Tuesday, September 23, 2008

Balik Malaysia..

Balik kampung..Oh oh balik kampung..
Perjalanan jauh tak terasa
Kerna hati melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Balik kampung ..Oh oh balik kampung

Terbayang wajah-wajah yang kami sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan kami nanti

~lirik lagu drp Allahyarham Sudirman yg telah diubah suai~


Bagaikan dah terdengar2 alunan music drp Allahyarham Sudirman. Minggu ni minggu kami membeli barang n packing barang2. Kami ni selalu jer macam ni...Time last minute baru la sibuk nak ke sana sini membeli barang2 yg nak di bawa pulang. Badanku ini terasa penat tak dapat nak digambarkan...Kehulu hilir membawa anak2 membeli belah sekali..huhuuhu.

Tempat2 shopping last minute yg selalu aku tuju .. Al Kabayel, Gift village, Dragon Mart & Naif..Banyak barang2 menarik yg boleh didapati di sini..especially buah tangan yg nak dibagi2kan pada saudara mara & kawan2. Harganya pun murah dan berpatutan. Tapi kali ini aku hanya byk membawa balik barang2 keperluan utk perkahwinan adik lelakiku. Ada lampu hiasan bilik, ada kotak cincin, tempat renjis air mawar, bunga rampai dll.

Kain langsir drp Dragon Mart dan kotak cincin pengantin.

Moroccon lamps utk di hias di bilik pengantin.

Oh ye..baju rayaku kalau kt Dubai ni selalunya ditempah khas dr kedai Babu. Tukang jahit kedai Phulwani. Satu2nya kedai yg pandai menjahit baju kurung, kebaya atau kurung moden. Kedainya terletak di Naif. Kami pergi jahit baju tu pun dah lambat. 2 minggu sblm nak balik Malaysia..Masa pergi tu kami buat2 muka kesian..nasib baik babu sanggup menjahit lagi baju2 kami tu..nampak bertimbun2 jgk la baju2 org msia yg perlu dijahit olehnya..
Kandura pakaian tradisi lelaki Arab UAE~termasuk dlm list barang yg di bawa pulang.


Kepada papa, mama, chek, adik2, abang2, kakak2 semua nantikan kepulangan kami di airport Kota Bharu yer..;)

------------------------------------------------------------------------------


Pada malam 19/9 kami bersiap2 berangkat utk pulang ke Malaysia. Selamat tinggal Nur.. jaga diri baik2 adikku ..jangan sedih2..kuatkan semangat! InsyaAllah next week dapat lagi kita ketemu..;) Nasib baik dapat juga dia pulang beraya dan last minute dapat juga mencari tiket utk balik ke Malaysia. Malam itu kami dihantar oleh Abang Hasnol ke airport. Abg Halim, Abg KP dan Abg Imran turut menghadirkan diri menemui kami di kediaman abg Hasnol. Terima kasih di atas kehadiran dan pertolongan drp kalian semua.

Selepas check in di Emirates counter di Airport Dubai. (gambar di ambil oleh Syahira)

Tiba di KLIA Malaysia menaiki aerotrain.


Bersama family Din & Nor di KLIA

Perjalanan kami dr Dubai ke Malaysia mengambil masa selama 7 jam menaiki flight Emirates. Rindunya hati pada tanahairku. Terasa ingin melihat pokok2 nan hijau dan langit nan biru bersama gumpalan2 awan. Aku difahamkan adik iparku Din dan familynya ingin datang menemui kami di airport KLIA. Semasa check in utk flight seterusnya ke Kota Bharu, rupa2nya flight kami yg sepatutnya bertolak pada 6.30 pm di cancel. Flight MAS yg seterusnya hanya bertolak pukul 10.30 pm. Setelah berbincang kami memutuskan utk berbuka puasa beramai2 di kediaman abang iparku di Bandar Baru Bangi. Lagi 2 jam utk berbuka puasa. Nasib baik Din dan Nor datang!

