih oleh tukang sembelih professional.

Syahira dan Arieq berselindung di sebalik kawan2 sbb takut dan kesian melihat kambing2 yg disembelih tersembur keluar dgn darah drp tengkuk.

Kambing kami yg disembelih pd thn 2007..

Aidiladha 2008 Pics...


Gambar2 open house di rumah Kak Tip & Abg Iqbal...jamuan di adakan pd sblh tengah hari..Mcm2 makanan ada..lontong, kuah kacang, bistik tulang, mi soto dll..semuanya first class!

Jemputan ke rumah Kak Noni & Abg Nizal pd sblh ptg....ada mi kari.. Di rumah Kak Ani & Abg Hasnol pd sblh mlmnya..ada mi rebus..emm..kenyang betul kami pada hari tu.. terima kasih pada semua tuan rumah!

Kawan2 yg dtg berkunjung ke rumah kami pd sblh malam..Pada thn ni kami tak buat open house cuma adalah makan2 sedikit pada sesiapa yg ingin dtg beraya ke rumah kami..

Kepada Abg Bo sefamily..terima kasih di atas jemputan kalian..Insya Allah next time kalau diizinkan kami akan pergi..



4 comments:

Ummi365 said...

pagi hari raya we all di burj al arab kemudian ke dubai creek.. lupa nak minta fon number eiyda yang ada number sheila je.. sempat jugak call dia malam sebelum balik. niat hati nak ke sharjah tapi tak kesampaian..

eiyda said...

Alaa.. K.ummi ruginya..kalau tidak dpt jugak dtg rumah eiyda dan pergi raya sama2 ke rumah kawan2..nanti eiyda email k.ummi kasi contact no eiyda.

Tepi Sungai Batu said...

Beras lembut(nasi dagang) tu beli di sana ko bawa dari Klate?......saja jah Pok Mae nak tahu.

eiyda said...

Pak Man..
Beras nasi dagang tu eiyda bawak dr Kelate..kt sini tak dok..meme bawak stok banyak selalu cede nak makan time raya atau jamu saing2..