Tahun lepas kami balik beraya di mesia..meriahnyer terasa bila dpt beraya bersama2 kan..tapi tahun ni kami tak balik pasal anak2 dah start awal sekolah..insyaAllah tahun depan panjang umur & ada rezeki kami balik beraya kat sana nanti yer..
Pagi 1 syawal tu kami sembahyang raya kat MATRADE hall. Kami sembahyang beramai2 dengan semua warga msia kt sini. Dapat la juga dengar khutbah raya dlm bahasa melayu. Kalau solat raya kt masjid sini diorg solat seawal 7 pagi lagi & of course khutbah mesti dlm bahasa arab..
Khutbah raya disampaikan oleh tuan CG kita..
Selepas solat raye kami di jemput menikmati hidangan..Hidangan ala2 pot luck. Macam2 makanan dan kuih muih ada..nasi himpit, kuah kacang, lontong, rendang, ketupat, lemang, mee goreng. Ada Kek lapis, kek coklat, cheese kek..biskut2 pun ada.. Kami bawak roti jala bersama kuah kuzi ayam. Alhamdulillah suasana tetap meriah dirasakan apabila dapat berjumpa ngan kawan2 di sana.
Selepas tu kami pergi beraya ke rumah Mr Affandy M Shaari selaku president myUAE yg sekarang menetap di Mirdiff.
Destinasi seterusnya ke rumah Pak Payne & Kak Aishah..Hidangan istimewa daripada biryani kambing.. Paling eiyda suka kek lapis & fruit cake kak aishah..erm..sampai termimpi2!! ;)
Sebenarnya raye ni seronok diraikan apabila kita dapat berkumpul bersama keluarga & org2 yg tersayang.. apabila terpaksa berjauhan ngan family kawan2 la yang menceriakan kehidupan kita dan tempat kita melepaskan rindu pada keluarga dan kampung halaman..







