

Mata adik b tengah aim lilin kt tengah kek tu..
Mata adik b tengah aim lilin kt tengah kek tu..
Tudung pilihanku..Cantik2 design tudung bawal kt sini
Tengah menyiapkan goodies kenduri utk tetamu.
Bilik pengantin yg still under renovation.
Biskut raya yg di tempah khas..biskut aiskrim.
Kepada sesiapa yg mengenali kami dan balik beraya di Kelantan, jemput la datang beraya ke rumah kami nanti. Pintu rumah kami sentiasa terbuka utk kalian semua..
Kepada semua yg mengenali diri kami tak kira di mana berada; Ampun dan maaf di pinta seandainya di sepanjang persahabatan dan pergaulan di antara kita ada kesalahan dan kesilapan2 yg berlaku sama ada disengaja atau tak disengajakan. Semoga jalinan kemesraan dan ukhuwah di antara kita terus berkekalan... InsyaAllah.
~Salam Aidilfitri dan Maaf zahir Batin drp kami sekeluarga.~
* Nik Mohd Fakhrul Anwar
* Juhaida Abdul Aziz
* Nik Aqilah Syahira
* Nik Arieq Syahmie
* Nik Aina Syarafina
Kain langsir drp Dragon Mart dan kotak cincin pengantin.
Bersama family Din & Nor di KLIA
Perjalanan kami dr Dubai ke Malaysia mengambil masa selama 7 jam menaiki flight Emirates. Rindunya hati pada tanahairku. Terasa ingin melihat pokok2 nan hijau dan langit nan biru bersama gumpalan2 awan. Aku difahamkan adik iparku Din dan familynya ingin datang menemui kami di airport KLIA. Semasa check in utk flight seterusnya ke Kota Bharu, rupa2nya flight kami yg sepatutnya bertolak pada 6.30 pm di cancel. Flight MAS yg seterusnya hanya bertolak pukul 10.30 pm. Setelah berbincang kami memutuskan utk berbuka puasa beramai2 di kediaman abang iparku di Bandar Baru Bangi. Lagi 2 jam utk berbuka puasa. Nasib baik Din dan Nor datang!
Setibanya kami di kediaman abg Nik Mat & Cik Ran di Bandar Baru Bangi, family adik iparku Amani & Hilmi turut berada di sana. Setahun tak jumpa ..anak2 saudara & sepupu2 semua nampak cepat membesar! Teringat sewaktu pengajianku di UKM dulu. Di rumah Abe Nik Mat & Cik Ran ini la tempat aku selalu datang hujung2 minggu menumpang kasih & berteduh. Di kala itu anak2 sepupu semuanya masih kecil2 lagi. Di sini juga la pertama kalinya aku bertemu dgn suamiku setelah beberapa tahun tidak berjumpa semenjak aku meningkat umur remaja. Waktu itu abe baru balik dr China. Seingatku kali terakhir kami bertemu di ketika aku masih bersekolah rendah, tgh seronok bermain selambut dan laga getah ditepi rumah arwah datukku di kampung. Begitu cepat masa berlalu..
Syahira bersama sepupu2nya..dr kiri tgh duduk Nasuha, baby, Anis dan Humaira yg tgh menangis.
Kami turut tidak melepaskan peluang pergi mengunjungi bazar Ramadhan di Bandar Baru Bangi. Sesampai hari pertama tu terus pergi mencari makanan idaman! Ramai jugak org kt sini. Sempat la membeli air cendol, air tebu, taufu fah, kuih seroja bakar,kuih cara manis, sup ekor, ayam percik, sambal udang dan kari kepala ikan. Banyak jugak tu makanan..bila tengok kt bazar Ramadhan tu terasa nak makan semua ..:p
Bersama dgn sepupuku yg cantik manis..sekarang sdg mengikuti pengajian Sains tahun pertama di UKM.
Selepas berbuka puasa beramai2 dan bersolat, kami bertolak semula ke KLIA dihantar oleh Din & Nor. Ribuan terima kasih kepada Abe Nik Mat & Cik Ran kerana menerima kami berbuka bersama dan juga kepada Din & Nor yg telah bersusah payah mengambil & menghantar kami ke airport. InsyaAllah kita bertemu lagi di hari Raya.
Sampai di airport Kota Bharu sudah lewat 11.30 pm. Dari jauh sudah nampak mama melambai2 tangan pada kami. Kami terus meluru keluar tanpa mengambil beg2 terlebih dahulu. Papa dan adik2 turut berada di sana. Chek, Wo, Aiman, Abe Har & Kak Ni sefamily turut menjemput kami di airport. Kami bersalaman & berpelukan utk mengubat rindu di hati. Gembira & sedih bercampur baur..Terima kasih semua...
Ramainya org di gerai Kak Jah & Kak Tip..Gerai Kak Zai pun tak menang tangan..
Thanks to abg KP for your assistance and kindness on that day..
Tak sempat kami nak menyusun barang2 makanan kami dah kena serbu..Fuhh..punya la panic sbb first time.. tak tahu mana nak terkam dulu..Org ni nak laksam, org tu nak lai chee kang..hehheeh..tapi menu yg cepat habis dulu, air lai chee kang..berebut org nak!! 10 minit je semuanya dah habis terjual.. semasa adikku nur pergi ambik brg kt kereta, sekejap bila dia dtg balik tu air tu dah habis.. tak sempat dia nak tengok. lagi pun kami tak buat banyak air lai chee kang tu..sambil2 tu my hubby mengisi air bandung cincau.. air ni lambat la sikit sbb kami tak sempat nak pack siap2 kt rumah..so terpaksalah org ramai beratur menunggu kami mengisi air tu..ada nak 1 bungkus, ada nak 2-3 bungkus..tapi time ni la seronok sebenarnya sbb boleh perform live..sampaikan hubbyku terpaksa buat 3-4 tong bancuhan sbb air bandung cincau tu selalu habis..sorry ye bang, akak kalau2 lama menunggu tengah2 panas tu..
Ni pemberita dr TV mana pulak ni..hehehhe
Laksam aku tu pun alhamdulillah laris jugak..Semuanya habis terjual..tak sia2 la penat lelah aku & nur menggulung laksam2 tu.. cuma sup tulang pok nik tu ada la tinggal beberapa pack sempatlah kami bahagikan kepada kawan2. Secara keseluruhannya aku berasa amat berpuas hati kerana dapat merasai pengalaman manis menjual di Bazar Ramadhan Dubai..walaupun agak penat dan terasa lenguh2 seluruh badan kerana sambil2 berjual terpaksa mendokong baby Syarafina ;)
Alahai panasnya..nasib baik baby Syarafina baik tak nangis & meragam kan..
Semasa mak2 sibuk menjual kt luar, anak2 dok bermain dlm rumah CG. Terima kasih kpd CG kita yg baik hati karana sudi menyediakan rumah beliau utk anak2 tumpang berteduh & memberi peluang kpd kami berjual di perkarangan rumahnya.
Terima kasih kepada pengunjung2 yg membeli di gerai kami. Harapanku semoga abang2, kakak2 & adik2 berpuas hati dgn makanan yg kami sediakan. Kalau ada terkurang atau terlebih tu mohon di halalkan..Maklumlah kami ni manusia biasa tidak terlepas drp membuat kesilapan.
Bergambar dgn Kak Nora di Nora's Corner sebelum pulang..
News from Khaleej Times Online here
More photos from Syam's Picasa Web Album here.
Mari-mari cik adik
Mari-mari cik abang
Marila membeli ke gerai Pok Nik
Jemputla beramai-ramai datang
ahai hai...lalaalala...