Lagi 3 hari menjelangnya hari raya. Di bandarku ini sudah terlihat anak2 perantau pulang ke kampung halaman. Di jalan2 raya kereta2 semakin bertambah dan sesak dengan pelbagai kenderaan. Masing2 sibuk terkejar ke sana sini untuk membuat persediaan dan menyambut ketibaan Syawal. Ada yg nak beli bahan utk keperluan kek2 dan biskut2 dan ada yg nak beli pakaian raya. Maklumlah semua org nak beli yg baru kan...Bagiku cukup lah hari raya disambut dgn kesederhanaan dan yg paling penting elakkan pembaziran.
Semalam aku ke KB Mall untuk mencari baju raya utk hubbyku dan anak lelakiku Arieq. Tahun ini abe tak sempat nak tempah baju melayu.. So terpaksalah pergi mencari baju melayu yg telah siap dijahit. Banyak baju2 Melayu di jual di sini. Cuma kami hanya perlu mencari colour dan saiz yg sepadan. Tema colour baju raya kami tahun ini ialah hijau epal. Selepas ke KB Mall kami singgah di pasar MPKB utk mencari tudung2 utk di sesuaikan dgn baju2ku. Setahun sekali jer aku balik. Selalunya aku beli la beberapa helai design2 terbaru drp tudung bawal.. Tak dapat dah nak cari tudung2 bawal kt Dubai.
Tudung pilihanku..Cantik2 design tudung bawal kt sini
Tengah menyiapkan goodies kenduri utk tetamu.
Bilik pengantin yg still under renovation.
Biskut raya yg di tempah khas..biskut aiskrim.
Kepada sesiapa yg mengenali kami dan balik beraya di Kelantan, jemput la datang beraya ke rumah kami nanti. Pintu rumah kami sentiasa terbuka utk kalian semua..
Kepada semua yg mengenali diri kami tak kira di mana berada; Ampun dan maaf di pinta seandainya di sepanjang persahabatan dan pergaulan di antara kita ada kesalahan dan kesilapan2 yg berlaku sama ada disengaja atau tak disengajakan. Semoga jalinan kemesraan dan ukhuwah di antara kita terus berkekalan... InsyaAllah.
~Salam Aidilfitri dan Maaf zahir Batin drp kami sekeluarga.~
* Nik Mohd Fakhrul Anwar
* Juhaida Abdul Aziz
* Nik Aqilah Syahira
* Nik Arieq Syahmie
* Nik Aina Syarafina
4 comments:
Jue... Selamat Hari Raya,.. Maaf Zahir Batin. Semoga raya tahun ni paling bahagia untun Jue sekeluarga. Sama lah tema baju raya kita tahun ni, hijau epal.. hehhe... Kirim salam untuk semua family Jue.
Ida..
InsyaAllah..Tema raya hijau epal jugak ye? hehehe..ramai jgk tahun ni tema hijau! Kalau Ida balik KB jemput lah ke rumah jue..dpt datang pd hari kenduri 11 Syawal pun ok jgk! Bole la kita jumpa ;)..Jue pn ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ida sekeluarga & maaf zahir batin...Take care!
Seronoknya tengok Ida shopping raya kat KB. Memang seronok shopping raya last minute kan. Lebih seronok dapat raya bersama-sama family kat Malaysia...huwaaaaaa...!!
K.Ziela,
Memang seronok sbb suasana raya tu lain..hehehe..Jange mare..jangan sedih..walau di perantauan yg penting hari raya dapat diraikan bersama suami & anak2 yg tersayang..;)
Post a Comment