Wednesday, October 1, 2008

1st Day Aidilfitri..

Pagi raya keluar berjalan kaki utk solat Eidul Fitri di masjid berdekatan dgn rumah.


Selepas balik dr masjid bersalam dgn papa mohon diampunkan segala kesilapan yg lalu.

Bergambar dgn sepupu2ku yg dtg beraya di rumahku; Tasneem yg baru mengambil pengajian kedoktoran di Mesir & kakaknya Sidrah yg mengambil kursus kaunseling di UKM.

Ramai jugak saudara maraku yg datang berkunjung ke rumah di pagi raya. Menu utama kami di pagi raya ialah kuzi ayam & roti jala, satay & nasi himpit, rendang dan lemang, ketupat dan kek2.

Selepas tetamu pulang kami sempat bergambar utk family potret di luar halaman rumah kami.


Cucu2 chek gembira beraya bersama.


Berhari raya di rumah abang iparku dijamu dgn nasi dagang, satay dan ketupat.

Next beraya di rumah Maksu abeku di Kok Lanas..ada nasi tomato.

Seronok betul Syahira, Arieq dan Syarafina dapat duit raya..Kt Dubai takde amalan membahagi dan menerima duit raya ni..

Family potret bersama chek, family Abe Lan & Kakni.
Arieq bersama Wafi dan Wazif sepupu lelakinya.

Beraya di rumah mertua adik iparku dijamu dgn lontong dan sambal ikan bilis.

Beraya di rumah Kak Nik, kakak iparku yg sulung..di sini kami makan roti jala dicicah dgn kuzi kambing.

Selepas beraya di rumah Kak Nik kami meluru pulang ke rumah di sebabkan adik angkat kami di Dubai, Sani menelefon dah janji nak dtg beraya di rumah. Dia dtg dr KL dan beraya sehari jer di Kelantan kerana keesokkannya dah nak pulang ke KL semula.

Jemput makan..jangan malu jangan segan..

Selepas Sani balik kami beraya di rumah mak saudaraku Cik Ji & abe wa yg tinggal berdekatan dgn rumah mamaku

Tahun ni kami beraya sakan sampai ke malam tak berhenti2..maklum la jarang2 sekali baru dapat jumpa saudara mara. Tiba di saat2 beginilah baru kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga. Alhamdulillah semoga kita semua beroleh keredhaan drpNya.

6 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah.. Seronok Jue & family beraya.. ida plak tak dpt balik Kelate tahun ni.. InsyaAllah tahun depan :)... Cantik semua tema hijau, tahun depan jangan lupa belikan baju kurung untuk baby Syarafina, ye... :)

Tepi Sungai Batu said...

Seronok baca , tengok gambar, seronok semuanya. Walaupun Pak Man tak kenal keluarga demo, tapi Pak Man tumpang gembira.

eiyda said...

Ida,
Tahun depan kena buat bj kurung utk syarfina jgk..baru comel nampak ;)
Itu la terkilan jgk sbb tak dapat jumpa Ida..InsyaAllah jika ada umur yg panjang boleh la kita jumpa tahun depan:)

eiyda said...

Pak Man,
Alhamdulillah..terima kasih kerana singgah di blog saya. Walaupun tak kenal, sbg tuan rumah saya mengalu2kan kedatangan semua.

Unknown said...

Jue... Walaupun sekejap..penuh aktiviti kat kg & bnyk kenangan2 dengan family,kan. Anyway, selamat berkemas & ceria2 selalu bersama family.. InsyaAllah tahun depan pulang ke KB lagi...
Kirim salam to all family.

eiyda said...

Ida..memang penuh dgn kenangan manis:) Jue dah selamat sampai di Dubai..InsyaAllah tahun depan balik ke KB lagi..