Wednesday, September 10, 2008

Laksam oh laksam..


Laksam Kelantan

Hari ni aku dan hubby dah start beli barang2 keperluan utk menjual di bazar Ramadhan Dubai. Menu utama kami adalah laksam. Korang tahu tak macam mana rupa laksam tu? Bagi yg tak mengenali makanan ini lagi aku sertakan gambarnya di sini. Laksam ni adalah local food org Kelate. Rasanya sedap dan lemak berkrim :) Tapi tahu tak nak buat gulungan2 tu memang susah..tambah2 lagi kalau buat banyak..memakan masa berjam2 lamanya..hik..hik..
Walau bagaimanapun, memandangkan aku & hubby terasa nak makan terpaksalah kami buat..Kat Dubai ni tak jumpa laksam ni..takde orang jual..tapi ada sorang akak tu rajin sangat masak laksam iaitu Dr. Azma..Selalunya kami dapat tumpang makan laksam tu kalau dia masak...Tu pun dah lama akak tak masak kan? heheehe..
Resepi laksam ni aku ambil drp mamaku. Original receipe from Kelate. Mama yg ajarkan aku buat kuahnya. Katanya..' laksam ni kuah kena sedap..ikan kena banyak.. baru sedap bila makan tu.. Kena sesuaikan garam & gulanya tu..'
So, aku nak berkongsi makanan kegemaran aku ni di Pasar Ramadhan Jumaat ini nanti. Pada sesiapa yg nak try makanan ni dan pada yg dah lama tak makan tu boleh la dapatkan di gerai nikeiyda. Hari Jumaat ni aje kami sempat menjual di sebabkan minggu seterusnya dah nak balik Kelate..Sempat lah merasa jadi towkey laksam sekejap di famous Bazar Ramadhan Dubai ni..;)

Gambar Sup Tulang dipetik dr Hanieliza
(tak sempat nak ambik gambar sendiri sbb nak masak pg tu)


Menu sampingan lain yg terdapat di gerai kami adalah Sup tulang, Air Lai chee kang & Air bandung cincau.
Air Bandung Cincau


Air Lai Chee Kang

Mari-mari cik adik

Mari-mari cik abang

Marila membeli ke gerai Pok Nik

Jemputla beramai-ramai datang

ahai hai...lalaalala...






12 comments:

Unknown said...

wow....laksam tu abe pin nak booking empat!!! lama weh tak dapat makae laksae......sedappp tuh!! sup tu kita tukar suka sama suka dgn kuah asam pedas la deh....hehehe..

domestic engineer said...

Belajar makan laksam Kelate bila dapat roomate oghe Kelate kat U dulu. Pas tu terus fall in love with it! Slalu gak beli kat pasar malam kat Bangi. Hhmmm...sedapnya. Booking satu boleh ?(sbb anak2 x makan, hubby takdok).

Ummi365 said...

WAhhh menggoda keimanan k.ummi tenguk laksam tu.. terliurlah yang oiii.. tengahari buta ni, sejuk pulak tu manalah nak cari laksamkan.. tak kuasa nak gi pasar ramadhan dan berebut2 tu.

bole post kat kl tak? hehehe.

semoga stall eyda laku habis semua dijual..

Mother of Two said...

laksam satu kak.. kuah lebih boleh??

Anonymous said...

wahhh bestnyer.. my favourite ni Laksam..Last week dok cari2 jugak laksam tp dapat laksa jer..

Nana said...

Eiyda,
alamak! lai chi kang tu feberet akak...bahan2 suma bole dapat ke kat sini ka?..kalao ada di DUbai, sure di Bahrain pun ada yek..akak nak try gak..Akak suka bukak blog Eiyda, suko dengor lagu dia..menyusuk kalbu...

eiyda said...

Abe pin nanti ida tanda siap2..sup tu bole la kita tukar suka sama suka..tp takut asam pedas k.aisyah yg sedap tu abis dulu!

k.ziela kalu sape2 try mesti melekat terus kan? Ida simpan 1 utk k.ziela..

Alamak K.Ummi..tak sampai la post laju ida..hehehe..semoga masin mulut akak.. amin

Shiela..boleh ajer!

Lina..singgah2 jangan tak beli..;)

eiyda said...

K.Ina..thanks!
Bahan2 lai chee kang tu ida bawak dr msia..tp k.ina try la carik kot2 kt sana ada kedai chinese herbal..mungkin ada dijual..

Abdul said...

napak gaya tak den nok jual doh di bazar ramadhan ramai doh dok booking belako jadi tuhhh....

eiyda said...

Papa..
Buat mana den jah..limited edition ni..siapa cepat dia dapat..hehehhe..

Imeirda said...

Eiyda,
Imeirda nak beli laksam Nikeiyda satu, simpan ye untuk kami. Barter trade boleh?

eiyda said...

Boleh..nak jugak rendang tok tu 1..;)