Salam... Hari ini buat pertama kalinya aku berpeluang menjadi penjual di Bazar Ramadhan Dubai. Penat campur seronok semua ada..Seronok kerana melihat begitu ramai pengunjung2 yg datang berbanding dgn minggu lepas.
Ramainya org di gerai Kak Jah & Kak Tip..
Gerai Kak Zai pun tak menang tangan..
Thanks to abg KP for your assistance and kindness on that day..
Tak sempat kami nak menyusun barang2 makanan kami dah kena serbu..Fuhh..punya la panic sbb first time.. tak tahu mana nak terkam dulu..Org ni nak laksam, org tu nak lai chee kang..hehheeh..tapi menu yg cepat habis dulu, air lai chee kang..berebut org nak!! 10 minit je semuanya dah habis terjual.. semasa adikku nur pergi ambik brg kt kereta, sekejap bila dia dtg balik tu air tu dah habis.. tak sempat dia nak tengok. lagi pun kami tak buat banyak air lai chee kang tu..sambil2 tu my hubby mengisi air bandung cincau.. air ni lambat la sikit sbb kami tak sempat nak pack siap2 kt rumah..so terpaksalah org ramai beratur menunggu kami mengisi air tu..ada nak 1 bungkus, ada nak 2-3 bungkus..tapi time ni la seronok sebenarnya sbb boleh perform live..sampaikan hubbyku terpaksa buat 3-4 tong bancuhan sbb air bandung cincau tu selalu habis..sorry ye bang, akak kalau2 lama menunggu tengah2 panas tu..
Ni pemberita dr TV mana pulak ni..hehehhe
Laksam aku tu pun alhamdulillah laris jugak..Semuanya habis terjual..tak sia2 la penat lelah aku & nur menggulung laksam2 tu.. cuma sup tulang pok nik tu ada la tinggal beberapa pack sempatlah kami bahagikan kepada kawan2. Secara keseluruhannya aku berasa amat berpuas hati kerana dapat merasai pengalaman manis menjual di Bazar Ramadhan Dubai..walaupun agak penat dan terasa lenguh2 seluruh badan kerana sambil2 berjual terpaksa mendokong baby Syarafina ;)
Alahai panasnya..nasib baik baby Syarafina baik tak nangis & meragam kan..
Semasa mak2 sibuk menjual kt luar, anak2 dok bermain dlm rumah CG. Terima kasih kpd CG kita yg baik hati karana sudi menyediakan rumah beliau utk anak2 tumpang berteduh & memberi peluang kpd kami berjual di perkarangan rumahnya.
Terima kasih kepada pengunjung2 yg membeli di gerai kami. Harapanku semoga abang2, kakak2 & adik2 berpuas hati dgn makanan yg kami sediakan. Kalau ada terkurang atau terlebih tu mohon di halalkan..Maklumlah kami ni manusia biasa tidak terlepas drp membuat kesilapan.
Bergambar dgn Kak Nora di Nora's Corner sebelum pulang..
News from Khaleej Times Online here
More photos from Syam's Picasa Web Album here.
7 comments:
Eiyda,
Bole sambung niago lepas Ramadan ni..akak rasa kalo Eiyda war-warkan kan, sure dapat tempahan....bole buat duwet nih...lagipun sure dah ader demand coz Malysian ramai kat sana..kalo akak kat sana bole amek upah gulung laksam kan? Meroh muka baby...comei..
Akak,
Laksam akak memang sedap compare dgn kedai satu lagi. Ops!! Tapi dua dua pun sedap. Yang akak punya saya beli kedai satu lagi dpt complementary. Tp makan tak puas laa sebab skit. Next time kena beli dua. Buat lagi yer
K.Ina..boleh ajer..tapikan memerlukan kesabaran yg tinggi nak gulung laksam nih! kena buat satu2...:p
Aidid..kena taruh sikit baru terasa sedap..hehehhe..kalo ada permintaan boleh buat lagi..;) tapi tak sempat nak buat utk bazar ramadhan lg sbb akak dah nak balik msia beraya next week..
iyerla.. adik shiela pun suka. sehingga menjilat jari.. takpe raya nie buat deh..adik ngan abe dtg raya rumoh kak eida
Shiela..kt kota bharu tak payoh buat..adik shiela nak makae k.ida beli jah..hehehhe..mari rayo dumoh deh..make nasi minyok adik k.ida kawin ;)
Jue...
Amboi sedapnya laksam... ida kat Malaysia pun tak penah buat. Jeles ni.. kena belajar ni... :) Selamat balik kg... Mesti Jue & family tengah sibuk sekarang ni.. take care!
Ida..
Alahh..kt msia senang dapat nak makan apa2..tak yah belajar.. main tunjuk2 jer kt kedai..hehhe..memang skrg ni tgh sibuk cari n packing barang2. Lagi 2 hari nak balik! yea..yea..
Post a Comment