Monday, October 5, 2009

Minal aidin wal faizin..

Sebulan berlalunya ramadhan..semoga kita semua termasuk dlm golongan orang2 yg beruntung..Selamat Hari Raya eiyda ucapkan buat keluarga di Msia juga buat semua saudara mara dan kengkawan tak kira walau di mana jua berada.

Tahun lepas kami balik beraya di mesia..meriahnyer terasa bila dpt beraya bersama2 kan..tapi tahun ni kami tak balik pasal anak2 dah start awal sekolah..insyaAllah tahun depan panjang umur & ada rezeki kami balik beraya kat sana nanti yer..

Pagi 1 syawal tu kami sembahyang raya kat MATRADE hall. Kami sembahyang beramai2 dengan semua warga msia kt sini. Dapat la juga dengar khutbah raya dlm bahasa melayu. Kalau solat raya kt masjid sini diorg solat seawal 7 pagi lagi & of course khutbah mesti dlm bahasa arab..

Khutbah raya disampaikan oleh tuan CG kita..


Selepas solat raye kami di jemput menikmati hidangan..Hidangan ala2 pot luck. Macam2 makanan dan kuih muih ada..nasi himpit, kuah kacang, lontong, rendang, ketupat, lemang, mee goreng. Ada Kek lapis, kek coklat, cheese kek..biskut2 pun ada.. Kami bawak roti jala bersama kuah kuzi ayam. Alhamdulillah suasana tetap meriah dirasakan apabila dapat berjumpa ngan kawan2 di sana.


Selepas tu kami pergi beraya ke rumah Mr Affandy M Shaari selaku president myUAE yg sekarang menetap di Mirdiff.

Bersama 1st lady myUAE..Kak Suraya Hassan..Sate dan Soto kak Su memang 1st class..:) tp ari tu eiyda tak dapat makan banyak sbb kenyang nak simpan perut utk next rumah lak..
Syahira, Syarafina & Arieq bersama Izzah & Hafiz..

Selepas tu kami dijemput ke rumah Kak Jah & Abg Azman..Juadah utama mihoon grg, lontong & rendang..

Next rumah kami ke rumah Kak Riri & abg Mahadi..Hari tu memang banyak open house..Sampai sana dah kekenyangan..tak sempat nak rasa masakan kak riri..eiyda sempat try dessert jer iaitu kek carrot n puding roti..hrmm sedapp!!

Kami sempat singgah ke rumah kak Linda & abg Hezam..bergambar beramai2 sebelum pulang berehat di rumah..

Pada sebelah mlm kami dijemput ke rumah Kak Zah & Abg Fuad..Org lama Singapore kt sini..rasanya dah hampir 20 tahun kak zah sekeluarga menetap di sini..mempunyai restaurant kt sini..kalau singgah ke Dubai jangan lupa ke Singapore Deli Restaurant..

Destinasi seterusnya ke rumah Pak Payne & Kak Aishah..Hidangan istimewa daripada biryani kambing.. Paling eiyda suka kek lapis & fruit cake kak aishah..erm..sampai termimpi2!! ;)

Sebenarnya raye ni seronok diraikan apabila kita dapat berkumpul bersama keluarga & org2 yg tersayang.. apabila terpaksa berjauhan ngan family kawan2 la yang menceriakan kehidupan kita dan tempat kita melepaskan rindu pada keluarga dan kampung halaman..
Akhir kata..
Kalau ada sumur di ladang jangan di simpan di dlm peti.
Kalau ada silap dan salah jangan di simpan di dlm hati..
Selamat Hari Raya..
Maaf zahir & batin drp kami sekeluarga..


Monday, September 7, 2009

Bazar Ramadhan di perantauan..

ermm da lama tak update blog..mesti kengkawan da tertanya2 ke mana la menghilang tanpa berita..sebenarnya sejak masuk bulan ramadhan ni eiyda sibuk sangat ngan bisness masak memasak kt dubai bazar ramadhan ni..walaupun ianya diadakan di setiap hari minggu jer rasanya memang penat dan tak cukup masa utk eiyda mengadap di depan laptop..siang hari pun memang da kerja memasak jer kt dapur..mlm plk sibuk ngan solat terawih.. so memang takde off day..huhu..

Okay kt sini ada serba sedikit gambar2 yg sesetengahnya eiyda petik drp facebook abg Affendy, Kak Ziela & Shiela..Thanks yer..

Gerai kami pada minggu pertama..tengah sibuk packing kuih akok tu..:)

Ada laksam, nasi kuning gulai kawah ( gulai kerutuk sebenarnya..kalau org kelate mesti tau), kuih akok & air mata kucing..

