Pada hari raya keempat abg KP datang bersama familynya ke Kota Bharu. Kedatangan mereka sudah kami tunggu2 drp pagi lg kerana kami sudah di maklumkan kedatangan mereka pada hari sebelumnya. Pada pagi tu papa dan abe pergi membeli nasi dagang bungkus memandangkan speciality nasi kami kt sini ialah nasi dagang dan nasi kerabu. Senang jer kt KB ni kalau terasa nak makan apa2 beli jer kt kedai atau di tempat tersohor di kubang pasu. Di jamin sedapp..
Bersama family KP di rumah mama papaku
Pada keesokkannya kami pergi ke majlis kenduri perkahwinan adik kawan kami iaitu Mas yg tinggal di Pantai Senok. Dlm perjalanan ke sana, sesat jugak kami sekejap sbb tak biasa dgn kawasan di situ. Beberapa kali abe terpaksa menelefon Rusdi utk memastikan tempat. Nasib baik kami tak tersilap masuk ke rumah pengantin yg lain disbbkan sblm itu kami ada terjumpa rumah yg sama kaler yg turut mengadakan kenduri kahwin. Bila kami melalui kawasan itu terasa seronok kerana ianya berhampiran dgn pantai. Terasa nyaman sekali.
Terasa lapar dah ni sbb dah makan angin buah langsat sekejap tadi..hehehe..
Baby Syarafina bersama dgn Mas dan adiknya yg cantik manis.
Bersama family KP, Kak Anizah & anak2..
Sesudah makan kami menunggu abg KP dan familynya yg sudah datang agak lewat kerana tayar keretanya pancit di tgh jalan. Mereka dijangka bertolak terus ke KL pada petang itu selepas di kenduri kahwin rumah Mas.
2 comments:
best tu... balik kelate byk sgt agenda...tak jmp pun kak ida. jmp kedai kak ida kat Kb mall jer..
Itu la Shiela..K.Ida dok tertunggu2 kedatangan Shiela & abe Matju..Ingatkan dpt la jumpa..Takpe la dpt jumpa kedai k.Ida pn ok dah..hehehe
Post a Comment