Saturday, January 31, 2009

Kembara ke Musandam


Rata2 semua blogger dubai yg lain dah cerita pengalaman masing2 pergi ke musandam..so aku nak letak pics je la..utk tatapan tokpa, tokma dan chek syahira, arieq & syarafina kt msia.. harap blogger lain jangan muak ye tengok tajuk cite ni..

Pemandangan laut dan bukit bukau yg terhakis menghiasi sepanjang perjalanan menuju ke bandar Khasab. Kami bertolak ke sana seawal jam 4 pagi drp Sharjah..

Perjalanan menuju ke bandar Khasab..terpaksa melalui jalan raya yg berliku2 di cerun2 kaki bukit.. Sebelum tu kami dah melalui border check point utk cop passport.

Inilah dia tempat agency yg menguruskan kapal dhow utk kami dan restaurant tempat kami singgah makan semasa perjalanan balik. Dapat lihat dlm pic tu ada sebanyak 7 buah keta konvoi ke sana.

Dah sampai..nak pegi naik dhow..

Sebelum naik dhow..syahira dah tak sabar2 nak naik..

Bila jejak je kaki atas dhow tu masing2 cari spot yg selesa utk duduk..kami yg ada anak kecik ni duduk kat kemudi dhow tu sbb kt situ selamat sikit ada palang tinggi..takut anak2 terjatuh dalam air laut!

Dhow ni dihiasi dgn tempat duduk traditional arabic style..

Satu kapal dhow ni muat geng2 kami jer..best la tak campur ngan org luar sbb perjalanan atas dhow ni mengambil masa 4 jam jgk..

Tu yg bertanda orange dlm map tu..kawasan perairan yg dilawati oleh kami..

Berehat2 sambil bergambar dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah..


Kat dhow ni diorg served buah2an dan minuman jer..kalau nak makan bole bawak makanan sendiri..

Mak oii..tengok tu jurugambar professionals kita abg Halim & CD din..bukan main canggih dan panjang lense diorg..

Alamak.. ada jugak adegan romantik kt atas kapal tu..abe tu sengaja buat gitu sbb ramai jurugambar professionals yg tgh shoot tu..
Nur dan Kak Intan tengah peluk tiang ..katanya best sbb tiang tu panas..cuaca time ni memang sejukk..

Bersama Dr Nizam..ore Kelate jgk tu..

Abe bergaya macho dgn abg KP..

Part yg paling best sbb dapat tengok dolphins..penat kita org berkejar dlm dhow tu sbb kejap2 dolphin tu muncul belah kiri..kejap2 muncul belah kanan..

Syahira penat tiup wisel sbb nak panggil dolphin keluar..tp memang jadi sbb dolphin ni keluar bila tourist guide kita bersiul..

Dolphin yg cute dan nakal..time ni mata asyik melilau tengok anak2 sbb takut diorg exited sangat tengok dolphin tak tersedar perbuatan diluar kawalan..
Dah penat tengok dolphins..masing2 duduk berehat dan lepak2..

Selepas tu cuaca menjadi mendung dan start hujan rintik2..krew kapal memasang kain penutup utk mengelakkan kami terkena air hujan..


Kami yg ada anak kecik lari ke belakang pengemudi..kt situ teduh sikit sbb nak selamatkan baby syarafina drp terkena rintik hujan dan kesejukan yg teramat..siap berbungkus dlm selimut..nasib baik selepas tu dia tertido..

Selepas hujan rintik2 tu..dlm perjalanan balik, kapal tu berhenti sekejap di kaki bukit..abg Matju, abg KP, abg Mazlan dan Haziq turun menyelam dlm air laut yg sejuk tu..

Abg Mazlan yg sudah puas menyelam.. bersiap sedia utk naik semula ke kapal..


Kami sampai di pelabuhan jam 2 lebih..selepas tu singgah makan lunch di restaurant tadi..then singgah solat dan balik semula ke Dubai..Terima kasih kepada semua rakan2 di atas pengalaman manis dan kesudian mengajak kami bersama kembara ke Musandam ini..Walaupun penat tapi berbaloi dan best sbb semua ahli group sporting2 belaka.. :)







Monday, January 26, 2009

Selamat Hari Lahir Syahira..


Hari ni genaplah 8 tahun umur Syahira anakku yg sulung .. Emm...aku masih ingat lg semasa dia lahir dulu.. dia dilahirkan di KBMC pada jam 10.15 am..beratnya hanya 3.2 kg..Masa tu nasib baik abeku dapat balik dan bersamaku utk menyambut anak kelahiran kami yg pertama..Abe pada masa tu dah bekerja secara contract di Dubai..Semasa Syahira berumur 6 bulan dan selepas konvoku di UKM, kami berhijrah datang ke Dubai..Sedar tak sedar, hampir 8 tahun rupanya syahira membesar di sini..