Cuaca sekarang ni memang tersangat la panasnya..kebetulan gerai kami betul2 terletak kt belah tepi swimming pool yg mengadap matahari..nasib baik la dapat payung ehsan drp abg shahrul..Thanks bro!

Antara pelanggan kami yg datang membeli..kebetulan juga antara pembaca blog ni.. kalau tgh baca tu pesanan dr eiyda..jangan serik datang la lagi membeli tau..next week da minggu last ;)

Alahai.. kesiannyer kt baby syarafina tu..baik jer dier..tunggu jer ummi dia atas kerusi tu..Pembeli kt depan tu adalah antara pelanggan tetap kami..


Ohh yg ni gerai kami pada minggu ke-3..last week..macam2 ada..ada tambahan menu spt char kuewtiau kerang + ayam, tepung pelita, popia goreng dan cendol. Kek2 coklat brownies dr Kak Yati n Matt pun ada..

Jangan malu jangan segan..abang2 kakak2 adik2 singgah jangan tak singgah..;) Kalau ada apa2 terkurang atau terlebih tu harap dihalalkan yer..

Ramaikan pengunjung2 bazar Ramadhan kt sini..tp jangan compare ngan kt mesia la..heheh..

Ni gerai Mr Huhu & the gang yg menjual aneka lauk pauk..

Gerai Malaysia Airlines..satu2nya gerai yg menjual tapai pulut..

Gerai Mas & Kak Ziela..ada nasi kerabu, nasi dagang dan kuih muih..

Gerai nasi lemak Su & Khai.. kejap jer nasi lemak dier sebanyak 120 packs habis terjual.. Wow hebat!!

Gerai Kak Putri & Rynn..yg tersohor ngan mee goreng mamak..

Gerai Fida..ada mee bandung, roti2 dan cup cakes..

Gerai Dubai perwakilan yg juga menjual pelbagai jenis biskut2 dan kuih muih..kalau rasa2 nak tempah biskut raya tu boleh la order directly ngan Puan Sara yer..

Okey la setakat tu jer yg eiyda nak cerita buat kali ni..nak pegi sambung memasak lauk buat berbuka kt dapur lak ni..

Jangan lupa next week datang la beramai2 ke bazar ramadhan krn minggu ni da minggu last.. kat mana lagi nak cari pelbagai makanan mesia yg takde kt Dubai ni...heheh.. selamat berbuka semua.. ;)


Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Mubarak..


Salam rindu buat teman2 semua.. ribuan ampun dan maaf diucapkan kerana menyepi sekian lamanya.. sebenarnya eiyda baru seminggu tiba di bumi UAE ni.. setelah sebulan cuti2 mesia yg begitu padat sampaikan tak sempat jenguk blog sendiri n kengkawan..huhu..

eiyda minta maaf banyak2 krn tak sempat juga nak berjumpa ngan kengkawan di Mesia tempoh hari. Rasa terkilan pun ada tapi apakan daya masa tak mengizinkan..terasa cepatnya masa berlalu..banyak nak diceritakan tapi nantilah jika berkesempatan kita bercerita di kemudian hari k..

Sebenarnya eiyda ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua.. kepada family di Mesia dan juga teman2 semua tak kira di mana jua berada..Semoga ramadhan kali ini dpt dihayati dan diisi dgn ibadah dan amalan2 yg membawa keberkatan kpd kita semua. InsyaAllah.
Kepada semua teman2 terima kasih diatas ucapan dan kad2 yg dilayangkan. Diharap sudilah kiranya menerima kad drp eiyda pula yer..;)

Wednesday, July 15, 2009

cream puff gebu

Teringat minggu lepas ada buat cream puff ni tp lupa lak nak share resepi ni.. ari ni buat kek cheese marble tu jer pasal tak puas lagi mkn kek tu ari tu.. time tengah sibuk2 packing cam sekarang kan sempat buat kek yg simple2 jer la..;)

adunan sebelum dibakar...

Jom kita intai resepinyer..resepi ni eiyda dapat drp blog bro rozzan semasa blog hopping tempoh ari.. rasanye memang sedap!! yang penting kulitnyer tu menjadi cantik.. thank you bro!! eiyda minta izin copy paste jer k..


CREAM PUFF

Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Sebelum bakar eiyda polish ngan egg wash pada adunan yg telah diterap tu supaya puff tu nampak cantik.

Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

selepas siap dibakar...