Setibanya kami di kediaman abg Nik Mat & Cik Ran di Bandar Baru Bangi, family adik iparku Amani & Hilmi turut berada di sana. Setahun tak jumpa ..anak2 saudara & sepupu2 semua nampak cepat membesar! Teringat sewaktu pengajianku di UKM dulu. Di rumah Abe Nik Mat & Cik Ran ini la tempat aku selalu datang hujung2 minggu menumpang kasih & berteduh. Di kala itu anak2 sepupu semuanya masih kecil2 lagi. Di sini juga la pertama kalinya aku bertemu dgn suamiku setelah beberapa tahun tidak berjumpa semenjak aku meningkat umur remaja. Waktu itu abe baru balik dr China. Seingatku kali terakhir kami bertemu di ketika aku masih bersekolah rendah, tgh seronok bermain selambut dan laga getah ditepi rumah arwah datukku di kampung. Begitu cepat masa berlalu..

Syahira bersama sepupu2nya..dr kiri tgh duduk Nasuha, baby, Anis dan Humaira yg tgh menangis.

Kami turut tidak melepaskan peluang pergi mengunjungi bazar Ramadhan di Bandar Baru Bangi. Sesampai hari pertama tu terus pergi mencari makanan idaman! Ramai jugak org kt sini. Sempat la membeli air cendol, air tebu, taufu fah, kuih seroja bakar,kuih cara manis, sup ekor, ayam percik, sambal udang dan kari kepala ikan. Banyak jugak tu makanan..bila tengok kt bazar Ramadhan tu terasa nak makan semua ..:p

Bersama dgn sepupuku yg cantik manis..sekarang sdg mengikuti pengajian Sains tahun pertama di UKM.

Selepas berbuka puasa beramai2 dan bersolat, kami bertolak semula ke KLIA dihantar oleh Din & Nor. Ribuan terima kasih kepada Abe Nik Mat & Cik Ran kerana menerima kami berbuka bersama dan juga kepada Din & Nor yg telah bersusah payah mengambil & menghantar kami ke airport. InsyaAllah kita bertemu lagi di hari Raya.

Sampai di airport Kota Bharu sudah lewat 11.30 pm. Dari jauh sudah nampak mama melambai2 tangan pada kami. Kami terus meluru keluar tanpa mengambil beg2 terlebih dahulu. Papa dan adik2 turut berada di sana. Chek, Wo, Aiman, Abe Har & Kak Ni sefamily turut menjemput kami di airport. Kami bersalaman & berpelukan utk mengubat rindu di hati. Gembira & sedih bercampur baur..Terima kasih semua...



4 comments:

Nana said...

Eiyda,
Amboi, sempat ke Pasar Ramadan lagi...sure Eiyda seronok tuh! Nampak hepi sgt dlm gambor...Anyway, akak nak wish Eiyda and Nik, selamat hari raya..maaf kalau ada terkasar bahasa, terguris hati...sure sibuk lepas ni nak mengadap kenduri...ok..happy vacation, sis!

Mother of Two said...

kemah kak ida.. update doh blog dio.
adik duk bangi lagi semalam sampai kul 2 petang. jumpa denge adik nour...
selamat hari raya aidil fitri..
insyallah.. adik nok maghi rayo rumoh kak ida nanti:)

eiyda said...

Kak Ina,
Thanks! Hepi sbb dah balik Msia n dpt berhari raya di sini. Salam lebaran drp kami juga utk K.ina sekeluarga di Bahrain.

eiyda said...

Shiela,
Baru sempat update blog. Lambat sbb tak dey download gambar2..ohh adik g bangi jugok? dey jupo nga adik nur? bagus la..esok pagi baru adik nur sampai KB.
Jemput la maghi ghumoh..pintu rumah kami sentiasa terbuka..
Selamat Hari Raya!