Wednesday, November 26, 2008

Syarafina dah pandai tatih

Hampir 3 minggu anakku yg paling kecil .. Baby Syarafina dapat berjalan laju. Sekarang ni umurnya baru 13 bulan lebih..Semasa baby Syarafina pandai melangkah dia cuba utk melangkah 2-3 langkah dahulu..dgn kaki kecilnya yg tak seberapa stabil dan berjalan pun masih terhuyung hayang ..dia cepat rebah.



Dari hari ke sehari dia nampaknya tak putus asa..Cuba lagi utk melangkah lebih lama. Setiap kali dia cuba melangkah kami akan berikan semangat kpdnya dgn berkata ' teteh..teteh..teteh. 'Aku perhatikan dalam seminggu selepas itu baby Syarafina semakin berkeyakinan dan dapat melangkah lebih jauh tanpa rebah.

Gambar diambil di Atlantis

Sekarang ni... di setiap malam setiap kali syarafina terjaga dari tidur, aku terpaksa melayan kerenahnya kerana dgn kepandaiannya yg baru itu membuatkan dia tak mahu tidur.. mahu bermain2 berjalan dalam rumah. Sekarang ni bukan setakat dalam bilik, ruang tamu dan dapur rumah malah di luar rumah dia dah pandai berjalan.

Gambar di ambil semasa Ericsson family day di Abu Dhabi


Apa yg kelakar sekarang ni syarafina suka sangat menarik apa2 beg sambil berjalan. Walaupun beg tu besar drp dia dan berat..dia tetap mahu tarik. Beg yg selalu menjadi mangsa ialah beg chik nur dia..sbb stp kali chik nur dia balik hujung minggu ke rumah kami, chik nur dia mesti membawa beg galas berisi baju beserta barang2 keperluan yg lain :D



Monday, November 24, 2008

First time di tag..

I've been tagged by Shiela Hassan...First time kena tag nih..
Sorry ye Shiela sbb lambat jawab..Baru hari ni berkesempatan utk menjawab tag ni..

Rules:
1. The rules of the game are posted at the beginning.
2. Each player answers the questions about themselves.
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged. (aci tak kalau tak tag org lain sbb tak cukup member la..mostly semua dah kena tag)

Name : Juhaida Abdul Aziz
Sisters : 2 - Nur & Emi
Brothers : 3- Ebi, Iwe & Akram
Shoe size : 7
Height : 155 cm

Where do you live : Now - Sharjah, United Arab Emirates.
Have you ever been on a plane : Mesti la..
Swam in the ocean : Tak pernah..sbb tak pandai berenang takut lemass!!

Broken someone’s heart : Pernah..2 x ( 1st time masa sekolah menengah..3 tahun berkawan..sbb time tu dpt further study ke ukm..si dia tak dpt result yg memuaskan..terpaksa kena tinggal..2nd time masa final year di ukm.. bila kahwin dgn my hubby..dah kawan 3 thn jgk..(mama & papa tak approve sbb si dia muda setahun & masih study)
Fell off your chair : Tak pernah.
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Masa chenta2 dulu selalu laa..& bila dah kawin masa di Msia abe kena pergi site di Johor..trainning course di Kuwait, Madrid dan Bahrain.
Saved e-mails : From family, friends & berkaitan dgn kerja.
What is your room like : Biasa jer..
What’s right beside you : My handphone & a mug of hot milo.
What is the last thing you ate : My dinner- nasi putih, kari ikan tenggiri & ayam masak kicap.
Ever had chicken pox : Pernah kena dah..
Sore throat : Ya... Selalunya time nak masuk winter kt dubai ni..
Stitches : Tak pernah
Broken nose : Tak pernah sbb budak baik...hehehh

Do you believe in love at first sight : Yes..
Like picnics : Very much.
Who was the last person you danced with : My hubby..
Last made you smile : My daughter..baby Syarafina
You last yelled at : My daughter..Syahira sbb lemparkan barang kt kepala adiknya Arieq.
Today did you talk to someone you like : Yes.
Kissed anyone : Yes..everyday in the morning before they go to school & office..abe n my children.
Get sick : Kena selsema n batuk..
Talk to an ex : Dah lost contact.
Miss someone : Semestinya..mama, papa n chek..chek baru jer balik semalam..huhhuhu..
Who do you really hate: Benci pada org yg suka mengata org lain & org yg bercakap perkara yg tidak betul.
Do you like your hand-writing : Sekarang ni dah tak suka sbb lama tak praktis menulis cantik2..kalau dulu2 tu selalu tulis diari/surat..hehhe
Are your toe nails painted : Tak..Henna painted kt tangan n kaki adalah..buat ms family day kt AUH.
Whose bed other than yours would you rather sleep in : Tak suka tido umah org..

What color shirt are you wearing now : Black.
Are you a friendly person : Kena kawan dulu baru tahu..
Do you have any pets : Takde.
Do you sleep with the TV on : Tak..tak suka bunyi bising2 bila tidur.
What are you doing right now : Mengadap laptop menjawab tag ni ler..
Can you handle the truth : Semestinya boleh..

Are you closer to your mother or father : Dua dua sama tapi berlainan segi.
Do you eat healthy : Of course..
Do you still have pictures of you & your ex : Takde dah kot..mama n nur dah buang semuanya..
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : My hubby..abe..
Are you loud or quiet most of the time : Tengok dgn sape..kalau org tak biasa lebih suka berdiam diri..

Are you confident : Confident dgn kepakaran tersendiri.