Jemput makan semua...;p


Monday, July 13, 2009

jenjalan sebelum balik malaya

Dah seminggu tak update blog...huhu..sejak dua menjak ni aku asyik busy jenjalan membeli barang2 dan berkemas rumah.. ari minggu biasa la seperti selalu dapur tak berasap. Kami makan2 kt luar jer. Kebetulan ari sabtu tu ada kawan ajak makan kt rumah dia.. thanks to kak nani & abg mushil..;) Selepas tu kami pegi shopping di dragon mart..

Kat gerai ni syahira berkenan ngan rantai kaki drp batu crystal..

Kedai ni menjual pelbagai accessories wanita spt brooch, gelang, cincin, anting2, jam, dan lain2 lagi.

Kedai ni hanya menjual set bed cover drp pelbagai jenis kain.. ada jenis satin, baldu dan cotton. Kami beli 1 set utk che drp jenis kain cotton..selesa utk tidur..;)


Baby Syarafina ngan baby pakistani..seksi betul anak patan ni..maklum la sekarang kan musim panas..hehehe

Ni pula kt Naif. Kami pergi minggu lepas time mlm pasal nak jalan2 sekarang ni panas sangat kalau pegi siang hari...ish malas betul nak pegi naif ni..kalau bukan sbb nak beli kain buat baju raya..memang tak nak pegi.. kt naif ni macam2 jenis kain ada..semuanya bole dapat ngan harga yg murah dan berpatutan .. :)

Baby syarafina ni pun pandai nak shopping gak..dia sempat jugak sambar 1 mainan utk dia..

InsyaAllah nak pegi lagi sekali ke naif ni utk cari jubah pula..mlm tu tak sempat nak cari sbb pegi da lewat banyak kedai dah tutup..huhu..Okey kalau ada cerita menarik dan sempat sebelum balik cuti2 mesia ni insyaAllah will update later.. ;)




Monday, July 6, 2009

Cepatnya masa berlalu ..


Cepatnyer masa berlalu..sedar tak sedar rupa2nya umurku semakin meningkat..selalu jer org yg tak dikenali bertanya tentang umurku..tapi diorg tak pernah percaya..diorg ingatkan aku lebih muda dr tu..heheh..semoga lebih matang dlm meniti usia2 dewasa..special thanks to my sis kerana bersusah payah membuat besday kek utkku..tp dia kata senang jer buat cheese kek tu.. memang hobi dia pun buat kek2 ni..;)

Oreo cheese cake resepi diambil drp blog kak ummi zaihadi...sedapp!!

ohh ni apa ni..? semalam kami celebrate kt Spice Island..selepas puas abeku survey punya survey kt mana nak celebrate last2 spice island kt renaissance hotel jugak yg menjadi pujaan..setakat ni dah 3x berturut2 kami menyambut besdayku kt sini.. restaurant ni pernah memenangi What's On Award category Favourite International Speciality Restaurant pd tahun 2007.

Kami memang suka makan kt sini sbb ada 6 live cooking station kt sini.. pilihan makanan pun pelbagai dan sedap2 drp Japanese, Mongolian, Chinese, Indian, Italian, Mexican dan lain2 lagi..

Masing2 pilih sendiri nak makan apa.. kami start ngan makanan ringan2 dulu cam sushi, spiring roll dan lauk2, arieq, syahira & baby syarafina start ngan pizza n corn soup.. pas tu baru diteruskan ngan makanan berat2..;p

Abeku paling suka makan lobster & udang besar ni la..asyik berulang alik mintak ni jer..tah berapa pinggan dia makan..kt sini mahal lobster ni kalau nak beli kt Carrefour seratus lebih sekilo..

Chef booth tu sampai kenal dah kami..siap ajak bergambar masak sekali..heheh..

Tengok tu baby syarafina masa makan..macam2 gaya..mula2 mkn pizza, mkn nasi grg, corn soup, buah2an, puding, mango jus, semua yg tak pedas dia rasa..sampai termenung kekenyangan..

Pilihan kek2, brownies, coklat dan puding...

Miss US ni nak bergambar ngan budak2 ni..dia suka ngan baby Syarafina ;)

Kat main entrance spice island & lobby Renaissance hotel..

Kepada family, teman2 & saudara mara yg mengirimkan ucapan dan besday card sama ada melalui sms, email dan facebook..eiyda ucapkan berbanyak terima kasih..persahabatan dan kemesraan kalian sentiasa tersemat di sanubari..semoga Allah merahmati dan membalas dgn segala kebaikan pada kalian semua..insyaAllah...;)