Sunday, August 31, 2008

Lucky in Merdeka Celebration



Malaysia tanah tumpah airku...Selamat Hari Merdeka!! Semalam rakyat Malaysia di UAE telah menyambut hari kemerdekaan yg ke 51 di Malaysia Embassy di Abu Dhabi. Ramai yg turut hadir antaranya dr Dubai, Sharjah, Fujairah, Ajman dan Al Ain utk mempamerkan semangat patriotik di samping berkumpul sesama Malaysian menjalinkan semangat muhibbah sesama kaum.

Posing ngan Kak Salina (bertudung hitam) semasa baru tiba


Ramainya rakyat Malaysia kt sini

Pagi2 tu pukul 7 am kami dah bertolak dr rumah. Lambat sikit bertolak sbb semua anak2ku still kecil so kena pakaikan baju dan siapkan diorg satu2. Perjalanan memakan masa dekat sejam setengah ke Abu Dhabi tapi sampai agak lewat sedikit sbb campur sesat..hehehe... Dah termiss nyayian lagu negaraku dan upacara potong kek..:( Masa sampai tu ramai dah Malaysian yg hadir dan berkumpul sampai tak cukup tempat duduk. Cuaca punya lah panas! Alamak dah la pakai kain songket ni..huhhu.. Nampak Kak Salina with family pun baru sampai jugak. Dapat jumpa Aida-Afza..lama dah tak jumpa..Aku nampak Kak Ani dan anak2nya duduk di meja makan. Nasib baik dia ajak duduk semeja kalau tak..terpaksalah kami berdiri..nampak Kak Su Affendy tgh sibuk di meja menghidang satay2 home madenya..Satay kak Su memang class gitu..kat sini mana nak cari satay Msia? kalau terasa nak makan tu bolehlah tempah ngan dia org...Sementara adikku Nur pergi mengambil makanan, aku bawak Syarafina pergi mengambil nombor utk cabutan bertuah dengan Kak Ani. Kalau bertuah menang 1st prize tiket sponsored by Malaysia Airlines balik ke Msia tau..Kemudian aku kembali ke meja makan. Nampak Nur dah ambik banyak makanan utk kami..nasib baik ada Nur..sbb makanan nampak dah berkurang. Maklumlah ramai sangat orang! Kami duduk semeja sambil berborak2 isu2 semasa...hehehe..women talk..

Bergambar di meja makan

Then terdengar microfon berbunyi. Upacara yg di nanti2kan..lucky draw! Ramai jugak yg berpeluang memenangi hadiah2 yg disediakan. Masa 2nd round upacara tu..aku pergi ke depan utk mendengar & melihat lebih dekat..tiba2 nombor aku dipanggil..terkejut la jugak..terus aku pergi meluru naik dgn mendukung Syarafina sbb masa tu anak2ku tak de la pulak berdekatan nak suruh dia org naik..nur pun jauh dok berborak dkt meja makan. Diorg sempat interview dulu, tanya dr mana aku datang..Lepas ucapkan terima kasih & dapat hadiah terus pergi duduk kt meja. Terasa gembira sgt! Nur lepas tu terus naik semangat..nak pergi tengok lebih dekat..Selang seorang kemudian..nombor hubbyku pulak di panggil..aik dapat jugak! Tiba upacara best costume kategori kanak2 lelaki..dapat pulak kt anakku Arieq..nampak malu2 bila di interview..wah murah rezeki kami anak beranak kali ni..Sebelum di umumkan lucky draw tempat pertama, tiba2 nombor Nur dipanggil. Tempat kedua dapat kt adik aku .. Nur! Hadiah dia memang best!! Dapat 2 night stay at Shangri La Hotel 1 bed room suite lagi..hahaha..kalau dah kawin tu dpt la dia pegi honey moon kt situ..tapi terpaksalah pegi ngan kami anak beranak yg riuh rendah ni;)

Senyum lebar lagi...

Hubbyku turut bernasib baik..

Arieq malu2 bila ditanya siapa nama & pandai cakap Melayu tak?

Nur dah merah muka bila ditanya masih single lagi ke?

Nampak gayanya banyak hadiah dibolot oleh kami tahun ni ye..jangan mare..Suhaimi sibuk dok tanya aku pakai jampi apa la sampai semua anak beranak dapat hadiah ni..aku hanya mampu tersenyum & bersyukur..Thanks to all sponsors.

Raise your flag Syahira!

Kami pulang membawa hadiah bersama kenangan2 manis yg tak dapat dilupakan...

Link to BERNAMA news regarding Merdeka celebration in Abu Dhabi yesterday.
http://www.kln.gov.my/perwakilan/abudhabi/news/1798


9 comments:

riri mahadi said...

boring betul kita org tak boleh datang makan makan ... eh upacara merdeka ni ... :P , mahadi keje hari sabtu kan, itu yang selalu termiss mana mana perayaan tu .... :(

eiyda said...

Ohh..patut laa..takpe next year ada lagi.. mungkin time tu riri boleh pegi sambut nanti ;)

Mother of Two said...

wah2.. nie pakai ilmu pemanis nie.
tapi.. adik nour tu malu2 plak yer. takpe ramai dah yg queue sbb tahu nour still single... hohohoho

Mastura Daud said...

Tahniah Kak Eiyda & Famili!!!
:D

eiyda said...

Shiela..sbb shiela tak pegi la tu yg jadi kami bolot semua hadiah :)..adik nur tu biar la dia enjoy single life dulu..sape cepat dia dapat..hehehhee..

Mas..thanks..amboi2 kuat ngepen nasi kerabu dio ..masak sedap deh..nati kak ida beli..;)

Unknown said...

:-) tahniah !!!

bukan senang nak dapat bolot macam tu....hidup oghe kelatae!!! hehehe
abe Nik ada baco tuh!

Nour nampak sweet jah atas pentas tu...:-)

pakpayne

eiyda said...

Thanks pakpayne..:)
Hidup oghe kelate!!

Ida mintak izin link pakpayne deh..Thanks.

Anonymous said...

Salam kenal buat eiyda. Baru first time ni baca blog eiyda. Nak bagi tau ni yang bagi hadiah tu hubby kak ummi. macam nak prmote lah pulak hehehe.And secara kebetulan si penerima hubby and adik eiyda ek..

Selamat berpuasa dan semoga semuanya sihat walafiat di sharjah.

eiyda said...

Salam kenal Kak ummi..Selamat berpuasa kpd kak ummi sefamily..Million thanks kpd hubby kak ummi sbb sponsor hadiah2 tu..tak sangkalah pulak kami dpt banyak..;) Kak ummi tinggal kt mana di sini? Hubby kak ummi kerja ngan comp mana? Harap kita dapat berkenalan dgn lebih dekat..;)