5 things I was doing 10 years ago

1) Baru 1st year di UKM, Bangi..tinggal di kamsis rotu..Tun Hussain Onn..sebelah menyebelah je dengan bilik Surida..kena kawat..kan kita ida..huhuhu
2) Hari2 naik motor kawasaki k-1 (kaler merah) pergi ke kuliah..jgn tak caya..
3) Ari minggu si dia dtg..dating
4) Setiap minggu ( ari selasa) mesti pergi ke pasar mlm dgn room mate cari makanan.
5) Tolak pinangan abe sbb tak nak terikat..nak study lg laaa..hishh..dah ada org masuk minang!!tp org kata sbb jodoh tu still ada..masa final year tu skali lg abe masuk minang, br terima.

5 things I would do if I were a billionaire

1) Pergi haji, umrah banyak kali.
2) Beli tanah n rumah kt Malaysia & Dubai utk buat properties.
3) Bina masjid2 utk bekalan hari akhirat.
4) Sedekahkan pada org2 miskin dan anak2 yatim utk amal jariah.
5) Beli mcm2..

5 of my bad habits

1) Bila bersiap selalu lambat
2) Bila pegi shopping mesti nak beli apa2..
3) Bila tension nak makan mcm2..
4) Suka tido lewat mlm.. ada2 jer kerja nak di buat
5) Malas lipat kain..tp terpaksa lipat jgk sbb tak suka tgk rumah berterabur..huhuhu

5 places I have lived in

1) Ipoh Perak-masa matriks di Kolej Premier Yayasan Perak ( 1 tahun)
2) UKM Bandar Baru Bangi (3 setengah tahun)
3) Kota Bharu Kelantan ( my sweet home town)
4) Burdubai Dubai (3 tahun)
5) Mirdiff Dubai (4 tahun)
~ Sekarang tinggal di Sharjah (baru 8 bulan)~

Ok ..Semua dah jawab harap anda semua berpuas hati..;)

Friday, November 21, 2008

@ Dubai Mall


Last 2 week (7/11) kami bawak chek jalan2 ke Dubai Mall (Shopping mall terbesar di dunia). Kami pun baru first time ke situ sbb pd hari tu Dubai Mall ni baru 4 hari jer dibuka..Pegi tu dah petang. Tapi masa dekat junction nak masuk ke Dubai Mall tu jalan bukan main jem..kami terperangkap dekat sejam.. nak keluar pusing balik pun dah tak boleh sbb one way...depan belakang kereta .. dah dekat sgt sebenarnya bole nampak Dubai Mall tu di depan kami.

Semua org dah tak sabar2 nak masuk Dubai Mall..Bising dgr bunyi hon2 drp keta.

Orang punyalah ramai maklumlah ari minggu..Sesampai di sana kami solat magrib dulu sbb skrg magrib dah cepat..ari tu kul 5.40 pm tu dah masuk. Lepas solat baru jalan2..Ari tu 6 jam kami berjalan..tu pun tak sempat nak cover semua. Lagi pun banyak lagi kedai2 yg belum di buka. Kami singgah di Dubai Aquarium & Discovery Centre.

Banjiran manusia yg berada di Dubai Aquarium & Discovery Centre-World's largest Aquarium. Link to more details on Dubai Aquarium here.
Setelah berasak2 dlm banjiran org ramai, dpt juga kami menyelitkan diri di depan aquarium tu.

Nampak tak shark kt belakang tu? Baby Syarafina bukan main takut bila tengok ikan2 besar kt dlm aquarium tu..
Kami di bawah kerlipan bintang2 buatan..

Chek bukan main suka kerana bertuah dapat menjejakkan kaki di world class shopping mall ini. Alhamdulillah walaupun penat berjalan dia kelihatan sihat dan ceria. Cuma kakinya terasa lenguh sedikit kerana pada hari tu dia memakai kasut bertumit tinggi. Nasib baik aku pakai sandal je pd hari tu so dpt la kami bertukar2 kasut.


Kami berhenti sekejap di push cart Datela membeli halwa Arab. Ada pelbagai jenis coklat & biskut yg antaranya ada inti kurma di dlmnya.

Dah penat kami berjalan..syahira & Arieq nak main ice skating kt Olympic size Dubai Ice Rink dlm Dubai Mall ni.. cik nur dia pn ikut join jgk..

Chek, Baby Syarafina & me hanya duduk menjadi penonton..Nak duduk kt sini pun kena bayar tau !!

Di dpn Ice rink tu ada LCD screen terbesar..

Selepas tunggu diorg main, kami singgah makan di food court tingkat atas sebelum pulang ke rumah. Semua org dah lapar sangat so tak sempat nak ambil gambar.. hehehe..


Selepas makan..dah nak balik..


Friday, November 7, 2008

Scholars International Academy

Eid n Diwali Celebration


Pada hari Khamis yg lepas, kami telah pergi kejamuan sekolah anak2 kami di Scholars International Academy sempena sambutan Raya dan Diwali. Sekolah ini sangatlah dekat dgn rumah kami kerana ianya terletak betul2 di belakang rumah kami..Kalau naik kereta tu agak2 dalam 5 minit dah sampai sekolah..Cepat betul.. Baru 2 bulan diorg berpindah ke sekolah ini semenjak kami berpindah di rumah baru.
Jom mari berkenalan dgn guru2 kelas Syahira dan Arieq..

Kami bersama Ms. Pepler..Syahira's class teacher.

With Mrs. Estelle.. Arieq's class teacherBersama Mr. Mike Welland ...Principal yg penyayang.

Kesemua guru2 sekolah termasuk principal sangatlah baik dan peramah. Pada sesiapa yg berminat utk menghantar anak2 ke sekolah yg berdekatan dgn area ini boleh la join sekali. For more info about the school details please do visit at their web site here.