Thursday, October 23, 2008

Kenduri Kahwin Adikku

Assalamualaikum semua..

Hari kenduri yg di nanti2kan di rumah kami berlangsung juga pada tanggal 11 Syawal.. 2 hari sebelumnya, mak saudara sblh mamaku Cik Ani & Pakcik Harun bersama anak dan menantunya sampai di rumah mamaku dr KL.. Kesian cik Ani sbb perjalanan yg sepatutnya memakan masa 5-6 jam menjadi 11 jam kerana tayar kereta mereka pancit di tengah jalan. Patutlah semenjak tgh hari td lg kami menunggu tak muncul2... Cik Ani & Pakcik Harun ni memang rajin menolong kami. Pagi2 Jumaat tu Pakcik Harun dah sibuk menolong menebas dan membersih kawasan rumah kami. Cik Ani pulak sibuk membuat bunga telur yg nak dibahagi2kan pada tetamu. Nasib baik ada diaorg..
Sehari sebelum kenduri masih sibuk menyiapkan bunga telur yg dibeli khas oleh Cik Ani dr SSF KL..

Pakcik Harun tgh sibuk menunjuk ajar abe cara2 membuat bunga manggar..


Pada hari kenduri menghantar pengantin perempuan, semua saudara mara sebelah mama dan papa hadir. Walaupun makanan tidak di masak secara bergotong royong mcm di kampung.. papa & mama hanya menempah makanan drp Hj Halim catering, namun ianya tetap meriah terutamanya apabila dapat berjumpa dgn sanak saudara. Sekurang2nya dapatlah mengubati rindu dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama keluarga yg sudah lama tidak bertemu ..

Mak2 saudara sblh papaku dr kanan; Cik Ji, Cik Lah, Cik Dah dan Irene sepupuku yg sampai dr KL pada pagi tu..

Dr kanan aimi, me, sepupuku Dada & yg tgh duduk tu husbandnya bersama anaknya, bapa saudaraku sblh papa cik Akmal (yg bertugas sbg pilot MAS) dan Irene anaknya.

Kami adik beradik berpakat mengenakan pakaian dr kain lace yg sama dan sedondon berwarna cream.

Flower girls-Diberi tugas membahagi bunga telur/goodies kpd tetamu.


Arieq, Syahira dan Irene yg masih malu2 krn baru bertemu pd hari tu..

Cik Ani, Chek, mama bersama ebi raja sehari..

Pakcik Harun yg sentiasa ringan tulang menolong kami, Pakcu Deris (Tok saudara sblh mamaku yg masih sihat & kuat) dan adik bongsu mamaku Cik Mie yg tinggal di Puchong juga tiba dr KL semata2 kenduri ini..

Mak saudaraku Cik Ran bersama anak2nya Izzati, Amalin & Anis..baru sampai pg tu drp Bandar Baru Bangi menaiki keretapi.

Cik Yana, Faiz & Mama tgh sibuk menyediakan meja pengantin.

Rombongan pengantin perempuan seramai lebih kurang 50 orang tiba pada jam 3.30 petang.

Sepupuku Cikgu Haslina tgh melayan raja sehari..

Senyum ...

Cik Yana & Nur bersedia utk membalas hantaran drp pihak pengantin perempuan.


Rusdi & Mas kawan kami dr Dubai turut datang berkunjung memeriahkan lg majlis...

Bergambar kenangan beramai2 bersama saudara mara..

Dah tukar costume ala2 pengantin Arab pd keesokkan harinya..

Bergambar pun dah mlm..papa dah penat & ngantuk..


Kepada semua yg hadir memeriahkan majlis ini, jutaan terima kasih kami ucapkan..Tanpa kehadiran dan pertolongan drp saudara mara semua kenduri ini tidak dapat dijayakan dgn sempurna. Budi baik dan jasa2 drp kalian semua tetap dikenang..Jikalau ada terkurang dan terlebih tu harap dimaafkan..Kita semua hanya manusia biasa yg memang tidak dapat lari drp melakukan kesilapan..Segala yg baik adalah drp Allah SWT dan segala yg buruk adalah drp kelemahan kami jua..

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yg panjang,

InsyaAllah tahun dpn boleh kita berjumpa lagi

Wassalam..

4 comments:

Anonymous said...

meriahnyo..terasa lagi suasana tuh..rindunyo..

eiyda said...

yelah nur..bila la pulak dpt berkumpul beramai2 jumpa saudara mara..hik..hik..

Mother of Two said...

wah2.. meriah.. rugi tak dpt hadir.. almaklumler kami sekeluarga cuti2 malaysia..:)

eiyda said...

Amboi.. seronok la tgk shiela cuti2 Msia..Kami tak sempat nak cuti2 Msia sempat ulang alik dlm KB jer..:(