Okay kt sini ada serba sedikit gambar2 yg sesetengahnya eiyda petik drp facebook abg Affendy, Kak Ziela & Shiela..Thanks yer..
Gerai kami pada minggu pertama..tengah sibuk packing kuih akok tu..:)Ada laksam, nasi kuning gulai kawah ( gulai kerutuk sebenarnya..kalau org kelate mesti tau), kuih akok & air mata kucing..
Cuaca sekarang ni memang tersangat la panasnya..kebetulan gerai kami betul2 terletak kt belah tepi swimming pool yg mengadap matahari..nasib baik la dapat payung ehsan drp abg shahrul..Thanks bro!
Antara pelanggan kami yg datang membeli..kebetulan juga antara pembaca blog ni.. kalau tgh baca tu pesanan dr eiyda..jangan serik datang la lagi membeli tau..next week da minggu last ;)
Alahai.. kesiannyer kt baby syarafina tu..baik jer dier..tunggu jer ummi dia atas kerusi tu..Pembeli kt depan tu adalah antara pelanggan tetap kami..
Ohh yg ni gerai kami pada minggu ke-3..last week..macam2 ada..ada tambahan menu spt char kuewtiau kerang + ayam, tepung pelita, popia goreng dan cendol. Kek2 coklat brownies dr Kak Yati n Matt pun ada..Jangan malu jangan segan..abang2 kakak2 adik2 singgah jangan tak singgah..;) Kalau ada apa2 terkurang atau terlebih tu harap dihalalkan yer..








Gerai Dubai perwakilan yg juga menjual pelbagai jenis biskut2 dan kuih muih..kalau rasa2 nak tempah biskut raya tu boleh la order directly ngan Puan Sara yer..
Okey la setakat tu jer yg eiyda nak cerita buat kali ni..nak pegi sambung memasak lauk buat berbuka kt dapur lak ni..
Jangan lupa next week datang la beramai2 ke bazar ramadhan krn minggu ni da minggu last.. kat mana lagi nak cari pelbagai makanan mesia yg takde kt Dubai ni...heheh.. selamat berbuka semua.. ;)