Semalam kami keluar pergi mencari kek utk dibawanya ke sekolah sbb katanya nak dicelebrate dgn kawan2 sekelasnya juga.. Plan awal memang nak celebrate dgn kawan2 Malaysians yg lain..tp tak pasti bila dapat luangkan masa tu..so utk tidak menghampakan harapannya kami beli kt Spinneys jer segala makanan mcm biskut, air juice, coklat dan chips buat goodies pack utk dibahagikan kpd kawan2 sekelasnya..

Hari ni pagi2 lg semasa dia sampai ke kelas kawan2 sekelas terus menyanyikan lagu happy birthday utk dia..

Seperti dijanjikan pd tengah hari td aku muncul di kelasnya membawa kek..

Semua kata sedap dan suka makan kek coklat tu ..emm yummy :)

Syahira bersama kawan2 sekelasnya..

Syahira turut membawa kek birthdaynya ke kelas adiknya Arieq yg tidak jauh dr kelasnya..

---------------------------------------------------------------------------------
Pada sebelah malamnya pula ...kami pergi ke TGI Friday's restaurant bertempat di Dubai Festival City.. mlm ni kami makan ala2 western la pulak..ari2 asyik makan nasi kt rumah dah boring..abeku saja nak ke sana sbb dah lama tak makan steak sebenarnya...
say "cheese..."

Kebetulan sebelum keluar tu K.yati called ucap birthday kat Syahira..terus aku ajak k.yati utk join kami..nasib baik ada k.yati dan familynya memeriahkan lg hari ceria buat syahira..

Part yg paling best waiters & waiteress kt situ siap nyanyi dan menari selepas membawa keluar birthday kek utk syahira..syahira memang betul2 terkejut dan tersenyum meleret dgn surprise tu..:)

Syahira gembira bukan main lg dapat menyambut birthday kt situ..Sebelum balik td, adiknya Arieq turut request supaya dia punya next birthday buat kt situ...hehehe..Kita tengok dulu ye Arieq..InsyaAllah kalau ada rezeki lg..

family potrait..

Bergambar bersama Matt, K.yati dan anaknya Sarah Rose..Thanks a lot for celebrating with us..We really had a wonderful time and appreciate having you all there..Hadiah drp Sarah Rose & Daniel...



Untuk Syahira, Umi dan baba doakan semoga syahira dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh rahmat dari Nya. Semoga dirimu membesar menjadi anak yg cerdik, bijak, mendengar kata dan solehah.. dan semoga segala impian dan cita2mu tercapai..InsyaAllah..Amin..

Tuesday, January 20, 2009

Bowling Malaysia vs Singapore


Al Qouz Dubai Bowling Centre


Perlawanan persahabatan antara Malaysia & Singapore..Team Malaysia memakai t-shirt putih manakala team Singapore memakai t-shirt merah.

Piala yg menjadi rebutan Malaysians & Singaporeans..

Aksi Abe semasa berbowling..

Tengah berdebar nak tunggu turn..stp team ada 3 org..team kami..termasukku, abe & abg Ghazali. Team lawan terdiri drp Bernard, Zek Zainal & Aini..

Aku main baling asal ke tengah jer.. supaya mula2 lempar tu banyak terus pin yg jatuh..kalo nasib baik dpt strike ball..;)

Belah kanan tu score kami dan belah kiri tu score pihak lawan..Alhamdulillah team kami turut berjaya menyumbangkan mata kemenangan utk Malaysia..

Pak Payne juga turut datang bersama family memberi sokongan dan semangat kpd kami..Million thanks !!

Alhamdulillah berkat doa drp semua Malaysia telah berjaya mendapat piala kemenangan menumpaskan Singapore dgn keputusan 8-2..


Setiap pemain Malaysia mendapat crystal trophy berbentuk keris..

Bergambar bersama piala kemenangan Malaysia...

DXB ladies players..

Bersama Kak Rabiah, Kak Ramija dan Kak Saadiah penyokong2 Singapore..:)

Baby Syarafina dah kepenatan bermain sampai tertido..Spt biasa dia memang baik tak kacau pun umi dia main..:)

Selepas bowling kami singgah di uptown Mirdiff nak treat anak2 pulak sambil makan mlm..chik nur siap shopping kasut kt situ..

Syahira with Sarah Rose..Sarah Rose datang bersama utk sleep over di rumah kami..

Kami singgah makan mlm di Dashi Dai Restaurant..

Anak2 enjoy makan..Syahira & Sarah Rose makan nasi & fried veg, lemon with chicken manakala Arieq makan mee hoon & spring roll..selepas tu diorg dapat makan desserts.. jelly wt fruits & choc aiskrim..

Nasi goreng kt sini sedap !! Masing2 order satu sorang sbb terasa lapar..sudahnya tak habis sbb satu pot tu besar boleh share 2 org..tp abeku sudah semestinya dpt habis sepot tu..hehehe..