Thursday, August 28, 2008
BBQ musim panas
Hari Jumaat lepas kami sekeluarga pergi berpicnic di Mamzar park. Petang tu sebelum berangkat pergi, aku menyediakan roti sandwich sardin dan 1 tong air orange sunkist. Dah prepare awal2.. musim panas gini ingat air jer. Sebelum pergi tu dah janji nga Adlil & Zeti utk pergi sekali memandangkan dia org tak tahu jalan.
Kami sampai di sana sudah pukul 5.45 petang. Terserempak ngan Tini & Kak Nah masa parking kereta. Diorg pun baru sampai tgh cari tempat bbq Shiela & Abg Matju. Park ini memang luas dan cantik kerana selain dapat berbbq, pengunjung dapat berkelah di tepi pantai & mandi laut bersebelahan dgn bbq park. Budak2 juga boleh main kt playground area.
Syahira, Nana, Mia & Arieq
Me & baby Syarafina tengah jeling ais sejuk kt tepi tue..dahaga nie..Zeti maintain still cun.
Abang Mat Ju tgh hidupkan api. Shiela selaku organizer & adlil photographer.
Masa sampai tu Shiela & Abg Matju dah ada kt situ tengah menghidupkan api utk bbq. Nana,Iman & Mia dah nampak merah muka sbb cuaca musim summer di sini walaupun dah petang atau malam still panas membahang. Kami menapak mendekati tikar dan meletak barang2 kami bersama makanan2 yg lain. Syahira & Arieq bila jumpa kawan; Nana & Iman terus pergi ke play ground berdekatan ditemani chiknya. Tak sabar2 nak main dah. My hubby menyibukkan diri dkt bbq area sambil mengambil gambar. Setengah jam kemudian rombongan dr Fujairah tiba Lina & kawan2nya with families. Kak Putri pun datang tapi lambat sikit sbb sesat tak jumpa jalan. Aktiviti lepas tu makan2 je la;) sambil berbual2..Macam2 makanan ada. Nasi tomato, bihun grg, spagetthi, ketupat pulut,serunding, buah2an dll lg. Nasi tomato Shiela memang first class. Mihoon grg tini pun sedap. Makanan lain tak sempat nak rasa sbb kekenyangan. Lagi pun simpan space sikit perut sbb kejap lagi nak pergi rumah Kak Zaida di Up town Mirdiff. Kami tak lama dkt park sbb baby Sarafina asyik nangis..Ngantuk campur panas.
Baby Syarafina & Arieq dah berpeluh2, merah muka menahan panas.
Selepas solat maghrib kami terpaksa beredar meninggalkan group. Memandangkan dah lewat. Sepatutnya tiba di rumah Kak Zaida pukul 8 mlm tapi kami tiba dah pukul 9.40pm. Ramai jugak tetamu yg di jemput hadir. Kak Neme, Kak Intan dr Abu Dhabi pun datang. Dapat jumpa ngan geng blogger..Laila Dewi, Kak Ina, Aidid dan Ziela. Sempat la beramah mesra ngan diaorg. My hubby borak2 ngan geng lelakinya. Manakala budak2 main di bilik Iman. Kak Zaida masak nasi lemak n laksa penang special! Rajin Kak Zaida masak.. Kami balik dah lewat malam. Thanks to Kak Zaida & Abg Imran sefamily. Terima kasih daun keladi, kalau boleh jemputlah kami lagi yer..
Bergambar beramai2 di kediaman Kak Zaida @ Uptown Mirdiff.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment