Wednesday, November 26, 2008

Syarafina dah pandai tatih

Hampir 3 minggu anakku yg paling kecil .. Baby Syarafina dapat berjalan laju. Sekarang ni umurnya baru 13 bulan lebih..Semasa baby Syarafina pandai melangkah dia cuba utk melangkah 2-3 langkah dahulu..dgn kaki kecilnya yg tak seberapa stabil dan berjalan pun masih terhuyung hayang ..dia cepat rebah.



Dari hari ke sehari dia nampaknya tak putus asa..Cuba lagi utk melangkah lebih lama. Setiap kali dia cuba melangkah kami akan berikan semangat kpdnya dgn berkata ' teteh..teteh..teteh. 'Aku perhatikan dalam seminggu selepas itu baby Syarafina semakin berkeyakinan dan dapat melangkah lebih jauh tanpa rebah.

Gambar diambil di Atlantis

Sekarang ni... di setiap malam setiap kali syarafina terjaga dari tidur, aku terpaksa melayan kerenahnya kerana dgn kepandaiannya yg baru itu membuatkan dia tak mahu tidur.. mahu bermain2 berjalan dalam rumah. Sekarang ni bukan setakat dalam bilik, ruang tamu dan dapur rumah malah di luar rumah dia dah pandai berjalan.

Gambar di ambil semasa Ericsson family day di Abu Dhabi


Apa yg kelakar sekarang ni syarafina suka sangat menarik apa2 beg sambil berjalan. Walaupun beg tu besar drp dia dan berat..dia tetap mahu tarik. Beg yg selalu menjadi mangsa ialah beg chik nur dia..sbb stp kali chik nur dia balik hujung minggu ke rumah kami, chik nur dia mesti membawa beg galas berisi baju beserta barang2 keperluan yg lain :D



5 comments:

Imeirda said...

Salam Eiyda, comel si Shafarina dah jalan. Irdina pun boleh sikit2 tapi anak dara ni Malassss, asyik nak berkelek jer kalau tak menjerit2... lepas ni kita penat kejar dia pulak. hehehe

eiyda said...

W'salam K.ida..Syarafina tu rajin jalan dlm rumah sendiri jer..bila kt rumah org asyik nak berkelek jgk..Irdina tu mungkin kalau jumpa ngan Syarafina rajin sikit jalannya..

Tepi Sungai Batu said...

Waa ..baguh, baguh ! selamat berjalan-jalan Pak Man ucapkan. Perjalanan yang beribu batu itu bermula dengan langkah yang pertama.tehteh...tehteh...

eiyda said...

Terima kasih Pak Man..betul tu Pak Man..masih jauh lg perjalanan yg harus ditempuhi..

yani_worldpeace said...

salam...she's a lovely baby...vr cute..salam perkenalan