Wednesday, October 8, 2008

Kasih diiikat di Aidilfitri

Kukutip bunga buat karangan
Karangan diletak di atas peti
Ingin disunting bunga di jambangan
Buat penyeri di taman hati


Sekapur sirih seulas pinang
Ada berkunjung budaya Melayu
Terjunjung kasih tersimpul sayang
Terikat terpatri kasih nan satu

Pada hari raya kedua ni, kami masih berhari raya lagi. Pada sebelah paginya sudah ada saudara mara dan kawan2 yg datang beraya di rumah kami. Walau bagaimana pun kami sedikit kalut kerana memikirkan par2 masih belum sempurna sepenuhnya utk majlis akad nikah dan perkahwinan adik lelakiku yg akan dilangsungkan pada sebelah malam dan keesokkannya. Pada mlm ini mereka akan diijabkabulkan di masjid berdekatan dengan rumah pengantin perempuan. Mlm itu slps magrib kami bertolak ke rumah pengantin perempuan di Salor. Sebanyak 5 buah kereta mengiringi kereta kami ke masjid berkenaan. Sesampai di masjid berkenaan kesemua org lelaki termasuk pengantin bersembahyang Isyak berjemaah bersama dgn penduduk dan Imam di situ. Selepas selesai menunaikan solat Isyak, majlis akad nikah dimulakan. Alhamdulillah dgn 2x lafaz adikku selamat diijabkabulkan dgn gadis pilihannya.

Detik2 debaran pengantin lelaki sewaktu diakad nikah oleh tuan kadi.

Bertukar2 cincin utk adat membatalkan air sembahyang.


Selepas selesai upacara di masjid, kami di jemput makan ke rumah pengantin perempuan.

Sempat bergambar dgn kedua mempelai di rumah pengantin perempuan.

Bergambar bersama papa dan mama di rumah kami selepas selesai majlis akad nikah.

Semasa berarak anak2 dara ( sepupu2ku) membawa masuk dulang hantaran.


Pada keesokkannya selepas selesai solat Jumaat. kami berarak ke rumah pengantin perempuan diiringi 10 buah kereta. Kesemua saudara mara berkumpul di rumah kami sblm bertolak ke rumah pengantin. Cuaca pada masa itu agak mendung. Nasib baik tak sempat hujan. Sesampai di sana kesemua sembilan par berbalas sebelas dibawa masuk. Nasib baik kain pario pengantin lelaki yg diikat oleh ku menjadi..takut jugak kalau2 kain tu terjatuh..huhu..Rombongan kami disambut oleh abang2 dan besan dan kami dijemput masuk. Sementara pengantin lelaki dibawa masuk utk direnjis air mawar & bacaan doa selamat, rombongan kami di jemput makan dahulu.

Perlahan2 sikit jalan tu..

Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua..

Makan beradat di meja pengantin bersama abang sulung pengantin perempuan.

Sedap betul nasi minyak gulai kawah ni..

Arieq, Nur & Syahira..

Sesi fotografi bersama pengantin dan family.

Tahniah! Selamat Pengantin Baru kepada adikku Radhi & isterinya Shila..Semoga berbahagia dan kekal ke anak cucu..


Hilang sepi di raut wajah

Usah terlerai nilainya budi

Setia janji takkan berubah

Kasih tersemai tetap abadi




4 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Tahniah dari Pak Man.

eiyda said...

Terima kasih Pak Man..

Unknown said...

Jue...
Selamat dah ye sampai Dubai... Alhamdulillah. Amboi Syahira berposing ala2 model. Ni mesti ikut ummi ni... Hehehe... Gurau aje Jue.

eiyda said...

Ida..
Syahira tu memang gitu..asal nampak camera terus lentok ;)