Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Jadi baby Syarafina..


Hari ini sudah genap setahun umur anakku yg paling kecil. Kesian..semenjak balik Kelate habis badan2 dia merah di gigit nyamuk. Kat Dubai tak pernah seekor pun aku jumpa nyamuk. Semalam dah bawak dia pergi jumpa doktor..dapat ubat sapu & minum utk tahan gatal2. Hati uminya ini terasa bimbang kerana takut dia meragam dan yg penting kulit mesti cantik sbb raya dah tinggal 2 hari sahaja lg nie.. Hari ni nampak tahan dah sikit bengkak2 di kaki selepas minum dan disapu ubat. Dah ada 4 batang gigi..Semua makanan dia suka makan..

Baby Syarafina sekarang ni dah pandai berdiri dgn sendiri. Baru dapat melangkah setapak terus rebah. Agak takut dgn org2 yg tak biasa dilihatnya. Tak suka org dukung tapi suka tersenyum pd org yg tak kenal. Jinak2 merpati..Dah terang sebut 'baba, mama, nak,'..masih telor menyebut kakak..jadi tatak, water disebut 'ter' jer..perkataan baru yg dia baru pandai sebut semenjak balik Msia ni ialah 'cat'..sbb kt rumah tokma dia ada bela 3 ekor kucing berbulu lebat. Petang2 suka sangat melihat cat kt luar rumah.

Malam tu slps berbuka dan terawih, babanya sempat juga pergi membeli sebiji kek. Kebetulan family mak saudaraku dan abg iparku dr Bangi pun ada datang berbuka puasa di rumah mamaku. Bergambar pun dah tgh malam sambil2 makan colek ikan, kerang, perut, keropok dll lagi.

Alahai nak jugak dia potong kek sendiri tu..

Mata adik b tengah aim lilin kt tengah kek tu..

Selamat Hari jadi Baby Syarafina.. Umi doakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg berpanjangan dan menjadi anak yg cerdik dan solehah.


8 comments:

Imeirda said...

Salam Ummi Syarafina,

To Baby B, Happy 1st Birthday Darling! ... Semoga makin cerdik dan makin cantik dari Auntie Zaida, Uncle Imran, Iman, Ilham n Birthday Girl Dak Debot Dina.

Unknown said...

Happy Belated Birthday to Baby Syarafina.... Semoga murah rezeki, dipanjangkan umur & sihat2 selalu. Kesian umi risau baby kena gigit nyamuk... :)
Jue, mesti bz kat Kelate ni. Ida dah start keje hari ni... nnt ida emel gmbr baby to Jue... Mana gambar raya Jue & family? Kirim salam to mama & semua family Jue.

domestic engineer said...

Happy Belated 1st Birthday to baby comel...Syarafina! Cimkan pipi putih melepak tu on my behalf...gerrraaammmm! Semoga baby Syarafina menjadi anak yang cerdik dan solehah dah besar nanti.

eiyda said...

Thanks imierda..oh ye..baby Dina beza 4 hari je ngan baby Syarafina!Happy Belated 1st Birthday to baby Debok Dina..;

eiyda said...

Ida..
Thanks!Insya Allah..Jue dah tengok gambar anak Ida..Comel2 n cute betul tgk diorg pakai baju kurung. Nanti Jue letak gambar2 raya..busy sgt smpai tak sempat nak buka email n update blog..

Unknown said...

heppy birthday baby Syarafina...
dah setahun dah tu deh :-)
Tok Su Pin aminnnnnnkan doa mama dan papa tu...

kepada papa baby....setahun dah tu....boleh dah kalu nok tambah! hehehe

eiyda said...

K.Ziela..
Thanks for the birthday wish :)
Insya Allah semoga doa menjadi kenyataan..

eiyda said...

PP..

Thanks! Alhamdulillah dah setahun.. Semoga berkat doa Pak payne impian menjadi kenyataan.

Berkenaan nak tambah tu..cukup la dulu..nak tunggu baby besar sikit :)